SUTAN TAKDIR ALISJAHBANA | Kapsyen1"> :1"> Sutan Takdir Alisjahbana SUTAN TAKDIR ALISJAHBANA (1908-1994), penulis dan budayawan Indonesia. Dia lahir di Natal, Tapanuli, Sumatera, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Belanda, Bengkulu. Selepas itu dia melanjutkan pengajiannya di Sekolah Penguruan di Bukittinggi, Lahat, dan Muara Enim. Kemudian dia meneruskan pengajiannya di Sekolah Perguruan Tinggi di Bandung, dan Fakultas Hukum, Universitas Indonesia, Jakarta. Seterusnya dia mempelajari ilmu bahasa umum, kebudayaan Asia Timur dan falsafah. | BAHASA | Tokoh |
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH | Kapsyen1"> :1"> Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH (1946- ), Sultan Brunei Darussalam yang ke-29. Baginda diputerakan pada 15 Julai 1946 di Istana Darussalam, Bandar Seri Begawan, Brunei. Baginda adalah putera sulung Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Baginda menerima pendidikan awal secara tuisyen peribadi di Sekolah Khas, Istana Darul Hana pada awal tahun 1950-an. Kemudian baginda menuntut di Sekolah Melayu Sultan Muhammad Jamalul Alam, Bandar Brunei pada tahun 1955. Dari tahun 1956 hingga tahun 1961, baginda menuntut di Sekolah Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Antara tahun 1961 hingga tahun 1963, baginda melanjutkan pelajaran di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Pada tahun 1964, baginda meneruskan pelajaran di Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Brunei. Dari tahun 1966 hingga tahun 1967, baginda mengikuti pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, England bagi menjalani latihan ketenteraan sebagai pegawai kadet. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SITI HAWA HAJI SALLEH | SITI HAWA HAJI SALLEH (1940- ), penyelidik kesusasteraan Melayu klasik. Dia lahir pada 1 Mei 1940 di Alor Setar, Kedah. Setelah mendapat pendidikan di Sultanah Asma School dan Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar, dia meneruskan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang pengajian Melayu (1961-1963). Dia mendapat ijazah sarjana dari universiti yang sama pada tahun 1966 dengan disertasi bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa: Suatu Kajian Teks. Pada tahun 1971 hingga tahun 1995, dia berkhidmat di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia. Dia memperoleh ijazah Doktor Falsafah dari UKM pada tahun 1994. Pada tahun yang sama, Siti Hawa dilantik sebagai profesor Kesusasteraan Melayu Tradisional di Jabatan Persuratan Melayu, UKM. Setelah bersara wajib pada tahun 1995, dia meneruskan tugas di tempat yang sama sebagai profesor kontrak. | SASTERA | Tokoh |
ZAKIAH LAIDIN, DATO' | ZAKIAH LAIDIN, Dato’ (1938- ), tokoh polis wanita. Dia lahir pada 1 Mei 1938 di Batu Gajah, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di beberapa buah sekolah rendah di Kuala Kangsar, Teluk Intan dan Melaka. Dia meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Convent Melaka dan Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SUBAGIO SASTROWARDOJO | SUBAGIO SASTROWARDOJO (1924- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 1 Februari 1924 di Madiun, Jawa Timur, Indonesia. Dia mendapat pendidikan di Holandsch Inlandsche School (HIS) Arjuna, Bandung (1938), Hoogere Burgerschool (HSB), Sekolah Menengah Pertama (SM) di Surakarta (1945), dan Sekolah Menengah Atas (SMA) di Yogyakarta (1947). Pada tahun 1958, dia melanjutkan pelajarannya di Fakultas Sastra, Universitas Gadjah Mada. Kemudian dia meneruskan pengajian sarjana di Department of Comparative Literature, Yale University, Amerika Syarikat (1963). Dia memperoleh ijazah Doktor Falsafah pada tahun 1965 dari universiti yang sama. | SASTERA | Tokoh |
CHE' DOL | CHE’ DOL (1873-1948), ulama. Dia lahir di Menajong, Wilayah Patani. Nama Che’ Dol yang sebenarnya ialah Ismail bin Mustafa. Dia mula belajar di Pondok Haji Wan Abdul Kadir Bendang Jaya, Patani semasa berusia tujuh tahun. Dia meneruskan pelajarannya ke Pondok Tuan Minau, Sungai Dua Seberang Perai, Pulau Pinang. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya ke Makkah selama lapan tahun. Di Makkah, dia berguru dengan Syekh Ahmad Patani, seorang ulama terkenal yang mengajar di Masjidilharam. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SYEIKH BURHANUDDIN ULAKAN | SYEIKH BURHANUDDIN ULAKAN ( ? - 1690), ulama Indonesia. Beliau berasal dari Minangkabau. Nama beliau semasa kecil ialah Si Pono. Ayahnya bernama Pampak. Beliau suka mengikut ayahnya berniaga di pekan Batang Bengkawas. Pada tahun 1559, beliau mengikut ayahnya yang masih beragama Buddha berpindah ke Sintuk. Kemudian, mereka berpindah pula ke Ulakan. Syeikh Burhanuddin meneruskan perjalanan ke Aceh dan berguru dengan Syeikh Abdul Rauf Singkel. Beliau berguru selama 13 tahun dan ada pendapat lain mengatakan beliau berguru dengan Syeikh Abdul Rauf selama 30 tahun. Rakan seperguruannya yang lain ialah Syeikh Tajul Khalwati (Bugis) dan Syeikh Abdul Malik bin Abdullah (Terengganu). 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |