Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terbit (kata kerja)
1. Bersinonim dengan keluar: muncul, timbul, terpacul, terpancar, mencorak,

2. Bersinonim dengan lahir: berbangkit, timbul, datang, terpancar,

3. Bersinonim dengan tercetak: tersiar, tertulis, tercatat, terakam, terekod,

4. Bersinonim dengan tumbuh: keluar, muncul, timbul, hidup, bercambah, bertunas, terpacul,

5. Bersinonim dengan berpunca: bermula, berpangkal, berasal, berpokok, timbul, muncul,

Kata Terbitan : menerbitkan, terbitan, penerbitan, penerbit,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENERBITAN FEDERAL BERHAD

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENERBITAN FEDERAL BERHAD, penerbit. Ia ditubuhkan semenjak tahun 1960-an di Kuala Lumpur, Singapura dan Hong Kong.  Penerbit ini turut memainkan peranan dalam menerbitkan karya sastera Melayu yang terhasil sekitar tahun tersebut, terutama oleh cawangannya yang berpejabat di Kuala Lumpur.  Penerbitan karya sastera Melayu ini diletakkan di bawah satu siri penerbitan yang diberi nama ‘Siri Sastera Federal’.

SASTERAPenerbitan
PENERBIT SINAR HARAPAN

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENERBIT SINAR HARAPAN, penerbit akhbar dan buku di Indonesia.  Penerbit ini ditubuhkan pada bulan Februari 1979 di Jakarta, sebagai salah satu usaha PT Sinar Kasih.  Penerbit ini menerbitkan buku kanak-kanak, komik, sastera, sosiopolitik, hukum, falsafah, wanita, keluarga, ekonomi, ekologi, teknik dan politeknik.  Antara pengarang Indonesia yang pernah menjadi editor penerbit ini ialah Satyagraha Hoerip, Julius R. Siyaranamual; Jajak MD, Korrie Layun Rampan dan Sides Sudyarto DS.  Alamat terakhirnya ialah di Jalan Dewi Sartika No. 136-D, Jakarta 13630.  Direktur utamanya sejak tahun 1979 ialah Aristides Katoppo.

SASTERAPenerbitan
PEREDAR

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEREDAR, jurnal yang diterbitkan oleh Pakatan bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.).  Siri Peredar bermula dari penerbitan Buku Tubuh Lembagaan dan Buku Undang-Undang serta Buku Kelantan yang bermula pada tahun 1936.  Selepas itu barulah diterbitkan jurnal Peredar Angka 2.  Penerbitan siri Peredar dilakukan setelah dihidupkan semula P.Bm.P.B.D.  Persatuan ini telah dapat menerbitkan Peredar sebanyak 25 terbitan iaitu hingga bulan September 1941.  Dalam siri Peredar yang telah diterbitkan terdapat pelbagai maklumat yang disiarkan merangkumi hal yang berkaitan dengan bahasa, kebudayaan, sejarah, pengembaraan dan lawatan, perjanjian, dan geografi.  Antara perkara menarik yang disiarkan dalam jurnal Peredar ini ialah:

BAHASAKarya
FAJAR SARAWAK

FAJAR SARAWAK, akhbar Melayu yang pertama di Sarawak. Akhbar dalam tulisan Jawi ini mula diterbitkan pada 1 Februari 1930. Penerbitan akhbar ini adalah atas daya usaha Haji Mohammad Daud bin Abdul Ghani, Mohammad Johari bin Anang, haji Abdul Rahman bin Haji Kassim dan Mohamad bin Anang. Mereka diketuai oleh Mohamad Rakawi Yusuf, seorang pesara. Untuk menerbitkan akhbar ini mereka menubuhkan Syarikat Putera Sarawak di Tingkat 2, 45 Jalan India, Kuching.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas