(ABC) | Australian Broadcasting Corporation (ABC) bertanggungjawab mengadakan perkhidmatan televisyen dan radio kebangsaan di Australia. Kebanyakan pembiayaannya bersumber daripada kerajaan persekutuan Australia. | UMUM | |
PROSEDUR PARLIMEN | Prosedur parlimen ialah kaedah menjalankan mesyuarat dengan cara yang teratur. Apabila orang mengadakan mesyuarat, mereka memerlukan peraturan yang akan membantu mereka mencapai matlamat mereka. Peraturan prosedur parlimen membantu pengerusi menjaga tertib semasa mesyuarat dan juga memberi panduan kepada para peserta dalam menjalankan mesyuarat. Prosedur ini dikenali sebagai prosedur parlimen kerana ia diambil daripada peraturan dan kebiasaan yang diamalkan oleh parlimen United Kingdom. Prosedur parlimen juga dikenali sebagai hukum parlimen, amalan parlimen dan peraturan tertib . | UMUM | |
MISTERI ELEUSINIA | Misteri Eleusinia ialah upacara keagamaan orang Yunani yang berlangsung setiap tahun di Eleusis, berhampiran Athens. Pemuja mengadakan upacara ini untuk memperingati Demeter, dewa pertanian. Misteri ini mengisahkan mitos penculikan dan pengembalian anak perempuan Demeter yang bernama Persephone, oleh Hades, dewa alam ghaib. Untuk mengetahui mitos ini, lihat Persephone. Walaupun maksud tersirat misteri ini tidak pernah didedahkan, upacara-upacara yang berkait dengannya dianggap memberi kehidupan sesudah mati yang lebih dirahmati kepada sesiapa yang mengambil bahagian. Lihat juga Misteri. | UMUM | |
SETI I | Seti I (memerintah pada tahun 1303–1290 S.M.) ialah raja Mesir purba. Pada peringkat awal pemerintahannya, baginda telah mengadakan sekurang-kurangnya dua kempen di Syria sebagai usaha untuk merisik perkembangan kaum Hitit dan menubuhkan semula empayar Thutmose III di Palestin dan Syria. Seti membina Kuil Abydos. Baginda juga menghiasi tembok Great Hypostyle Hall (dewan yang bertiang) di Karnak, yang dimulakan oleh ayahanda Ramses I dan disempurnakan oleh puteranya Ramses II. Makamnya yang merupakan binaan paling indah di Lembah Raja, telah ditemui pada tahun 1817 manakala mumianya bersama-sama dengan mumia Ramses II ditemui pada tahun 1881, dalam satu makam lain berhampiran Dayr al-Bahri. | UMUM | |
KUMPULAN BLOOMSBURY | Kumpulan Bloomsbury ialah persatuan intelek Inggeris yang tidak rasmi yang sering mengadakan perjumpaan dari tahun 1905 hingga tahun 1930. | UMUM | |
AFRIKA SELATAN, KERAJAAN. | Afrika Selatan, Kerajaan. Afrika Selatan ialah sebuah republik berparlimen. Parlimen Afrika Selatan terbentuk pada bulan April 1994, selepas Afrika Selatan mengadakan pilihan raya umumnya yang pertama. Ketika itu semua orang dewasa boleh mengundi. Anggota parlimen memilih presiden yang akan menjadi ketua kerajaan , menguasai penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan. Presiden juga ialah ketua negara , yang bertindak sebagai wakil rasmi negara dan melaksanakan tugas-tugas istiadat. | UMUM | |
NERINA, NADIA | Nerina, Nadia (1927– ) ialah penari balet yang mendapat sanjungan daripada kebanyakan negara di dunia kerana kecemerlangan tariannya. Dia ialah penari balet pertama Royal Ballet, iaitu syarikat balet British, yang mengadakan persembahan bersama- sama dengan penari balet Bolshoi dan Kirov di Kesatuan Soviet. Salah satu daripada peranannya yang cemerlang ialah sebagai Lise dalam La Fille Mal Gardee, yang dicipta khas untuknya oleh Frederick Ashton, seorang pereka tari. Nerina lahir di Cape Town, Afrika Selatan. Dia belajar menari balet di London di bawah tunjuk ajar Marie Rambert. Pada tahun 1946, Nerina memasuki Sadler’s Wells Ballet. Pada tahun 1947, dia menyertai Royal Ballet. | UMUM | |
AUSTRALIAN BROADCASTING CORPORATION | Australian Broadcasting Corporation (ABC)bertanggungjawab mengadakan perkhidmatan televisyen dan radio kebangsaan di Australia. Kebanyakan pembiayaannya bersumber daripada kerajaan persekutuan Australia. | UMUM | Umum |
ROTARY INTERNATIONAL | Rotary International ialah pertubuhan sedunia bagi semua Kelab Rotary. Kelab Rotary dianggotai oleh sekumpulan pemimpin masyarakat daripada pelbagai bidang pekerjaan atau perniagaan. Pertubuhan ini menyelaras kelab ahli dan bekerja untuk membangunkan kelab ini. Ahlinya mengadakan khidmat kemanusiaan, menggalakkan tahap etika yang tinggi dan menolong membina keharmonian dan keamanan di dunia. | UMUM | |
MENGGOLEK BALAK | Menggolek balak bermula pada tahun 1840-an di kem balak di Kanada dan di utara Amerika Syarikat. Pembalak menjadi begitu mahir “menunggang” kayu-kayu balak di sungai, iaitu dari hutan hingga ke kilang papan dan mereka mengadakan pertandingan untuk mendapatkan pada setiap bahagian hujung kayu balak yang terapung dan cuba menggolek kayu balak dengan begitu laju sekali dengan kaki mereka, atau mengundurkan pergerakannya dengan cepat sekali, sehinggakan lawannya jatuh ke dalam air. | UMUM | |