Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngan.cam] | مڠنچم

Definisi : 1. menakut-nakuti dgn jalan menyatakan hendak melakukan sesuatu yg membahayakan (menyusahkan, merugi­kan, dsb), mengugut: orang itu ~ hendak membunuh lawannya; 2. meletakkan (me­nye­babkan berada) dlm keadaan akan meng­alami atau ditimpa bahaya (kesusahan dsb), membahayakan: penduduk Bali sudah bebe­rapa kali diancam oleh letusan Gunung Agung; kejadian itu telah ~ kehidupan petani-petani; 3. bp kata yg mengandungi konotasi cantik dan menarik bagi seseorang atau sesuatu (spt gadis, muzik, bunga, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.cam] | مڠنچم

Definisi : 1 menakut-nakutkan dgn mengadakan sesuatu yg dpt membahayakan atau menyusahkan; mengugut; menggertak: Penjahat itu ~ hendak membunuh anaknya jika ia enggan menyerahkan barang kemasnya. 2 mendatangkan bahaya kpd; membahayakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengancam

Peribahasa

Laksana lembu dogol (= dungkul),
     tak boleh ditanduk hanya (= cuma) disondol.

Bermaksud :

Orang yang suka menggertak (mengancam) tetapi tidak berbahaya. dogol = tidak bertanduk.

 

Lihat selanjutnya...(3)

20

A barking dog never bites

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Lembu sondol, lembu dongkol

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. " Lembu sondol, lembu dongkol ," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AIDS

AIDS ialah peringkat akhir jangkitan yang

mengancam nyawa akibat virus kurang daya tahan

(HIV). AIDS ialah akronim bagi sindrom kurang daya

tahan penyakit. Nama ini merujuk kepada hakikat

bahawa HIV merosakkan dengan teruk sistem imun

melawan penyakit pada pesakit. Kes AIDS pertama

kali dikenal pasti pada tahun 1981 di Amerika

Syarikat, tetapi penyelidik telah mengesan kes ini

seawal tahun 1959. Berjuta-juta kes AIDS telah

didiagnosis di seluruh dunia.

UMUM 
MUSIM SEJUK NUKLEAR

Musim sejuk nuklear merujuk kepada kesan

dahsyat pada persekitaran seluruh dunia yang

mengancam nyawa akibat perang nuklear. Perang

seperti ini boleh menyebabkan berlakunya musim

sejuk nuklear dengan mengakibatkan perubahan

yang berbahaya pada atmosfera dan iklim bumi.

Musim sejuk nuklear boleh mula terbentuk

daripada kebakaran bandar yang diakibatkan oleh

haba letupan nuklear yang sangat kuat. Sejumlah

besar asap kebakaran ini boleh tersebar dan

meliputi sekurang-kurangnya separuh permukaan

bumi. Asap ini boleh menghalang sebahagian besar

sinaran matahari daripada sampai di bumi. Suhu

akan menurun dengan banyak, dan hujan akan

berkurangan. Keadaan ini mungkin berlangsung

selama beberapa bulan atau tahun.

UMUM 
KEBAKARAN BELUKAR

Kebakaran belukar ialah istilah yang merujuk

kepada kebakaran besar pada hutan, rumput, dan

pokok renek yang mengancam kehidupan dan

harta di Australia setiap tahun.

UMUM 
MATA SYAITAN

Mata syaitan kononnya ialah kuasa yang dimiliki

oleh seseorang yang boleh mengancam orang lain,

atau hartanya, hanya dengan renungannya.

UMUM 
ORANG HELVETIA

Orang Helvetia ialah ahli suku kaum yang pernah

tinggal di satu tempat yang terletak di barat daya

Switzerland kini. Suku kaum Jermanik mengancam

orang Helvetia, dan sejumlah 263 000 orang Helvetia

cuba berpindah ke wilayah Rom di Gaul pada tahun

58 S.M. Tentera Julius Caesar membunuh ramai

orang Helvetia, dan mereka yang terselamat dipaksa

pulang. Semasa di bawah pemerintahan Maharaja

Augustus antara tahun 27 S.M. hingga tahun 14 M.,

kerajaan Rom menawan seluruh Switzerland.

Orang Helvetia pula mula menerima pakai adat

Rom dan bahasa Latin. Kadang-kadang

penduduk di barat Switzerland yang berbahasa

Perancis merujuk kawasan mereka sebagai

Helvetia.

UMUM 
MAELSTROM

Maelstrom ialah arus yang laju dan berbahaya di

Lautan Artik. Arus ini mengalir antara dua pulau di

kepulauan Lofoten, yang berhampiran dengan

pantai barat laut Norway. Maelstrom mengancam

pelayar-pelayar selama ratusan tahun. Maelstrom

menjadi lebih berbahaya apabila angin bertiup

bertentangan dengan arahnya, di antara air pasang

dan surut. Apabila ini berlaku, air akan membentuk

pusaran yang sangat besar dan boleh

memusnahkan kapal-kapal kecil.

UMUM 
MOTHERWELL, ROBERT

Motherwell, Robert (1915–1991), pelukis

ekspresionis abstrak Amerika yang penting.

Motherwell terkenal kerana beberapa siri

lukisannya. Tetapi kebanyakan lukisannya

membawa tema yang pelbagai, daripada bentuk-bentuk

besar yang kejam dan mengancam

sehinggalah kepada lembut dan mesra.

UMUM 
KUDETA

Kudeta ialah rampasan kuasa secara mengejut

terhadap pemerintahan sesuatu kerajaan oleh

sekumpulan perancang. Kumpulan perancang

itu biasanya terdiri daripada pegawai awam

yang mengancam dan seterusnya menggunakan

angkatan bersenjata, polis dan komunikasi

negara dalam rampasan kuasa.

UMUM 
RACUN SERANGGA

Racun serangga ialah bahan pembunuh

serangga. Racun serangga kadangkala dikenali

sebagai racun perosak . Tetapi racun perosak

termasuk bahan yang digunakan untuk mengawal

tikus, rumpai dan perosak lain, di samping

serangga. Di seluruh dunia, serangga boleh

menyebabkan kerosakan yang teruk kepada

tanaman dan ternakan. Ia juga mengancam

kesihatan manusia dengan menyebarkan

penyakit.

UMUM 
STRIKNINA

Striknina ialah ubat yang pahit dan beracun,

diperoleh daripada biji tumbuhan seperti pokok

nux vomica yang terdapat di India dan Indonesia.

Striknina terdapat dalam bentuk kristal tanpa

warna. Pengambilan striknina dalam dos yang

banyak boleh menyebabkan kes keracunan yang

teruk, mengakibatkan seseorang itu menggeletar

dan boleh mengancam nyawa. Sesetengah orang

mendapat keracunan dengan tidak sengaja apabila

mereka mengambil dadah yang mengandungi

striknina. Tanda-tanda yang biasa ialah menyentak,

susah menelan, dan opistotonos (badan tiba-tiba

melentik ke belakang).

UMUM 
12

Kembali ke atas