E = MC 2 | E = mc2 ialah formula yang dicipta oleh ahli fizik, Albert Einstein yang secara langsung mengaitkan jisim (jirim) dengan tenaga. | UMUM | |
ASOSIASI | Asosiasi dalam psikologi merujuk kepada satu teori bagaimana kita mempelajari sesuatu. Tiga hukum asosiasi teori ini cuba menjelaskan bagaimana seseorang mengaitkan pengalamannya. Hukum itu ialah (1) hukum kehampiran, (2) hukum keserupaan, dan (3) hukum pertentangan. | UMUM | |
TAWNEY, RICHARD HENRY | Tawney, Richard Henry (1880–1962) ialah ahli sejarah dan ahli falsafah sosial British yang ternama. Karyanya yang paling masyhur, Religion and the Rise of Capitalisme (1926) yang mengaitkan pertumbuhan ekonomi pada tahun 1500-an dan tahun 1600-an hingga penyebaran Protestanisme. | UMUM | |
ZEUS | Zeus, dalam mitologi Yunani, ialah ketua dewa dan pemerintah manusia yang agung. Pada asalnya dia ialah dewa langit. Lama-kelamaan, orang Yunani menggangap Zeus sebagai satu-satunya dewa yang menjaga alam semesta ini. Mereka mengaitkan Zeus dengan keadilan dan percaya bahawa dewa itu menghukum orang yang jahat dan memberi habuan kepada orang yang berbuat baik. | UMUM | |
CIREBON | CIREBON, pusat pemerintahan, yang pada asalnya adalah sebahagian daripada kerajaan Hindu Pajajaran. Selepas tahun 1552, Kesultanan Islam telah ditubuhkan oleh Falatehan atau Fatahillah, yang juga telah menubuhkan kerajaan Banten. Falatehan, anak kepada Maulana Machdar Ibrahim, dipercayai telah meninggalkan kampungnya di Pasai apabila Pasai ditakluk oleh Portugis. Dia tiba di Sunda selepas menunaikan haji di Makkah. Sesetengah pihak mempercayai bahawa Falatehan dan Sunan Gunung Jati adalah orang yang sama. Purwaka Caruban Nagari membezakan kedua-dua tokoh ini. Teks itu mengaitkan Sunan Gunung Jati adalah anak Syarif Hidayatullah, hasil perkahwinan antara Syarif Abdullah, anak Raja Mesir dengan Rara Santang, seorang puteri Pajajaran, yang menunaikan haji bersama-sama abangnya atas nasihat guru agama mereka, Syeh Datu Kahfi. Selepas menamatkan pengajian agama dan kembali daripada perantauan, Syarif Hidayatullah dikatakan menetap berhampiran Gunung Jati di Cirebon dan menjadi salah seorang daripada wali sembilan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |