Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.ro.ka.i] | منروکاءي

Definisi : menjalani, menempuh, meng­harungi (bidang kegiatan dsb yg baru): siswazah-siswazah yg mampu berdikari dan sanggup ~ bidang-bidang perniagaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
teroka
Kata Terbitan : meneroka, menerokai, peneroka,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SKOLASTISISME

Skolastisisme ialah sistem falsafah yang

menekankan penggunaan taakulan dalam

menerokai persoalan falsafah dan teologi.

Kumpulan sarjana khususnya cuba membuktikan

kebenaran doktrin Kristian. Mereka juga cuba

menyelesaikan pendapat yang bertentangan

dalam teologi Kristian. Skolastisisme mempunyai

pengaruh yang amat kuat dari tahun 1000-an

hingga tahun 1400-an, terutama pada tahun 1200-

an. Kebanyakan para ilmuwan mengajar di sekolah

dan di universiti di barat Eropah.

UMUM 
SAPIR, EDWARD

Sapir, Edward (1884–1939) ialah ahli antropologi

dan ahli bahasa Amerika yang menerokai hubungan

antara bahasa, budaya dan personaliti. Dalam

antropologi, Sapir membantu menemui dua cabang

kajian (1) antropologi linguistik yang menganalisa

peranan bahasa dalam pelbagai masyarakat dan

(2) antropologi psikologi yang mengkaji tentang

perhubungan antara budaya dan personaliti. Dia juga

merumuskan kaedah para sarjana boleh membina

semula sejarah kebudayaan tanpa kehadiran bukti

tulisan.

UMUM 
SHAFFER, PETER LEVIN

Shaffer, Peter Levin (1926– ) ialah pengkritik

dan penulis drama British yang terkenal, dengan

dramanya Five Finger Exercise (1958), yang

menerokai permusuhan dalam kalangan pelbagai

generasi keluarga kelas pertengahan. Dramanya

yang terkemudian termasuk The Private Ear and the

Public Eye (1962), The Royal Hunt of the Sun (1964),

Black Comedy (1965), The Battle of Shrivings (1970),

Equus (1973), dan Amadens (1979). Sebahagian

daripada karyanya telah difilemkan. Dia juga pernah

menulis untuk rancangan televisyen. Shaffer lahir di

Liverpool, England dan mendapat pendidikan di St.

Paul School, London dan Cambridge University.

Saudara kembarnya, Anthony Shaffer juga

merupakan penulis drama. Dramanya yang paling

terkenal, Sleuth, juga telah difilemkan. Dia juga

menulis lakon layar untuk filem Death on the Nile

dan Evil Under the Sun.

UMUM 
SELVON, SAMUEL

Selvon, Samuel (1923– ) ialah penulis

Caribbean yang menjadi terkenal kerana

menghasilkan gambaran tragikomik tentang

golongan miskin dan terbuang di Trinidad dan

United Kingdom. Karyanya menerokai kehidupan

mereka yang meninggalkan Caribbean untuk masa

depan yang lebih cerah di United Kingdom, tetapi

mereka hanya menghadapi prejudis, pemulauan,

dan eksploitasi.

UMUM 
PYTHEAS

Pytheas ialah penjelajah Yunani yang hidup

pada akhir tahun 300-an S.M. Pytheas terlepas

daripada kepungan tentera laut Carthaginia di

Gibraltar dan dapat meneruskan penjelajahannya

ke pantai utara Eropah. Dia belayar mengelilingi

Britain , dan menerokai kawasan tersebut. Pytheas

mendengar banyak cerita tentang tanah

bermisteri yang dikenal sebagai Thule, yang

berkemungkinan Norway.

UMUM 
ANDREYEV, LEONID

Andreyev, Leonid (1817–1919), penulis puisi dan

penulis drama Rusia. Andreyev mencipta mood

pesimisme dan kekecewaan yang ekstrem dalam

kebanyakan karyanya. Beberapa penulisannya

berkisar tentang tema kesunyian dan penderitaan

manusia. Cerpennya yang paling terkenal, “The Red

Laugh” (1904) menerokai kedahsyatan dan

keganasan peperangan. Novel pendek “The Seven

That Were Hanged” (1908) meneliti perasaan lima

orang revolusioner dan dua orang pembunuh yang

sedang menanti saat kematian mereka. Drama

Andreyev yang paling popular ialah The Life of Man

(1906) dan He Who Gets Slapped (1915). Leonid

Nikolayevich Andreyev lahir di Orel.

UMUM 

Kembali ke atas