ORANG KOSSAK | Orang Kossak merupakan askar yang asalnya petani yang menetap terutamanya di kawasan Sungai Dnepr dan Don, yang kini dikenali sebagai Ukraine Timur dan Rusia Barat. Bermula pada tahun 1400-an, Poland dan Rusia melatih mengatur orang Kossak memasuki unit ketenteraan untuk membantu menentang pencerobohan kaum Tartar. Poland dan Rusia memberikan banyak keistimewaan kepada orang Kossak sebagai ganjaran perkhidmatan mereka. Orang Kossak membentuk komuniti pemerintahan mereka sendiri, yang diasaskan kepada prinsip demokrasi. Perkataan Kossak dalam bahasa Turki bermaksud orang yang merdeka . | UMUM | |
ANGLO-SAXON | Anglo-Saxon ialah anggota puak-puak Jermanik yang menetap di kawasan yang kini dinamakan England pada tahun 400-an dan 500-an. Puak-puak ini ialah Angle, Saxon, dan Jute. | UMUM | |
SLOVAK | Slovak ialah orang Slav yang merupakan sebahagian besar penduduk Slovakia. Menjelang tahun 400-an, M., leluhur kaum Slovak menetap di negara yang kini dikenali sebagai Slovakia. Pada tahun 800-an, Slovak merupakan sebahagian daripada Empayar Moravia Besar. Kaum Magyar (orang Hungary) menawan Slovakia lebih kurang pada tahun 900 dan memerintah orang Slovak selama 10 abad berikutnya. Di bawah pemerintahan Hungary, kaum Slovak mengekalkan bahasa mereka sendiri tetapi tidak pernah menganggap diri mereka sebagai kaum yang berasingan sehinggalah pada tahun 1800-an. | UMUM | |
KEHIDUPAN PERINTIS DI AUSTRALIA DAN NEW ZEALAND | Kehidupan perintis di Australia dan New Zealand. Para perintis awal yang menetap di Australia dan New Zealand sebelum tahun 1850, kebanyakannya terdiri daripada peladang British. Mereka disingkirkan daripada ladang-ladang kecil disebabkan beberapa perkembangan dalam perusahaan pertanian British. | UMUM | |
SALMAN AL-FARISIY | Salman al-Farisiy ( ? –36 H./ ? –656 M.) ialah salah seorang sahabat nabi yang berasal daripada golongan Ansar yang menetap di Madinah (dulu Yathrib atau Tayyibah). Dia berketurunan Parsi dari Isfahan. Sebelum Islam, dia berpindah ke Syam, al-Mosul, Nasibyan dan ‘Umuriah untuk mencari pegangan yang boleh menenangkan jiwanya. Dia bergaul dengan para pendeta dan banyak membaca buku karangan orang-orang Parsi, Rom dan Yahudi. Kesemua buku tersebut tidak berjaya menyelamatkannya daripada arus kesesatan. Akhirnya dia menuju ke negeri Arab. Semasa dalam perjalanan ke sana, dia berjumpa dengan serombongan penyamun Bani Kalb. Mereka menculiknya lalu menjualnya kepada seorang Yahudi. Akhirnya dia dibawa ke Madinah dan dipaksa bekerja di ladang. | UMUM | |
CHISHOLM, CAROLINE | Chisholm, Caroline (1808–1877), menumpukan sebahagian besar hayatnya terhadap kebajikan para pendatang ke Australia. Dia juga menggalakkan pendatang ini meninggalkan bandar yang sesak dan menetap di tanah ladang Australia. | UMUM | Umum |
ORANG CZECHOSLOVAKIA | Orang Czechoslovakia ialah orang Slav yang menjadi sebahagian besar penduduk Republik Czech. Kebanyakan orang Czechoslovakia tinggal di rantau Bohemia dan Moravia. Mereka menetap di situ pada tahun 400-an. | UMUM | |
BATAK | BATAK, suku kaum yang menetap di daerah pergunungan Bukit Barisan dan berpusat di Danau Toba. | BUDAYA | Konsep |
RAMEAU, JEAN-PHILIPPE | Rameau, Jean-Philippe (1683–1764) ialah penggubah lagu dan ahli teori muzik Perancis zaman barok. Rameau bermain organ selama 20 tahun di beberapa buah bandar sebelum menetap di Paris pada tahun 1722. Dia menjadi terkenal pada tahun tersebut dengan terbitnya buku teori muzik Treatise on Harmony . Buku ini menjadi mercu tanda penting dalam sejarah harmoni dan yang pertama dari beberapa karya harmoni lain yang dihasilkannya. | UMUM | |
ASIMILASI | Asimilasi ialah proses yang dilalui oleh kumpulan sosial dan budaya untuk menjadi bahagian kumpulan sosial dan budaya yang lain. Umpamanya kumpulan dari beberapa banyak negeri telah menetap di Australia. Kebanyakan orang ini secara beransur-ansur melepaskan cara hidup tanah air mereka dan mengamalkan cara hidup Australia. | UMUM | |