PENGAJIAN MELAYU DI ITALI | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI ITALI, pusat pengajian bahasa Melayu. Pengajian Melayu di Itali ditubuhkan pada tahun 1964, oleh seorang orientalis Itali yang terkemuka, Y. Bhg. Prof. Allesandro Bausani, di Instituto Universitario Orientale di Napoli, sebuah universiti yang khusus mengendalikan kursus bahasa dan budaya Asia dan Afrika. Universiti itu juga merupakan satu-satunya universiti yang mengajar kursus bahasa dan sastera Melayu-Indonesia. Pengajaran ini dikendalikannya sendiri sejak tahun 1964 hingga tahun 1969. setelah itu, kursus ini dikendalikan oleh Y. Bhg. Prof. L. Santa Maria sejak tahun 1969 hingga kini. Minat orang Itali terhadap bahasa Melayu sebenarnya bermula pada abad ke-16, iaitu ketika Antonio Pigafetta, seorang mualim kapal, mengelilingi dunia bersama-sama kapten kapal Portugis, Fernao de Magalhaes. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
RAZAK MAMAT | RAZAK MAMAT (1949-1991), penulis. Dia lahir pada 1 Mei 1949 di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di Kuala Terengganu. Dia kemudian menuntut di Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam, sebelum memasuki Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru, Johor (1971-1972). Razak kemudiannya mengajar di Catholic High School, Melaka. Dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) dari tahun 1974 hingga tahun 1978 hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Sosial. Selepas tamat pengajiannya, dia mengajar di High School, Convent Holy Infant Jesus dan Sekolah Mengenah Munsyi Abdullah, di Melaka. | SASTERA | Tokoh |
KERN J.H. | KERN J.H. (1833-1917), ahli bahasa Belanda. Dia lahir 1 pada 6 April 1833 di Purworedjo, Indonesia. Nama penuhnya ialah Jan Hendrik Casper Kem. Dia mendapat pendidikan tinggi di University of Utrecht, Leiden dan di Berlin. Dari tahun 1858 hingga tahun 1862, Kern mengajar di College of Maastricht, kemudian mengajar Sanskrit di Queen's College, Benares, India (1863 -1865). Pada tahun 1985, Kern dilantik sebagai Profesor Sanskrit di University of Leiden hingga tahun 1903. | BAHASA | Tokoh |
CHE' DOL | CHE’ DOL (1873-1948), ulama. Dia lahir di Menajong, Wilayah Patani. Nama Che’ Dol yang sebenarnya ialah Ismail bin Mustafa. Dia mula belajar di Pondok Haji Wan Abdul Kadir Bendang Jaya, Patani semasa berusia tujuh tahun. Dia meneruskan pelajarannya ke Pondok Tuan Minau, Sungai Dua Seberang Perai, Pulau Pinang. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya ke Makkah selama lapan tahun. Di Makkah, dia berguru dengan Syekh Ahmad Patani, seorang ulama terkenal yang mengajar di Masjidilharam. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DAIM ZAINUDDIN, TUN | DAIM ZAINUDDIN, Tun (1938- ), peguam, ahli politik dan tokoh korporat. Dia lahir pada 29 April 1938 di Seberang Perak, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, dan Maktab Sultan Abdul Hamid di Alor Setar, Kedah. Daim mengajar di Maktab Sultan Abdul Hamid sebelum melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang-undang di Lincoln’s Inn, London dan dia berjaya menamatkan pengajiannya pada tahun 1959. Pada tahun 1977, dia mengikuti kursus ijazah lanjutan dalam bidang pembangunan di University of Berkeley, California, Amerika Syarikat. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |