TAY | Tay ialah sungai yang terpanjang di Scotland yang mengalir sejauh 190 kilometer dari puncanya ke Laut Utara. Sungai ini berpunca sebagai Sungai Cononish di Ben Lui di Scotland Tengah dan mengalir melalui Strath Fillan. Kemudian sungai ini mengalir terus sebagai Sungai Dochart di celah gunung-ganang dan mengalir masuk ke Tasik Tay. Di sini sungai ini menjadi Sungai Tay dan mengalir berliku-liku melalui Aberfeldy, Dunkeld, dan Perth lalu masuk ke Teluk Tay. | UMUM | |
SUNGAI MACQUIRE | Sungai Macquire mengalir sejauh 944 kilometer melalui New South Wales, Australia. Sungai ini bermula dari lereng sebelah barat Banjaran Pemisah Besar Oberon. Sungai ini mengalir ke arah barat laut melalui bandar Bathurst, Wellington dan Dubbo. Ia mengalir melalui Macquire Marshes dan bercantum dengan Sungai Barwon dan Sungai Darling Hulu. Petani di Lembah Macquire menternak kambing biri-biri, lembu, ayam dan babi. Kebanyakan kawasan pertanian ditanam dengan gandum, sayuran, buah-buahan dan tanaman makanan binatang. | UMUM | |
DEE | Dee ialah nama lima batang sungai di Britain atau di Ireland. Sungai yang paling terkenal berpunca dari Tasik Bala, Gwynedd, Wales, mengalir melalui Clwyd dan kemudiannya membentuk sebahagian sempadan Wales dengan England. Sungai ini terus mengalir melalui Cheshire sebelum mengalir masuk ke Laut Irish. Panjang sungai ini lebih kurang 110 kilometer. | UMUM | |
MURRUMBIDGEE | Murrumbidgee ialah sungai yang ketiga terbesar dalam sistem Sungai Murray-Darling di Australia. Ia mengalir sepanjang 32 kilometer dari Kiandra di Pergunungan Snowy di New South Wales. Ia mengalir ke utara melalui Canberra, kemudian ke barat sehingga bertemu dengan Sungai Lachlan, selepas bandar Hay. Di sini Sungai Murrumbidgee mengalir ke arah barat daya dan sampai ke Sungai Murray di sempadan Victoria. | UMUM | |
SUNGAI NIL | Sungai Nil ialah sungai terpanjang di dunia. Ia mengalir sepanjang 6671 kilometer melalui timur laut Afrika. Sungai Nil berpunca berdekatan Garisan Khatulistiwa dan mengalir ke Laut Mediterranean. Sungai ini mengairi kira-kira 2.4 juta hektar tanah di Mesir dan kira-kira 1.1 juta hektar di Sudan. | UMUM | |
SUNGAI DOON | Sungai Doon, sungai yang mengalir di kawasan Strathclyde, Scotland, menjadi masyhur melalui puisi yang ditulis oleh Roberts Burns. Sungai Doon berpunca dari Banjaran Kells di Loch Doon dan mengalir ke barat daya masuk ke Firth of Clyde berhampiran Ayr. | UMUM | |
SUNGAI WAIKATO | Sungai Waikato ialah sungai yang paling panjang di New Zealand. Sungai ini berpunca di Gunung Ruapehu, di bahagian tengah Pulau Utara dan mengalir ke utara sejauh 425 kilometer. Sungai Waikato mengalir melalui Tasik Taupo, kota Hamilton, dan wilayah Waikato lalu mengalir menuju ke Laut Tasman di Pelabuhan Waikato. Sungai ini telah diempang untuk penjanaan kuasa hidroelektrik di Ohakuri, Atiamuri, Whakamaru, Maraetai, Waipapa, Aratiatia, Karapiro dan Arapuni. Empangan-empangan tersebut membentuk tasik dan menjadi tempat berperahu dan memancing ikan yang popular. | UMUM | |
KELIKATAN | Kelikatan ialah ukuran rintangan sesuatu bendalir (cecair atau gas) untuk mengalir. Bendalir yang mempunyai kelikatan tinggi seperti molases, mengalir lebih perlahan daripada bendalir yang mempunyai kelikatan rendah, seperti air. | UMUM | |
SUNGAI MOSELLE | Sungai Moselle, cawangan Sungai Rhine, bermula dari Pergunungan Vosges di timur Perancis. Sungai Moselle mengalir hala ke timur laut sejauh 513 kilometer dan mengalir masuk ke Sungai Rhine di Koblenz, Jerman. Ia dikenali sebagai Mosel di Jerman. Sebahagian besar sungai ini adalah cetek. Terusan sepanjang 274 kilometer membolehkan tongkang sampai sehingga 320 kilometer ke hulu sungai. | UMUM | |
SUNGAI RICHELIEU | Sungai Richelieu ialah sebatang sungai di Kanada yang mengalir melalui beberapa lembah yang paling cantik di Quebec. Sungai Richelieu berpunca dari Tasik Champlain, yang terletak di sempadan Quebec– Vermont. Ia mengalir ke utara sejauh 130 kilometer dan bertemu dengan Sungai St. Lawrence di Sorel, di antara Montreal dengan Trois Rivières. Kapal berlayar di sepanjang sungai ini dari Sorel ke selatan hingga ke Chambly. Sungai Richelieu mempunyai dua terusan – satu di St. Ours, ke selatan Sorel, dan satu lagi di Chambly. Sungai ini ialah laluan pengangkutan, tetapi ia lebih dikenali sebagai tempat bermain bot. Sungai ini dinamakan sempena nama Cardinal Richelieu, seorang negarawan Perancis. | UMUM | |