Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.lu.nga.lu.kan] | مݞالو-الوکن

Definisi : 1. menyambut ke­datangan tamu dll (dgn hormat dan mesra): bekas murid ~ kedatangan cikgu; 2. me­nyambut baik sesuatu (spt bantuan, sesuatu tindakan, cadangan, dll): persatuan itu ~ pe­ngu­muman yg dibuat oleh Menteri itu; 3. mengeluarkan kepala hendak menengok (menjenguk): ia ~ kepalanya keluar tingkap utk melihat siapa yg memanggil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lu.nga.lu.kan] | مݞالو-الوکن

Definisi : menyambut ketibaan seseorang: Kami telah pergi ke lapangan terbang utk ~ sahabat kami itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengalu-alukan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAT MENGARUK

ADAT MENGARUK, upacara mengalu-alukan kedatangan pemimpin atau tetamu negara atau ketika pertabalan seseorang raja atau pelantikan pemimpin yang diamalkan oleh masyarakat Bugis-Makasar.

BUDAYAKonsep
SAMOSET

Samoset (1590?–1655) ialah salah seorang Orang

Asli Amerika yang menjadi sahabat awal kepada

penduduk Pilgrim dari Tanah Jajahan Plymouth di

Amerika Syarikat. Dia ialah sagamore (ketua) Orang

Asli Amerika suku Pemaquid dan mula

berhubungan dengan orang Inggeris apabila dia

bertemu dengan beberapa orang nelayan Inggeris

di pinggir laut Maine. Dia belajar sedikit bahasa

Inggeris daripada mereka. Pada bulan Mac 1621,

Samoset mengejutkan penduduk tanah jajahan

Plymouth dengan muncul di jalan raya serta

mengalu-alukan kedatangan mereka dalam bahasa

Inggeris pasar. Kemudian, dia memperkenalkan

para pemimpin tanah jajahan itu kepada Massasoit,

ketua Orang Asli Amerika kawasan Plymouth. Pada

tahun 1625, Samoset membuat surat ikatan

pemindahan tanah Orang Asli Amerika kepada

penduduk tanah jajahan Inggeris, iaitu yang

dipercayai surat ikatan yang pertama. Dia

memindahkan 4856 hektar tanah puaknya kepada

John Brown, salah seorang peneroka di situ.

UMUM 
PERSATUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PERSATUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN, persatuan negeri.  Persatuan ini ditubuhkan pada 9 September 1939.  Ia ditubuhkan ekoran daripada berita-berita akhbar yang mengalu-alukan penubuhan persatuan-persatuan negeri Melayu yang lain seperti Perak, Selangor dan Pahang sebagai satu usaha menyatukan dan membela nasib orang Melayu di negeri masing-masing.  Persatuan ini ditubuhkan setelah mendapat penerangan yang jelas daripada Tengku Ismail Hussin, Presiden Persatuan Melayu Selangor, yang berceramah pada 1 September 1938 di Kuala Pilah, Negeri Sembolan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas