Tisu penghubung, menghubungkan organ badan dengan tisu, menetapkan organ di tempatnya, dan menyokong badan. Berbanding dengan lain-lain jenis tisu, tisu penghubung mempunyai beberapa sel dan banyak bahan antara sel (bahan di luar sel). Ahli sains membahagikan tisu penghubung kepada tiga kumpulan, mengikut kekerasan bahan antara sel, iaitu (1) tisu penghubung sempurna yang lembut, (2) rawan yang teguh, dan (3) tulang yang keras. Rencana ini akan membincangkan tisu penghubung sempurna. Untuk maklumat tentang lain-lain jenis tisu penghubung, lihat rencana Ensiklopedia Dunia tentang Rawan dan Tulang . |