Persekutuan Australia terbentuk dari tahun 1901, apabila keenam-enam tanah jajahan Australia menjadi negeri-negeri Komanwel Australia. Sebelum tahun 1889, beberapa kaedah penggabungan tanah jajahan tersebut telah dicuba, tetapi gagal. Pada tahun tersebut, Sir Henry Parkes, perdana menteri New South Wales, mendesak para penjajah tersebut supaya membentuk sebuah kerajaan pusat. Pada tahun 1890-an, banyak percubaan untuk membentuk sebuah persekutuan menemui kegagalan. Para perwakilan jajahan tersebut bersidang pada tahun 1891, 1893, 1898, dan 1899. Pada tahun 1899, sebuah jawatankuasa penggubal merangka Perlembagaan Persekutuan dan penduduk Australia mengundi untuk membentuk sebuah persekutuan. Duke of York, kemudian bergelar Raja George V, mengisytiharkan Komanwel Australia pada 1 Januari 1901. |