SEDATIF | Sedatif ialah ubat yang mengurangkan aktiviti sistem saraf pusat. Sedatif dipreskripsikan terutamanya untuk mengurangkan keresahan atau untuk melahirkan rasa mengantuk. Kesan sedatif bergantung pada dos. Apabila diambil sedikit, dadah ini menenangkan seseorang. Dos yang lebih sedikit akan menyebabkan rasa mengantuk. Apabila digunakan untuk menimbulkan rasa mengantuk, dadah ini umumnya dikenali sebagai hipnotik. | UMUM | |
DORMOUSE | Dormouse ialah mamalia kecil yang kelihatan seperti tupai kecil. Dormouse terkenal dengan caranya mengantuk. Apabila tiba musim sejuk, ia menyimpan makanan dalam sarang dan berhibernasi (tidur sepanjang musim sejuk). | UMUM | |
MENGUAP | Menguap ialah perbuatan membuka mulut dengan luas, atau menganga untuk mengambil udara. Menguap biasanya disebabkan oleh mengantuk, letih, atau bosan. Menguap adalah satu tanda bahawa tubuh kita memerlukan tidur. Tindakan ini ialah satu gerak refleks luar kawalan. Apabila tindakan ini telah dimulakan, susah untuk memberhentikannya. Mulut boleh ditutup tetapi otot-otot yang berkaitan masih lagi mengecut. | UMUM | |
MABUK GERAK | Mabuk gerak ialah keadaan rasa loya yang amat sangat, yang disebabkan oleh perjalanan. Pesakit menjadi pucat dan berpeluh. Pesakit boleh muntah sekiranya perjalanan berterusan. Kebayakan orang yang terjejas akibat mabuk gerak juga mengalami sendawa, sakit kepala, bersikap acuh tak acuh dan mengantuk. | UMUM | |