Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.bai.kan] | مڠابايکن

Definisi : 1. tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kpd (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan, melalaikan: ~ anak isteri; ~ tugas dan tang­gungjawab; 2. memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau meng­endah­kan, menganggap sepi: ~ tunjuk ajar dan nasihat orang; mereka ~ sahaja segala kritik dan cemuhan; 3. tidak menggunakan (sesuatu kesempatan, kemudahan yg disedia­kan, dll), membiarkan atau melepaskan, men­sia-siakan: sayang sekali peluang keemasan itu kau­abaikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.bai.kan] | مڠابايکن

Definisi : 1 tidak mengambil berat terhadap tugas, nasihat dsb; melalaikan; mencuaikan: Kerana selalu ~ pelajaran, ia telah gagal dlm peperiksaan. 2 menganggap tidak penting; tidak mempedulikan: Kerana menganggap dirinya sudah cukup pandai, ia ~ nasihat orang-orang yg lebih berpengalaman drpdnya. terabai tidak dipedulikan; disia-siakan; terbiar. pengabaian perbuatan atau hal mengabaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengabaikan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SMEATON, JOHN

Smeaton, John (1724–1792) ialah jurutera British

yang mereka bentuk rumah api Eddystone yang

ketiga di pantai England. Dia mengabaikan nasihat

para jurutera lain dan membina rumah api itu

daripada blok batu yang ditanggam bersama.

Rumah apinya teguh berdiri selama lebih 100

tahun sebelum dirobohkan. Smeaton juga mereka

bentuk dan membina jambatan, kincir air,

pelabuhan, terusan, sistem saliran, dan projek lain.

Dia membuat pembaikan besar pada enjin stim

ciptaan Newcomen. Dia orang pertama yang

menggelar dirinya sebagai jurutera awam. Pada

tahun 1771, dia menubuhkan Persatuan Jurutera

Awam. Smeaton lahir di Austhorpe berhampiran

Leeds, England.

UMUM 
MENCIUS

Mencius (390? S.M.–305? S.M.) ialah ahli falsafah

Cina yang utama. Dia merupakan salah seorang

tokoh yang paling berpengaruh dalam

perkembangan falsafah Cina yang dikenal sebagai

Konfusianisme. Mencius paling terkenal kerana

keyakinannya bahawa sifat semula jadi manusia

adalah baik. Dia juga percaya bahawa rakyat

sesebuah negara mempunyai alasan apabila

menggulingkan atau malahan membunuh raja yang

zalim. Mencius mentakrifkan raja yang zalim sebagai

orang yang mengabaikan kebajikan rakyat dan

memerintah mereka dengan tidak bertimbang rasa.

Kebanyakan gagasan Mencius terdapat dalam

Mengzi (juga dieja Meng-tzu), buku yang mungkin

merupakan koleksi ajarannya.

UMUM 
PRASANGKA

Prasangka ialah pendapat yang terbentuk tanpa

mengambil waktu dan usaha untuk membuat

pertimbangan dengan adil. Pendapat seperti itu

mungkin baik atau tidak baik dan dibuat tanpa

mempedulikan bukti yang tersedia. Dalam rencana

ini, prasangka bererti pendapat tidak baik yang

dipegang dengan cara ini tentang anggota-anggota

suatu kumpulan sosial tertentu. Orang yang

berprasangka cenderung memutarbelitkan,

menyelewengkan, serta menyalahertikan ataupun

mengabaikan fakta yang bertentangan dengan

pendapat yang telah ditentukannya terlebih

dahulu. Umpamanya, orang yang berprasangka

mungkin percaya bahawa semua individu dalam

suatu kumpulan umur, bangsa, kumpulan etnik,

agama, seks atau wilayah sesebuah negeri itu

pemalas, kejam, bodoh, tak stabil emosinya,

ataupun tamak.

UMUM 
RUKUN TIGA BELAS

RUKUN TIGA BELAS, kumpulan sulit yang ditubuhkan oleh 13 orang pemimpin Persatuan Pemuda Melayu (PPM) untuk menentang penyerahan Sarawak kepada British.  Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1948.  Pada tahun 1946, Gerakan Antipenyerahan Sarawak kepada British muncul apabila Raja Vyner Brooke membuat keputusan untuk menyerahkan Sarawak sebagai sebuah jajahan mahkota kepada kerajaan British.  Pada mulanya gerakan ini disokong oleh orang Melayu dan Iban secara perlembagaan.  Namun semua usaha mereka gagal kerana sikap kerajaan British yang mengabaikan kepentingan  gerakan tersebut.  Golongan elit pula berpendapat bahawa cara tindakan secara berperlembagaan tidak akan membawa apa-apa kejayaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas