KAEDAH CUISENAIRE | Kaedah Cuisenaire ialah sistem pendidikan yang dibuat untuk membantu pelajar meneroka sendiri prinsip matematik asas. | UMUM | |
SENJATA | Senjata. Senjata memainkan peranan penting dalam sejarah manusia. Senjata membantu manusia menakluk dan meneroka hutan belantara yang besar dan luas dan mempertahankan rumah tangga dan keluarga mereka daripada musuh. Negara menggunakan senjata untuk melakukan peperangan. Mereka terus membuat senjata baru yang berupaya membunuh ramai manusia. Ramai orang percaya bahawa senjata nuklear ialah suatu ancaman yang paling besar terhadap manusia disebabkan kuasa pemusnahnya yang amat dahsyat. | UMUM | |
STANLEY DAN LIVINGSTONE | Stanley dan Livingstone ialah dua orang penjelajah British yang menjadi perintis kepada dunia Barat untuk meneroka perjalanan ke benua Afrika. Henry Morton Stanley (1841–1904) pergi ke Afrika untuk mencari David Livingstone (1813–1873) pada tahun 1869. Livingstone terkenal sebagai penjelajahan ke kawasan pedalaman benua itu. Namun tiada sesiapa yang mendengar cerita tentang dirinya dalam beberapa tahun, dan oleh itu, New York Herald menghantar Stanley untuk mencarinya. Pencarian Stanley berakhir pada 10 November 1871, apabila dia bertemu Livingstone di bandar Ujiji, di Tasik Tanganyika. Stanley menyambutnya dengan perkataan yang terkenal pada masa kini: “Dr. Livingstone, I presume?” (“Dr. Livingstone saya agak?”) | UMUM | |
ESTEVANICO | Estevanico (1500?–1539), juga dikenali sebagai Esteban ialah hamba kulit hitam yang berasal dari Maghribi. Dia menjadi antara orang pertama yang meneroka barat daya Amerika Syarikat. | UMUM | |
STRZELECKI, SIR PAUL EDMUND DE | Strzelecki, Sir Paul Edmund de (1797–1873), ialah penjelajah dan ahli sains Poland, yang mendaki dan menamakan Gunung Kosciusko, puncak tertinggi di Alps Australia, pada tahun 1840. Dia berminat dalam bidang geologi dan mineralogi. Strzelecki meneroka sebahagian besar New South Wales serta Pulau Tasmania. Pada tahun 1839, dia menemui sedikit logam emas berdekatan Hartley dan Wellington, di New South Wales. Dia menyatakan bahawa kawasan Bathurst mengandungi emas dalam jumlah yang banyak. Pada tahun 1840, dia pergi dari Gunung Kosciusko melalui Gippsland ke West Port, dan Melbourne. Laluan yang sukar membuatkannya meninggalkan kuda dan sebilangan contoh-contoh geologi. Strzelecki lahir berhampiran dengan tempat yang kini dikenali Poznan´, di Poland. Dia mendapat pendidikan di Warsaw, dan menganggotai angkatan tentera Prussia. Dia sampai di Australia pada tahun 1839, tetapi menetap di Britain pada tahun 1843. | UMUM | |
TIKUS KESTURI | Tikus kesturi ialah haiwan kecil yang kelihatan seperti cencorot berhidung runcing. Sesetengah tikus kesturi adalah antara mamalia terkecil yang diketahui. Tikus kesturi yang paling kecil beratnya hanya dua gram. Tikus kesturi hidup di kedua-dua Hemisfera Timur dan Hemisfera Barat. Ia membuat sarang di ladang hutan jarang, taman, dan paya. Tikus kesturi sering disalah anggap sebagai cencorot kerana saiznya yang kecil. Tikus kesturi mempunyai muncung yang panjang, dan runcing yang boleh digerakkan untuk meneroka lubang kecil dan rekahan untuk mencari makanan. Mata dan telinganya adalah kecil, dan badannya diliputi bulu yang pendek, berwarna gelap. | UMUM | |
SYED HARUN JAMALULLAIL | SYED HARUN JAMALULLAIL (1737-1825), penghulu pertama mukim Arau, Perlis. Beliau bertanggungjawab meneroka dan membuka mukim Arau. Syed Harun Jamalullail juga merupakan generasi awal keturunan Jamalullail yang akhirnya menjadi raja dan memerintah negeri Perlis. Ayahnya Syed Ahmad Jamalullail berasal dari negeri Hadramaut, Tanah Arab, manakala ibunya Syarifah Aminah, berasal dari Alor Setar, Kedah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ORANG DAGANG | ORANG DAGANG, satu istilah yang merujuk kepada orang luar. Dalam konteks masyarakat Melayu, orang luar ini biasanya mereka yang datang merantau dari daerah atau negeri di tanah seberang Kepulauan Melayu ke Semenanjung Tanah Melayu dengan tujuan tertentu. Kedatangan mereka biasanya adalah, sama ada untuk tujuan meneroka, berdagang, mencari kehidupan baharu, menuntut ilmu atau melarikan diri atas sebab-sebab tertentu dari tempat asalnya untuk tinggal menetap di kawasan baharu. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
TELUK GONG | TELUK GONG, antologi puisi yang diterbitkan secara stensilan pada bulan Oktober 1967, di Kuala Lumpur. Antologi ini kemudiannya diterbitkan semula pada tahun 1987 oleh Penerbit INSAN, Kuala Lumpur. Kesemua puisi dalam antologi ini berkisar tentang nasib dan masa depan petani miskin di Teluk Gong. Petani yang diketuai oleh Hamid Tuah ini telah meneroka tanah di situ, tetapi telah ditindas oleh pemimpin peringkat negeri. Antologi puisi ini mengandungi 59 puisi yang dihasilkan oleh 41 orang penyair. Ia telah disusun oleh Usman Awang dan diberi kata pengantar oleh A. Bakar Hamid. | SASTERA | Karya |
STEVENS, WALLACE | Stevens, Wallace (1879–1955) ialah pemuisi Amerika. Dia menggambarkan manusia sebagai makhluk yang hanya hidup di dunia tanpa harapan untuk dihidupkan semula. Menurut pandangan Steven, manusia setiap kali menghadapi alam yang kelihatan tidak berbeza, ketentuan kematian mereka sendiri, dan kesedaran mereka tentang akhlak dan fizikal di sekeliling mereka. Manusia diselamatkan daripada situasi magik yang berpotensi dengan menggunakan imaginasi. Imaginasi boleh memberi makna kepada kekeliruan realiti. Imaginasi juga boleh menemui keindahan dalam alam yang tidak berbeza pemikiran tentang kematian dengan berasa takjub kerana masih hidup. Stevens meneroka kebaikan hidup yang berimaginasi dalam puisinya yang agak mudah seperti “Sunday Morning” dan “The Emperor of Ice Cream”, dan dalam puisi-puisi yang lebih panjang, lebih kompleks seperti “The Man with the Blue Guitar” dan “Esthétique du Mal”. | UMUM | |