Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngan.jur.kan] | مڠنجورکن

Definisi : 1. memajukan (menyorong, menghulur) ke depan: jangan dianjurkan badan keluar tingkap; 2. mengemukakan, mengesyorkan, menyarankan, mencadang­kan, mengusulkan: pengerusi ~ supaya mogok makan; 3. mengadakan: ~ ceramah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.jur.kan] | مڠنجورکن

Definisi : 1 menghulurkan sesuatu ke depan: Dia ~ kepalanya utk melihat dgn lebih jelas. 2 mengeluarkan sesuatu pendapat dsb; mengemukakan: Ungku Azizlah yg ~ supaya Tabung Haji ditubuhkan. 3 mengadakan atau mengusahakan sesuatu majlis, ceramah, kursus dsb: ~ kursus bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menganjurkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AKADEMI

Akademi ialah gelaran umum bagi sekumpulan

orang atau sebuah pertubuhan yang menganjurkan

perkembangan seni, sastera, sains atau apa-apa juga

bidang ilmu. Ada juga sekolah yang dinamakan akademi.

UMUM 
MAHAVIRA

Mahavira (599?–527? S.M.) ialah guru agama

Jainisme. Dia tinggal di India. Para pengikutnya

percaya bahawa dia ialah anggota ke-24 daripada

jurai guru yang agung. Mahavira menganjurkan

sikap tidak berkeras dan mendesak para

pengikutnya menunjukkan belas kasihan kepada

semua makhluk, dan menjadi vegetarian supaya

haiwan tidak dibunuh untuk makanan.

UMUM 
MOTT, LUCRETIA COFFIN

Mott, Lucretia Coffin (1793–1880) ialah ketua

gerakan antihamba dan gerakan memperjuangkan

hak wanita di Amerika Syarikat. Mott membantu

menubuhkan dua kumpulan antihamba. Dia

bersama-sama Elizabeth Cady Stanton, tokoh

pembaharuan, menganjurkan mesyuarat negara

yang pertama mengenai hak wanita.

UMUM 
PERLADANGAN POKOK

Perladangan pokok. Ladang pokok ialah

kawasan milik persendirian yang digunakan

untuk menanam pokok bagi mendapatkan

keuntungan. Ladang pokok berbeza-beza saiznya

daripada dua hektar hingga kepada 400 000

hektar. Organisasi perhutanan di banyak negara

menganjurkan program ladang pokok di

peringkat negara.

UMUM 
PERADUAN MENGARANG CERPEN

PERADUAN MENGARANG CERPEN, peraduan menulis genre cerpen. Peraduan mengarang cerpen bermula pada tahun 1949 apabila Jawatankuasa Khutub-khanah UMNO, Johor Bahru menganjurkan peraduan ini. Pemenang utama pertama ialah Wan Cik Abdullah dengan cerpen “Cinta Terbelai”, pemenang utama kedua ialah Siti Aishah Perak dengan cerpen “Pembalasannya” dan pemenang ketiga utama ialah Jamil Sulong dengan cerpen “Kalau Dah Cinta”. Peraduan mengarang cerpen ini mendapat perhatian yang menggalakkan daripada penaja, penganjur dan pengarang sepanjang dekad 1950-an. Fenomena ini berterusan hingga ke dekad 1990-an, walaupun ada kalanya penaja dan penganjur menggunakan istilah ’sayembara’ penulisan cerpen.

SASTERAKonsep
KONGRES DAN SEMINAR BAHASA INDONESIA

KONGRES DAN SEMINAR BAHASA INDONESIA, pertemuan kebahasaan di Indonesia yang telah menghasilkan sejumlah keputusan dasar dan garis panduan yang penting untuk pembinaan dan pengembangan bahasa Indonesia. Pertemuan ini dipelopori oleh tokoh-tokoh wartawan dan Poedjangga Baroe yang menganjurkan Kongres  bahasa yang Kedua dianjurkan oleh kerajaan Indonesia di Medan pada tahun 1954, dan Kongres Bahasa  yang Ketiga hingga yang Kelima dianjurkan oleh Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa dan di Jakarta pada tahun 1978, 1983 dan 1988.

BAHASABahasa
PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DIRAJA JOHOR

PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DIRAJA JOHOR, badan persuratan yang pertama ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu bertujuan untuk menggalakkan kegiatan persuratan Melayu.  Nama asalnya ialah Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (P.Bm.P.B.), dan ditubuhkan pada tahun 1888.   Pengasasnya ialah Dato' Abdul Rahman bin Andak (Dato' Seri Amar Diraja Johor).   Antara kegiatan utama P.Bm.P.B. ini ialah menganjurkan perbincangan dan penubuhan sebuah perpustakaan sebagai pusat sumber bahasa (Melayu dan Inggeris).

BAHASABahasa

Kembali ke atas