Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.jar] | مڠاجر

Definisi : 1. menyampaikan ilmu penge­tahuan (kemahiran dsb) kpd orang lain, men­didik, melatih, memberikan petunjuk-petun­juk kpd: ~ orang menggunakan senjata; 2. membaiki kelakuan dgn memberi nasihat dsb, mendidik: ia ~ anaknya supaya jangan nakal; 3. membuat seseorang melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan penga­laman dsb yg telah diperolehnya: musim ke­ma­rau ini akan ~ kita supaya tidak meng­gunakan air dgn membazir; kesulitan hidup ~ orang lebih berusaha; 4. memarahi (memu­kul seseorang) supaya jera (tidak mela­ku­kan lagi sesuatu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.jar] | مڠاجر

Definisi : 1 memberi pengetahuan kpd seseorang: Ketika ayahnya pergi kerja, ibunyalah yg ~ dia menulis dan membaca. 2 memberikan nasihat; mendidik: Ibu bapa perlu ~ anak-anak mereka supaya berkelakuan baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengajar

Peribahasa

Memperjuali orang Cina penjahit.

Bermaksud :

Mengajar orang yang telah pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengajar buaya berenang, b. Mengajar limau berduri, c. Orang tua diajar makan pisang).

 

Lihat selanjutnya...(16)

577

Don't teach your grandmother to suck eggs

Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita

Mengunyahkan orang bergigi

''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested.

''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Jangan mengunyahkan orang bergigi. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TALKINPerlakuan mengajar ucapan kalimah syahadah dengan membisikkannya pada telinga seseorang mukmin yang sedang menghadapi saat kematian atau dalam keadaan sakaratul maut.AGAMAKonsep
DONGENG

Dongeng ialah cereka rekaan yang mengajar

tentang moral. Dalam kebanyakan dongeng, satu

atau lebih watak utama merupakan haiwan, pokok,

atau benda yang bercakap dan bertindak seperti

manusia. Dongeng boleh disampaikan sama

ada dalam bentuk prosa ataupun puisi. Dalam

kebanyakan dongeng, pengajarannya disimpulkan

pada penghujung cerita dalam bentuk bidalan.

UMUM 
KAEDAH SUZUKI

Kaedah Suzuki ialah cara mengajar kanak-kanak

bagaimana bermain alat muzik tertentu pada

peringkat umur yang masih muda. Kaedah ini

digunakan dengan meluas untuk biola dan juga

alat-alat lain seperti celo, flut dan piano.

UMUM 
OLSON, CHARLES

Olson, Charles (1910–1970) ialah salah seorang

penyair Amerika yang sangat berpengaruh pada

zamannya. Pada tahun 1948, Olson mula mengajar

di Black Mountain College, sekolah eksperimen

di Black Mountain, Carolina Utara. Dia berkhidmat

sebagai rektor (pengetua) sekolah dari tahun 1951

hingga tahun 1956. Di kolej itu, Olson mengajar

beberapa orang bakal penyair besar Amerika

Syarikat.

UMUM 
SEKOLAH GAYA POS

Sekolah gaya pos ialah institusi pendidikan

yang mengajar melalui surat-menyurat antara

guru dengan pelajar. Sekolah gaya pos ditujukan

kepada mereka yang berhasrat untuk mempelajari

sesuatu subjek secara sistematik, umumnya untuk

tujuan mendapatkan kelayakan profesional atau

teknikal. Mereka mungkin tidak berupaya datang

sendiri ke kelas disebabkan mereka cacat, atau

kerana mereka tinggal terlalu jauh, atau kerana

mereka bekerja pada waktu siang. Dengan

mengambil kursus gaya pos, pelajar boleh

membuat kerja pada bila-bila masa dan di mana-

mana tempat. Namun demikian, sekolah gaya pos

mempunyai keburukan kerana perhubungan

peribadi tidak wujud antara guru dengan pelajar.

UMUM 
EPICTETUS

Epictetus (50?–138? M) ialah ahli falsafah Stoik

Yunani. Dia mengajar bahawa kita tidak sepatutnya

meminta supaya peristiwa berlaku mengikut

kehendak kita. Kita sepatutnya menerima peristiwa

yang berlaku.

UMUM 
TERMAN, LEWIS MADISON

Terman, Lewis Madison (1877–1956) ialah ahli

psikologi Amerika yang menjadi terkenal kerana

kajiannya tentang kecerdasan. Pada tahun 1916,

ketika mengajar di Stanford University di

California , Amerika Syarikat, Terman mengkaji

semula ujian kecerdasan Binet-Simon yang ditulis

dalam bahasa Perancis yang digunakan oleh para

pelajar yang berbahasa Inggeris. Ujian yang dikaji

semula ini, yang umumnya dikenal sebagai ujian

Stanford-Binet, menjadi salah satu ujian yang

digunakan dengan meluas untuk menguji

keupayaan belajar. Terman bersama-sama dengan

Maud A. Merrill, seorang lagi ahli psikologi dari

Stanford, membuat dua lagi kajian semula ujian

tersebut. Hasil kajian mereka diterbitkan pada

tahun 1937 dan tahun 1960.

UMUM 
SOFIS

Sofis ialah ahli pergerakan pendidikan di negara

kota Greece pada separuh kedua tahun 400-an

S.M. Sofis ialah guru yang berpindah-randah

sambil mengajar tatabahasa dan pidato umum,

iaitu perkara yang penting bagi demokrasi zaman

kuno seperti Athens. Mereka tidak berminat

dalam bidang pemikiran falsafah tentang sifat

fizikal alam semesta. Sebaliknya, mereka

mengkritik amalan moral dan agama yang

menjadi kelaziman serta memerikan kebaikan

sebagai kejayaan di dunia.

UMUM 
NEFERTITI

Nefertiti ialah permaisuri Mesir purba, isteri

kepada Akhenaton, seorang firaun (raja) yang

memerintah dari tahun 1367 hingga tahun 1350

S.M. Akhenaton ialah firaun pertama yang

mengajar monoteisme (kepercayaan terhadap satu

tuhan). Nefertiti menyokong kuat ajaran Akhenaton

dan membantunya dalam upacara agama yang

baru. Zaman pemerintahan Akhenaton dan

Nefertiti dikenali sebagai Revolusi Amarna kerana

mereka banyak melakukan perubahan dalam seni

lukisan, agama, dan amalan sosial.

UMUM 
ATEISME

Ateisme ialah kepercayaan bahawa Tuhan tidak

wujud. Oleh yang demikian, ateisme bertentangan

dengan ajaran banyak agama besar di dunia,

termasuk agama Islam, Kristian, dan Yahudi.

Agama-agama ini mengajar manusia tentang

kepercayaan kepada tuhan yang mencipta semua

makhluk serta hubungan manusia dengannya.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas