KUASA MEMILIH | Kuasa memilih ialah suatu istilah bagi kebebasan memilih. Kebanyakan orang mengandaikan yang mereka memiliki kebebasan ini dalam membuat keputusan. | UMUM | |
PERBUATAN MENGHALAU HANTU | Perbuatan menghalau hantu ialah perbuatan mematahkan kuasa iblis atau syaitan- syaitan lain yang mempengaruhi atau mengawal seseorang. Perbuatan menghalau hantu ini mengandaikan kewujudan iblis sebagai kuasa jahat dalam kehidupan manusia. Pengaruh iblis mempunyai banyak tahap. Ia boleh menggoda seseorang untuk melakukan sesuatu perkara yang salah, seperti berbohong atau melakukan jenayah. Malah ia juga boleh menguasai seorang individu dengan mengambil alih badan seseorang secara sementara. | UMUM | |
ANAXAGORAS | Anaxagoras (500?–428 S.M.) ialah ahli falsafah Yunani yang awal. Dia membahaskan bahawa perubahan jirim tidak berlaku, meskipun ia kelihatan seperti berlaku. Anaxagoras mengandaikan bahawa semua benda terdiri daripada begitu banyak “biji benih” pelbagai jenis jirim. Biji-biji benih ini tidak pernah berubah, tetapi hadir bercampur dalam kombinasi yang berbeza-beza. Perubahan jelas jirim hanyalah merupakan kombinasi semula biji-biji benih yang tidak berubah. Untuk membolehkan berlakunya kombinasi semula ini, gerakan diperlukan. | UMUM | |
TEORI PERMAINAN | Teori permainan ialah satu kaedah mengkaji pelbagai situasi dalam membuat keputusan, apabila pilihan dua atau lebih individu atau kumpulan mempengaruhi satu sama lain. Ahli teori permainan mengandaikan situasi-situasi ini sebagai permainan dan pembuat keputusan sebagai pemain. | UMUM | |
STANISLAVSKI, KONSTANTIN | Stanislavski, Konstantin (1863–1938) ialah nama pentas seorang pengarah dan pelakon terkenal Russia. Dia cuba menghasilkan persembahan yang sebenar dengan meminta pelakon-pelakonnya menghayati secara mendalam terhadap karekter, dan mengandaikan bahawa mereka sendiri adalah wataknya. Berlakon dengan menghidupkan watak sebenar dikenali sebagai “pendekatan Stanislavski.” | UMUM | |
RASISME | Rasisme ialah kepercayaan bahawa manusia boleh dibahagikan menurut ras dan anggota, sesetengah ras berkedudukan lebih rendah daripada anggota ras yang lain. Biasanya sikap ini melibatkan kepercayaan bahawa ras sendiri adalah lebih mulia daripada ras lain. Orang yang percaya atau mengamalkan rasisme dikenali sebagai penganut faham rasisme atau rasis. Rasis mendakwa bahawa anggota ras mereka sendiri adalah lebih baik dari segi mental, fizikal, moral atau kebudayaan berbanding dengan ras lain. Oleh sebab mereka mengandaikan bahawa mereka adalah lebih baik, mereka percaya bahawa mereka berhak mendapat hak istimewa. | UMUM | |
TAN-TAN | TAN-TAN, kerajaan awal di Nusantara. Namanya mula-mula sekali muncul dalam catatan sumber China, Sui-shu, bersama-sama dengan 10 buah kerajaan lain, antaranya ialah Pan-pan, Chih-tu dan To-lo-mo, yang menghantar perutusan ke negeri China dari tahun 605 M. hingga tahun 616 M. Lokasi kerajaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi. Ada yang mengatakan ia terletak di India dan ada pula yang mengandaikan ia terletak di Pulau Natuna. Menurut Paul Wheatly, Tan-tan terletak di salah sebuah kuala sungai selepas kuala Sungai Kelantan, iaitu kuala Sungai Besut atau Sungai Terengganu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |