Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.dun.kan] | مڠادونکن

Definisi : mendandankan, menghiasi, mempersolekkan: ~ pengantin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.dun.kan] | مڠادونکن

Definisi : mencampurkan atau meng­gabung­kan sesuatu unsur dll dgn unsur yg lain: ~ unsur realiti dgn yg bukan realiti; Kasim Ahmad berbicara tentang perlunya isi yg baik utk diadunkan dlm teknik sastera yg menarik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.dun.kan] | مڠادونکن

Definisi : memperelok dgn perhiasan; menyolek: ~ pengantin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengadunkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOYINKA, WOLE

Soyinka, Wole (1934– ) ialah penyair, penulis

drama, novel, dan pengkritik dari Nigeria. Dia

menerima Hadiah Nobel untuk kesusasteraan

pada tahun 1986. Soyinka seorang penulis serba

boleh yang mampu mengubah penulisannya

antara satira lucu dengan gaya lirik yang indah

dalam pelbagai karyanya. Dia mengadunkan

teknik penulisan Barat untuk cerita rakyat kaum

Yoruba dengan amat berkesan. Dua buah

novelnya ialah The Interpreters (1965) dan Season

of Anomy (1973). Antara karya dramanya yang

diterbitkan termasuk The Swamp Dwellers (1958),

The Lion and the Jewel, dan The Invention (1959).

UMUM 
STRACHEY, LYTTON

Strachey, Lytton (1880–1932) ialah penulis

biografi, penulis esei, dan pengkritik sastera.

Karyanya yang sangat terkenal ialah biografi –

Eminent Victorians (1918) dan Queen Victoria

(1921). Eminent Victorians ialah sekumpulan lakaran

tentang empat orang ternama England pada zaman

Victoria – pendidik Thomas Arnold, Jeneral Charles

Gordon, Henry Cardinal Manning, dan jururawat

Florence Nightingale. Gambaran Strachey yang

ringkas tetapi teliti mengadunkan campuran fakta,

imaginasi, dan analisis psikologi.

UMUM 

Kembali ke atas