Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.mui]/[me.ne.mu.i] | منموءي

Definisi : mendapati, menjumpai: di seluruh halamanku, tidak kutemukan sekuntum mawar pun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.mui]/[me.ne.mu.i] | منموءي

Definisi : 1. bertemu dgn, berjumpa dgn: orang-orang yg saya temui semua peramah; 2. pergi bertemu dgn, mengunjungi, men­ziarahi, melawat: aku pergi ~ seorang guru pelatih; 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; 4. = menemukan mengalami (kesulitan dll), menderita, merasai: perasaannya masih ter­lalu polos dan kurang mengerti akan ke­mung­kinan halangan-halangan yg ditemui orang lain; 5. mengetahui bahawa ada (apa yg tersembunyi dll), mengetahui ada, mendapati: kalau dibandingkan Tuhfat-al-Nafis dgn syair Acheh, kita dapat ~ kesamaan tertentu, misalnya mengenai peristiwa kematian Raja Haji; 6. bertemu menjadi satu (bersentuhan dll), menghubungi; 7. ark memenuhi (undangan dll), menepati: ia tidak pernah ~ janjinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.mui]/[me.ne.mu.i] | منموءي

Definisi : 1 (dpt) bertemu dgn; (dpt) berjumpa atau bersua dgn: Dia masih belum juga ~ orang yg dicari-carinya. 2 pergi berjumpa dgn; menziarahi; melawati: Dia pulang ke kampung ~ kaum keluarganya. ~ ajal meninggal dunia; mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,

Puisi
 

Air pasang surut ke hulu,
     Menemui baung mati terlentang;
Sudah dibawa buah mengkudu,
     Si baju gadung kuikut pulang.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SCHEELE, CARL WILHELM

Scheele, Carl Wilhelm (1742–1786) ialah ahli

farmasi dan ahli kimia Sweden yang menemui

klorin. Dia juga menyediakan oksigen. Tetapi dia

tidak menerbitkan usahanya tepat pada masanya,

dan Joseph Priestly, ahli sains Inggeris, yang

mendapat kepujian. Pada tahun 1770, Scheele

menemui asid tartarik. Dia juga orang pertama

yang mendapatkan asid laktik, asid oksalik, asid

sitrik, dan asid hidrofluorik tulen. Dia menemui

hijau Scheele (kuprum arsenit), molibdenum, dan

scheelit (kalsium tungstet). Scheele lahir di

Stralsund, Jerman, dan pada masa kecil dia

menjadi pembantu kepada ahli farmasi. Dia

kemudiannya membuka kedai farmasinya sendiri di

Köping, Sweden dan membuat kebanyakan

penemuannya di sana.

Lihat juga Kimia (Teori flogiston) ; Klorin;

Molibdenum.

UMUM 
BECQUEREL, ANTIONE-HENRIAhli fizik dan jurutera yang menemui uranium.FIZIKTokoh
NASH, JAMES

Nash, James (1834–1913) ialah pencari gali yang

menemui kawasan emas di Gympie, Queensland,

Australia pada tahun 1867. Laporannya tentang

penemuan emas memulakan salah satu daripada

kerubut emas yang terkenal dalam sejarah

Queensland . Terumbu yang dijumpai oleh Nash

menghasilkan emas bernilai berjuta-juta dolar

Australia. Tetapi Nash cuma menerima sedikit

ganjaran hasil penemuannya itu. Dia juga berjaya

mendapat sedikit wang hasil daripada emas yang

dituntutnya tetapi mengalami kerugian kemudian

apabila dia membuka sebuah kedai. Pada tahun

1888, kerajaan Queensland memberinya kerja

sebagai penjaga serbuk magazin di Gympie.

Sebuah pancutan air peringatan daripada tujuh

tan metrik batu granit didirikan sempena

menghormatinya di Taman Gympie.

Nash lahir di Wiltshire, England. Dia berhijrah

ke Australia pada tahun 1857.

UMUM 
MÜLLER, PAUL HERMANN

Müller, Paul Hermann (1899–1965) ialah ahli

kimia Switzerland, yang menerima Hadiah Nobel

tahun 1948 untuk fisiologi atau perubatan kerana

menemui sifat-sifat membunuh serangga pada

DDT (dikloro-difenil-trikloroetana). Nama akhirnya

dieja Mueller. DDT pertama kali dihasilkan di

Austria pada tahun 1873, tetapi Müller menemui

nilai DDT sebagai pembunuh serangga pada tahun

1939. DDT digunakan dengan meluas semasa

Perang Dunia II (1939–1945) untuk membunuh kutu

badan yang membawa penyakit tifus. Müller lahir

di Olten, Switzerland. Lihat juga DDT.

UMUM 
ERATOSTHENES

Eratosthenes (276? SM–195? SM) ialah ahli

matematik Yunani. Dia menemui cara mengukur

jarak sekeliling bumi tanpa perlu meninggalkan

utara Afrika, negeri tempat tinggalnya.

UMUM 
SMITH, WILLIAM

Smith, William (1769–1839) ialah ahli geologi

dan jurutera British yang menemui cara untuk

mengenal pasti pembentukan batuan daripada

fosilnya. Dia juga menerbitkan peta geologi

England dan Wales yang pertama. Smith lahir di

Churchill, Oxfordshire, England. Dia belajar sendiri

ilmu kejuruteraan dan geologi. Dia mula bekerja

sebagai pembantu juruukur dan menjadi jurutera

terusan dan saliran. Smith mengumpulkan fosil,

mengkaji batuan dan menyusunnya mengikut usia.

Dia menerbitkan Geological Map of England and

Wales, with part of Scotland pada tahun 1815.

UMUM 
ANDERSON, CARL DAVID

Anderson, Carl David (1905–1991) ialah ahli

fizik Amerika yang menemui dua partikel

subatomik – positron dan muon . Dia mengenal

pasti partikel-partikel ini semasa mengkaji sinaran

kosmik dengan bantuan bilik awan Wilson (lihat

Sinar kosmik) . Bagi penemuan positron, Anderson

berkongsi Hadiah Nobel tahun 1936 bagi kategori

fizik dengan Victor F. Hess.

UMUM 
SELAKANT

Selakant ialah sejenis ikan primitif yang terdapat

di barat Lautan Hindi. Ahli sains telah menemui fosil

selakant yang hidup lebih daripada 300 juta tahun

dahulu. Ikan ini dipercayai telah pupus sehingga

seekor selakant ditangkap di luar pantai Afrika

Selatan pada tahun 1938. Sejak itu, banyak lagi

selakant yang ditangkap. Selakant adalah anggota

kumpulan ikan purba yang dikenali sebagai

sarcopterygian. Ikan peparu adalah satu-satunya

anggota kumpulan ini yang masih hidup. Lihat Ikan

(Zaman Ikan).

UMUM 
HADFIELD, SIR ROBERT ABBOTT

Hadfield, Sir Robert Abbott ( 1859– 1940), ahli

metalurgi Inggeris yang menemui keluli mangan

tidak bermagnet.

UMUM 
YOUNG, THOMAS

Young, Thomas (1773–1829) ialah ahli fizik,

doktor, dan sarjana Inggeris. Dia menemui

interferens atau gangguan cahaya dan

membuktikan bahawa cahaya itu terdiri daripada

gelombang.

UMUM 
12345678910

Kembali ke atas