TAYLOR, SIR GEOFFREY | Taylor, Sir Geoffrey (1886–1975) ialah ahli fizik Inggeris yang mengabdikan seluruh hidupnya kepada sains. Dia adalah ahli metereologi dalam ekspedisi di Lautan Atlantik Utara pada tahun 1913, yang bekerja dalam bidang metereologi dan aeronautika semasa Perang Dunia I (1914–1918), dan membuat bom atom semasa Perang Dunia II (1939–1945). Dia mengira kelambatan putaran bumi yang disebabkan oleh geseran pasang surut. Taylor lahir di London. | UMUM | |
BIARAWATI | Biarawati ialah wanita yang tergolong dalam komuniti agama dan mengabdikan kehidupannya untuk melaksanakan matlamat agama. Pelbagai agama besar, termasuk agama Buddha, Kristian, dan Taoisme, mempunyai order biarawati. Gereja Roman Katolik mempunyai lebih banyak order biarawati daripada mana-mana mazhab Kristian yang lain. | UMUM | |
BIARAWAN | Biarawan ialah lelaki yang mengasingkan diri daripada cara hidup biasa untuk mengabdikan diri kepada agamanya. Biarawan memainkan peranan penting dalam agama Kristian, terutamanya dalam gereja Roman Katolik dan Ortodoks Timur. Biarawan atau sami juga penting dalam agama lain seperti Buddha, Jainisme, dan Hindu. | UMUM | |
DOUGLASS, FREDERICK | Douglass, Frederick (1818?–1895), jurucakap utama bagi orang kulit hitam Amerika pada tahun 1800-an. Dia lahir sebagai hamba dan dikenali sebagai reformis, pengarang dan pemidato. Dia mengabdikan hidupnya dalam usaha penghapusan amalan perhambaan dan menuntut hak bagi orang kulit hitam. | UMUM | |
MIRA BAI | Mira Bai ialah penyair yang tinggal di Rajasthan, utara India pada tahun 1500-an. Dia lahir dalam keluarga diraja dan sepatutnya hidup seperti puteri. Namun dia meninggalkan segala kemewahan hidupnya semata-mata mahu mengabdikan dirinya pada Krishna, iaitu tuhan Hindu yang dianggapnya sebagai suaminya. Dia menghabiskan kebanyakan masanya tinggal bersama-sama dengan sami, sesuatu yang luar biasa bagi wanita sepertinya. Caranya yang membelakangkan dunia, dan menari dan menyanyi memuji Krishna menyebabkan keluarganya memulaukannya. Mengikut legenda, mereka cuba meracuninya. Namun kerana keabdiannya itu, dia telah terselamat. | UMUM | |
SHANKARACHARYA | Shankaracharya (700?–750 M.?), juga dikenali sebagai Shankara, ialah ahli falsafah Hindu. Hasil kerjayanya yang terpenting ialah ulasannya terhadap Veda , iaitu tulisan suci Hindu. Shankaracharya lahir di Kerala, selatan India. Dia mengamalkan sikap menahan diri dan belajar untuk menolak kesenangan duniawi dan keselesaannya di peringkat awal kehidupan. Dia mengabdikan dirinya pada pengajian, perbincangan falsafah, dan ajaran agama. Kemasyhuran sarjana yang berkelana ini tersebar luas ke seluruh India. Dalam perjalanannya, Shankaracharya mengasaskan empat biara yang terkenal di Badrinath di Himalaya, Shringeri di Mysore, Dwarke di barat India, dan di Puri, timur India. | UMUM | |
MUKMIN | Mukmin, orang yang percaya dan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Ia berasal daripada perkataan Arab amana yang bererti selamat, selesa, percaya. | AGAMA | Konsep |
SPALLANZANI, LAZZARO | Spallanzani, Lazzaro (1729–1799) ialah ahli eksperimen biologi Itali yang membuktikan bahawa udara membawa hidupan seni. Dia juga membuktikan bahawa hidupan seni di dalam makanan boleh dibunuh apabila direbus. Spallanzani adalah orang pertama menyaksikan sel bakteria yang diasingkan membahagi. Dia mendapati bahawa kelawar, walau pun buta, dapat mengelak tali apabila terbang, dan cicak salamander boleh mengeluarkan anggota baru untuk mengganti anggota yang rosak. Dia lahir di Scandiano, dan mengabdikan diri kepada Gereja Roman Katolik. Dia menjadi pengajar di University of Padua. | UMUM | |
IBADAH | Ibadah, berasal daripada perkataan Arab abd yang bermakna menyembah, menjadi hamba dan mengabdikan diri kepada sesuatu kuasa. | AGAMA | Konsep |