Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nem.puh] | منمڤوه

Definisi : 1. mara melanggar (musuh dll), menyerang, menyerbu (ke): maka ia pun ~ ke dlm rakyat Pasai yg spt laut itu; 2. melang­gar (angin, ombak, dll), melanda, memukul: sebentar kain penutup jendelanya berkibar-kibar perlahan-lahan ditempuh angin; 3. menimpa (kemalangan dll): maka ia pun ditempuh kemalangan; 4. melalui (jalan dll), mengikut (jalan dll): inilah kali yg ketiga aku ~ jalan ini; 5. melalui, melintasi: ketika ~ di hadapan Kuala Singapura itu, Wan Derus telah berkata sesuatu kpd Dah Jali; 6. berjalan masuk (lalu dll) di tempat yg sulit-sulit, mengharung (lautan dll), meredah (belu­kar dll): selang antara beberapa lamanya ~ hutan rimba yg besar dgn takdir Allah Subha­nahuwataala sampailah kpd suatu padang; 7. sengaja menghadapi bahaya dll, menang­­gung kerugian dll, menyongsong (angin, ribut): dlm masa ~ gelora, ketika kapal itu sedang dijulang dan dihempas gelombang, beliau sentiasalah sibuk; 8. = menempuhi meng­alami (kesukaran dll), menderita (kesulitan dll): mereka telah ~ berbagai-bagai kesulit­an; ~ hidup; 9. mendatangi sesuatu tempat (rumah dll), masuk ke, memasuki: kita sekalian semaksud, secita-cita ~ negeri orang hendak mencarikan perut yg tidak berisi; 10. = menempuhi memasuki (peperiksaan, ujian, dll), mengikuti, menyertai (kursus dll): Malaysia baru sahaja ~ ujian jasmani dlm pesta sukan Asia Tenggara; 11. sudah menamatkan (pelajaran, persekolahan, dll), mengikuti (kursus dll); 12. memasuki dan melalui atau mengalami (penghidupan baru, pekerjaan baru, dll): mulai hari itu mereka berdua ~ penghidupan baru; 13. melakukan sesuatu yg sukar atau sulit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nem.puh] | منمڤوه

Definisi : 1 maju menye­rang musuh dll; menyerbu; melanggar: Mereka bersiap-siap utk ~ barisan pertahanan musuh. 2 berjalan masuk ke hutan rimba dll dgn susah payah; meredah (hutan); mengharung (lautan): Dr situ, rombongan itu belayar ke selatan ~ lautan yg bergelora. 3 menanggung kesusahan; menderita kesulitan: Dlm perjalanan itu, mereka telah ~ berbagai-bagai kesulitan. 4 turut serta; mengikuti (kursus dll); menjalani peperiksaan, ujian dsb; menyertai: Tiap-tiap tahun, beribu-ribu orang murid akan ~ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempuh
Kata Terbitan : bertempuh-tempuh, tempuh-menempuh, menempuh, menempuhi,

Peribahasa

Geruh menempuh dalam tubuh.

Bermaksud :

Nasib buruk yang mempengaruhi diri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIERCE, FRANKLIN

Pierce, Franklin (1804–1869) ialah Presiden

Amerika Syarikat mulai tahun 1853 hingga tahun

1857. Dia memimpin negaranya menempuh salah

satu zaman yang paling makmur dalam sejarah

Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, tempoh

itu juga merupakan satu pengalaman pahit

apabila berlaku pergeseran antara Amerika Selatan

dengan Utara yang mengakibatkan tercetusnya

Perang Saudara Amerika (1861–1865). Pierce juga

menghadapi tentangan yang semakin hebat

daripada penduduk Amerika Utara terhadap

sebarang bentuk pengembangan perhambaan.

UMUM 
AUSTEN, JANE

Austen, Jane (1775–1817), salah seorang penulis

novel yang sangat digemari di England. Tulisannya

mengandungi sindiran tentang institusi-institusi

sosial pada zamannya. Dalam setiap satu daripada

enam novelnya, mengisahkan seorang wanita

bertemu dan mengahwini seorang lelaki selepas

menempuh pelbagai kesukaran, yang sering kali

melucukan. Halangan-halangan ini dapat membantu

sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak mengenal

diri mereka sendiri, yang diperlukan untuk

perkahwinan yang bahagia. Tidak ramai penulis yang

dapat menandingi kelebihan Jane Austen dalam

mengenal pasti kelemahan manusia, gambarannya

tentang hidup seharian yang penuh kasih sayang

ataupun prosa-prosanya yang licik dan indah.

UMUM 
SUDERMANN, HERMANN

Sudermann, Hermann (1857–1928) ialah penulis

drama dan novel Jerman yang dikaitkan dengan

pergerakan naturalisme. Novelnya yang terkenal, iaitu

Dame Care (1887), menceritakan tentang seorang

lelaki muda yang dibebani masalah akibat kegagalan

hidup bapanya. Melalui pengorbanan, anaknya mesti

menempuh cabaran takdir yang berlaku berulang

kali. Regina (1890) merupakan novel sejarah yang

memaparkan perjuangan seorang lelaki menentang

prasangka.

UMUM 

Kembali ke atas