SISTERS OF CHARITY | Sisters of Charity ialah anggota wanita beberapa komuniti agama Roman Katolik. Mereka mengabadikan diri membantu orang miskin, orang sakit, orang tua, dan anak yatim. | UMUM | |
ASBJORNSEN, PETER CHRISTEN | Asbjornsen, Peter Christen (1812–1885), pengumpul cerita rakyat Norway dan juga ahli alamiah. Dia menjadi masyhur kerana karyanya bersama-sama Jorgan Moe dalam mengabadikan dongeng yang diceritakan oleh penduduk Norway. Koleksi mereka berjudul Norwegian Folk Tales (1842–1843) menjadi kesusasteraan klasik Norway dan kesusasteraan dunia. Koleksi itu meliputi kisah seperti “The Three Billy Goat Gruff” dan “The Seven Fathers in the House”. Asbjornsen lahir di Cheristiania (kini Oslo). Dia menjelajah pantai Norway dan memberi sumbangan penting dalam bidang botani dan zoologi. | UMUM | |
SOSIALISASI | Sosialisasi, dalam bidang sains tingkah laku, merujuk kepada proses kompleks yang dialami oleh individu ketika belajar mengenal dan melaksanakan tingkah laku yang dituntut oleh masyarakat. Sosialisasi memperkenalkan tabiat, idea, sikap, dan nilai. Para ahli sains tingkah laku yang terdiri daripada ahli antropologi, ahli psikologi, dan ahli sosiologi menganggap sosialisasi sebagai salah satu cara utama masyarakat mengabadikan kewujudannya. Melalui sosialisasi, kebudayaan dipindahkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. | UMUM | |
SOKE | Soke ialah pertubuhan petani pemilik tanah mempunyai asal usulnya di kawasan taklukan Denmark di tangan England pada tahun 800-an M. Soke merupakan daerah, yang kadangkala terdiri daripada beberapa kampung, di mana pemilik tanah asal membahagikan kawasan kecil kepada petani sebagai upah bagi perkhidmatan mereka. Soke Peterborough yang kini di Cambridgeshire, mengabadikan nama soke, tetapi Bukan bentuk soke pada zaman Denmark. | UMUM | |
STEVENSON, ROBERT | Stevenson, Robert (1772–1850) ialah jurutera awam Scotland yang dikenali sebagai pembina rumah api. Dia membina 23 rumah api di sepanjang pantai Great Britain dan mencipta sebuah lampu pemancar yang digunakan untuk memandu arah kapal. Kerjanya yang paling terkenal ialah Rumah Api Bell Rock, yang direka bentuk dan dibina bersama dengan arkitek dan jurutera, John Rennie. Pemuisi Robert Southey mengabadikan Rumah Api Bell Rock ini dalam puisinya “Inchcape Rock”. Rumah api ini terletak di Laut Utara, 18 kilometer dari Dundee, Scotland. Stevenson lahir di Glasgow, Scotland. Pengarang Robert Louis Stevenson ialah cucunya. | UMUM | |
CERITA DARI BLORA | CERITA DARI BLORA, kumpulan cerpen Pramoedya Ananta Toer yang diterbitkan pada tahun 1952. Kumpulan ini mengandungi 11 buah cerpen yang hampir kesemuanya dihasilkan oleh Pramoedya pada tahun 1950, iaitu setelah beberapa bulan dia dibebaskan daripada tahanan. Dalam kata pengantarnya, H.B. Jassin menyatakan bahawa kesedaran yang terdapat pada diri pengarang, mendorongnya mencipta dan mengabadikan sesuatu sebagai kenang-kenangan kepada yang tinggal. Selain itu, terdapat unsur-unsur pengalaman dan kenangan autobiografi dalam kumpulan ini yang dapat dilihat melalui latar belakang sejarah dan kemasyarakatan yang begitu luas. | SASTERA | Karya |