Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.ri.ma] | منريما

Definisi : 1. mengambil (mendapat, mena­dah, dll) sesuatu yg diberikan: adakah Yang Dipertuan telah ~ surat dua pucuk kelmarin?; 2. menyambut kedatangan orang (tetamu dll): kalau diketahui kami bukan orang India maka ia enggan ~ kedatangan kami; 3. = ~ baik meluluskan atau mengabulkan sesuatu per-mintaan (permohonan dll), menyetujui (sesuatu usul dll), membenarkan, mengesah­kan: ketika dia datang meminang, ibuku tidak banyak olah utk ~nya; 4. mendapat atau menderita sesuatu (dgn berserah sahaja): ~ nasib; 5. berpendapat bahawa ..., meman­dang (sbg), menganggap (sbg): ia ~ jawabanku sbg penghinaan; 6. membenarkan masuk menjadi anggota (murid dll), mengizinkan (masuk dll): mereka pun diterima sbg anggota masyarakat kota itu; 7. bersetuju memegang sesuatu jawatan, mahu menjabat: beliau telah ~ tawaran utk bekerja sbg pengurus di syarikat itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.ri.ma] | منريما

Definisi : 1 mengambil se­suatu yg diberikan; mendapat atau memperoleh sesuatu sbg hadiah dll: Murid-murid yg menang dlm peraduan mengarang telah ~ hadiah drpd Guru Besar. Dia ~ berbagai-bagai hadiah pd hari jadinya. 2 menyambut kedatangan tetamu atau kedatangan seseorang: Pembesar-pembesar negara sudah berkumpul di lapangan terbang utk ~ kedatangan Presiden Suharto. 3 membenarkan atau mengizinkan (seseorang) menjadi ang­gota sesuatu perkumpulan dsb: Guru Besar dgn bantuan beberapa orang Guru Penolong sibuk ~ murid-murid baru utk darjah satu. 4 bersetuju memegang sesuatu jawatan yg ditawarkan: Beliau telah ~ tawaran sbg Guru Besar di sekolah itu. 5 menyetujui sesuatu permintaan, permohonan dll; membenarkan; me­­­­lulus­kan: Ibu bapanya enggan ~ pinang­an pemuda itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terima
Kata Terbitan : menerima, penerimaan, penerima,

Puisi
 

Kalau memanah burung helang,
     Bolehkah tidak dia mengena;
Kalau kakanda datang meminang,
     Adakah adinda sudi menerima?


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Yang memberi tangan di atas,
     yang menerima (= meminta) tangan di bawah.

Bermaksud :

Biasanya orang yang memberilah yang tinggi cakapnya daripada orang yang menerima.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SANGER, FREDERICK

Sanger, Frederick (1918– ) ialah ahli biokimia

British, yang menerima Hadiah Nobel tahun 1958

dan 1980 bagi bidang kimia. Dia menjadi orang

kedua yang menerima dua Hadiah Nobel bagi

bidang yang sama. Orang yang pertama ialah John

Bardeen, yang menerima dua Hadiah Nobel bagi

bidang fizik.

UMUM 
RICHARDS, SIR GORDON

Richards, Sir Gordon (1904–1986), joki British

yang pertama menerima gelaran kesateria. Dia

menerima anugerah ini pada tahun 1953 untuk

khidmatnya dalam bidang lumba kuda. Richards

lahir di Oakengates, Shropshire.

UMUM 
MICHELSON, ALBERT ABRAHAM

Michelson, Albert Abraham (1852–1931)

ialah warga Amerika yang pertama menerima

Hadiah Nobel bagi bidang sains. Dia menerima

Hadiah Nobel 1907 bagi bidang fizik untuk reka

bentuk peralatan optik jitu ciptaannya dan juga

sukatan tepat yang didapati daripada peralatan

tersebut.

UMUM 
MULLIKEN, ROBERT SANDERSON

Mulliken, Robert Sanderson (1896–1986)

ialah ahli kimia Amerika, yang menerima Hadiah

Nobel tahun 1966 untuk kimia. Dia menerima

hadiah tersebut kerana teori molekul-orbit yang

dikemukakan pada tahun 1928. Teori ini

menerangkan bagaimana atom berpadu untuk

membentuk molekul.

UMUM 
OSTWALD, WILHELM

Ostwald, Wilhelm (1853–1932), ahli kimia, penulis,

dan guru Jerman, yang menerima Hadiah Nobel

tahun 1909 bagi bidang kimia. Dia menerima

anugerah ini terutamanya kerana kajiannya tentang

fenomena permukaan dan kelajuan tindak balas

kimia. Ostwald menulis sebuah daripada buku awal

tentang elektrokimia. Penyelidikannya tentang

pengoksidaan ammonia membantu Jerman membuat

bahan letupan semasa Perang Dunia I (1914–1915).

Ostwald lahir di Riga, Latvia.

UMUM 
PAULING, LINUS CARL

Pauling, Linus Carl (1901–1994), ahli kimia

Amerika, yang menerima dua Hadiah Nobel. Dia

menerima Hadiah Nobel tahun 1954 bagi bidang

Kimia dan Hadiah Nobel bagi keamanan tahun

1962.

UMUM 
MUHAMMAD HAJI SALLEH

Muhammad Haji Salleh (1942– ) ialah penyair

Malaysia yang menerima Anugerah Sastera Negara

pada tahun 1991 dan bergelar Sasterawan Negara,

penerima anugerah S.E.A. Write Award pada tahun

1988, penerima Hadiah Kebudayaan Australia untuk

Seniman Asia pada tahun 1975, dan menerima

beberapa kali hadiah puisi pada peringkat

kebangsaan.

UMUM 
YUKAWA, HIDEKI

Yukawa, Hideki (1907–1981), ahli fizik Jepun yang

menjadi masyhur kerana sumbangannya terhadap

teori fizik nuklear. Dia menerima Hadiah Nobel pada

bidang fizik pada tahun 1949. Dia ialah orang Jepun

yang pertama memenangi anugerah sedemikian.

Yukawa menerima anugerah tersebut kerana teori

yang diusahakannya pada tahun 1935.

UMUM 
MORRISON, TONI

Morrison, Toni (1931– ), penulis novel

wanita kulit hitam Amerika yang menerima Hadiah

Nobel pada tahun 1993 bagi bidang kesusasteraan.

Dia juga telah memenangi Hadiah Pulitzer 1988

untuk cereka melalui novelnya Beloved (1987).

Novel tersebut menceritakan kisah seorang bekas

hamba yang dihantui oleh kenangan hidupnya

sebagai seorang hamba dan bayinya yang telah

dibunuh untuk menyelamatkannya daripada

mengalami nasib yang sama. Beloved

mempamerkan gaya liriknya, gambaran watak

yang jelas, dan kebolehannya untuk membuat

pembaca menerima perkara yang luar biasa

sebagai benar. Kemahirannya menggunakan

bahasa menjadikannya salah seorang penulis

Amerika yang terbaik bagi tahun 1900-an.

UMUM 
ZAHA HADIDArkitek wanita pertama menerima Pritzker Architecture Prize (2004).KEJURUTERAANTokoh
12345678910...

Kembali ke atas