KETURUNAN | Keturunan ialah penurunan ciri-ciri biologi daripada satu generasi kepada generasi seterusnya. Proses keturunan berlaku dalam kalangan semua benda hidup – haiwan, tumbuhan, malah organisma mikroskopik seperti bakteria. Keturunan menjelaskan mengapa setiap ibu manusia melahirkan bayi manusia dan mengapa setiap ibu anjing melahirkan anak anjing dan bukan anak kucing. Ia juga menyebabkan anak kelihatan seperti ibu bapanya. | UMUM | |
SHARAKU | Sharaku ialah artis Jepun yang masyhur pada akhir tahun 1700-an. Reputasi Sharaku terletak pada torehan kayu yang menggambarkan pelakon Jepun yang diukirnya pada tahun 1794 dan 1795. Kehidupannya sebelum dan selepas menjadi terkenal dan mengapa usia kariernya begitu singkat tidak diketahui. Nama Sharaku ialah nama profesionalnya. Nama sebenarnya tidak diketahui. | UMUM | |
KLEPTOMANIA | Kleptomania ialah kegagalan yang berulang-ulang untuk menghalang gerak hati daripada mencuri. Mereka yang mengalami kleptomania mencuri benda-benda yang tidak diperlukannya atau yang tidak boleh digunakannya. Mereka tidak mengetahui mengapa mereka melakukannya. | UMUM | |
SURAH AL-TAHRIM | Surah al-Tahrim ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-66 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 12 ayat. Surah ini dikenali dengan al-Tahrim, kerana perkataan ini telah datang di permulaan surah al- Tahrim yang bermaksud: “Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu)”. (Surah al-Tahrim 66:1) | UMUM | |
SPENGLER, OSWALD | Spengler, Oswald (1880–1936) ialah ahli falsafah sejarah Jerman. Dalam The Decline of the West (1918–1922), dia menyatakan bahawa kunci kepada sejarah ialah undang-undang kemasyarakatan dan ketamadunan, yang bangkit dan jatuh dalam kitaran. Menggunakan spekulasi dan rasa hati lebih daripada kaedah sejarah yang tetap, dia merumuskan bahawa tamadun Barat sedang menuju kehancuran [lihat Tamadun (Mengapa tamadun bangkit dan runtuh)]. Spengler lahir di Blankenburg. | UMUM | |
SAINS | Sains meliputi bidang ilmu pengetahuan yang luas yang menangani fakta cerapan dan hubungan antara fakta tersebut. Perkataan sains berasal daripada perkataan Latin scientia yang bererti pengetahuan. Ahli sains mengkaji berbagai-bagai jenis perkara. Contohnya, sesetengah ahli sains mencari bukti tentang asal usul alam semesta. Penyelidik yang lain mengkaji struktur molekul di dalam sel tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang hidup. Penyelidik atau ahli sains yang lain mengkaji tentang mengapa kita bertingkah laku sedemikian, atau cuba pula menyelesaikan masalah matematik yang rumit. Namun, dalam apa pun bidang kajian mereka, semua ahli sains mengkaji bagaimana cara dunia berfungsi. | UMUM | |
ARETHUSA | Arethusa ialah dewi cantik dalam mitologi Yunani. Bapanya ialah tuhan laut, Nereus, dan Arethusa menjadi pengapit kepada dewi Artemis. Tuhan sungai, Alpheus jatuh cinta dengan Arethusa ketika dia mandi di laut. Alpheus mengejarnya dalam bentuk arus deras dalam perjalanan ke sebuah pulau di pantai Sicily. Kerana kasihankan perempuan itu, Artemis menukarkannya menjadi mata air. Namun demikian, Alpheus berjaya menawannya dan kedua-dua air itu bercampur. Orang Yunani menggunakan mitos ini untuk menerangkan mengapa Sungai Alpheus lenyap semasa mengalir ke Laut Ionian. Cerita ini diceritakan semula dalam Metamorphoses oleh pengarang Rom, Ovid dan dalam Arethusa oleh penyair Inggeris, Percy Bysshe Shelley. | UMUM | |