SPEER, ALBERT | Speer, Albert (1905–1981), mengarahkan pengeluaran senjata di Jerman pada zaman pemerintahan Nazi semasa Perang Dunia II (1939 – 1945). Dia menjadi penasihat kepada diktator Nazi, Adolf Hitler antara tahun 1933 dan 1945. | UMUM | |
DRAF | Draf merupakan perintah bertulis yang dibuat oleh satu pihak untuk mengarahkan pihak kedua untuk membayar sejumlah wang yang ditentukan kepada pihak ketiga. | UMUM | |
NICHOLS, MIKE | Nichols, Mike (1931– ), pengarah Amerika yang terkenal kerana kerjayanya dalam filem dan mengarahkan pementasan. Nichols memenangi Academy Award melalui filem arahannya yang kedua The Graduate (1967). Filemnya yang lain termasuk Who’s Afraid of Virginia Wolf? (1965), Catch-22 (1970), Carnal Knowledge (1971), Silkwood (1983), Working Girl (1988), dan Postcards from the Edge (1990). | UMUM | |
SYAM (SYRIA), PEMBUKAAN | Syam (Syria), Pembukaan berlaku pada zaman pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq r.a., yang mengarahkan sekumpulan tentera Muslimin menuju ke Syam di bawah pimpinan panglima-panglima utama seperti Al-Walid ibn ‘Uqbah , ‘Amru ibn al’ As, Abu Ubayah Amir ibn al-Jarrah dan Yazid ibn Abu Sufian. | UMUM | |
NORIEGA, MANUEL ANTONIO | Noriega, Manuel Antonio (1934– ) ialah ketua tentera yang berkuasa di Panama dari tahun 1983 hingga tahun 1989. Pada bulan Disember 1989, Presiden Amerika Syarikat, George Bush telah mengarahkan tenteranya ke Panama. Menurut Bush, tenteranya dihantar atas tindak balas pembunuhan leftenan tentera marin Amerika Syarikat oleh tentera Panama , dan hukuman atas perdagangan dadah oleh Noriega. Pada Januari 1990, Noriega menyerah diri kepada pegawai Amerika Syarikat dan dibawa ke Amerika Syarikat untuk perbicaraan. | UMUM | |
TELL, WILLIAM | Tell, William ialah wira legenda Switzerland. Dia mewakili semangat gerakan kemerdekaan Switzerland dari Habsburgs Austria pada tahun 1300-an. Mengikut legenda, Tell ialah pemanah yang paling mahir di seluruh canton (negeri) Uri. Seorang bailif Austria bernama Gessler mengarahkan semua rakyat Switzerland memanah topi yang diletakkannya di atas tiang di dataran utama Altdorf. Tell yang tidak mahu memanahnya kemudiannya ditangkap. Gessler berjanji akan membebaskannya jika dia dapat memanah buah epal yang diletakkan di atas kepala anaknya. Tell memanah epal tersebut dan berkata andainya anaknya tercedera, dia pasti membunuh Gessler. Gessler mengarahkan Tell ditangkap dan dirantai. | UMUM | |
MENARA MARTELLO | Menara Martello ialah menara pertahanan yang dibina pada tahun 1804 di sepanjang pantai selatan dan pantai tenggara England serta pantai timur Ireland. Menara itu dibina sebagai benteng pertahanan terhadap ugutan serangan Napoleon. William Pitt mengarahkan supaya 74 buah menara Martello dibina di sepanjang pantai Essex, Kent, dan Essex Timur. Menara Martello meniru sebuah menara di Tanjung Mortella; Corsica. Tinggi menara ini kira-kira 12 meter dan temboknya setebal tiga meter. Tiga laras senapang dilekapkan pada bumbung setiap menara. | UMUM | |
BYRD, RICHARD EVELYN | Byrd, Richard Evelyn (1888–1957) ialah laksamana muda, penjelajah Antartik dan Artik, juruterbang, dan ahli pelayaran Amerika. Dari tahun 1928 hingga tahun 1957, dia melakukan usaha yang lebih daripada orang lain untuk mengarahkan penjelajahan benua Antartika yang beku dan suram. | UMUM | |
TERAPI GEN | Terapi gen ialah satu teknik untuk merawat penyakit dengan membekalkan gen (unit baka) normal kepada sel badan pesakit untuk menggantikan gen yang rosak atau tiada. Teknik tersebut membolehkan doktor memperbaiki kerosakan di dalam sel pesakit atau mengarahkan sel melaksanakan fungsi yang baru. | UMUM | |
PERTEMPURAN CONCORD | Pertempuran Concord berlaku pada 19 April 1775, menandakan pertempuran yang kedua antara kumpulan patriot dengan pihak Inggeris dalam Revolusi Amerika. Peperangan ini mula meletus berhampiran Lexington, Massachusetts. Semasa musim sejuk sebelumnya, orang Amerika telah mengumpul bekalan ketenteraan sebagai persiapan jika berlakunya peperangan. Kerajaan Inggeris mengarahkan ketua turus angkatan tenteranya di Boston , Leftenan Jeneral Thomas Gage, untuk memusnahkan simpanan bekalan di Concord. Pada malam 18 April, Gage menghantar 700 orang tentera di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Francis Smith untuk melaksanakan arahan ini. Tetapi, Paul Revere dan William Dawes memberi amaran kepada penduduk di kawasan itu bahawa tentera Inggeris sedang mara. | UMUM | |