Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : 1. menyusun dsb (bunga, per­mata, manik, dll) hingga kelihatan menarik, menggubah: puteri itu memetik bunga dan ~ kuntum; sebentuk cincin intan dikarang; ~ telur bertelur, mengandungi telur; 2. mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel, dll), men­cipta (sajak dll), menggubah (lagu): tuan itulah yg ~ kitab loghat bahasa Melayu; ~ novel dan cerpen; 3. mengadakan, mereka-reka: kalau sudah kehabisan bahan, mereka gemar pula ~ berita yg bukan-bukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : menjadi arang, menjadi hitam spt arang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : 1 mencucuk manik atau menggubah bunga dll; mengikat permata dll. 2 membuat atau menulis cerita (novel, sajak dll): Beliau banyak ~ cerpen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,

2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,

Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang,

Puisi
 

Apa guna mengarang bunga,
     Kalau tidak selah-jemelah;
Kalau kering Lautan China,
     Barulah cinta adik berubah.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai ayam mengeram telur.

Bermaksud :

Peri keelokan, merah muka seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam mengarang telur).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEJABAT KARANG MENGARANGInstitusi yang banyak memberikan sumbangan terhadap perkembangan pelajaran persekolahan Melayu.SASTERAInstitusi/Organisasi
PERADUAN MENGARANG CERPEN

PERADUAN MENGARANG CERPEN, peraduan menulis genre cerpen. Peraduan mengarang cerpen bermula pada tahun 1949 apabila Jawatankuasa Khutub-khanah UMNO, Johor Bahru menganjurkan peraduan ini. Pemenang utama pertama ialah Wan Cik Abdullah dengan cerpen “Cinta Terbelai”, pemenang utama kedua ialah Siti Aishah Perak dengan cerpen “Pembalasannya” dan pemenang ketiga utama ialah Jamil Sulong dengan cerpen “Kalau Dah Cinta”. Peraduan mengarang cerpen ini mendapat perhatian yang menggalakkan daripada penaja, penganjur dan pengarang sepanjang dekad 1950-an. Fenomena ini berterusan hingga ke dekad 1990-an, walaupun ada kalanya penaja dan penganjur menggunakan istilah ’sayembara’ penulisan cerpen.

SASTERAKonsep
PERADUAN MENGARANG

PERADUAN MENGARANG, peraduan menulis genre sastera. Peraduan ini meliputi peraduan mengarang cerpen, novel, puisi dan drama. Semua karya daripada setiap genre yang diperadukan mestilah belum pernah disiarkan di mana-mana media cetak. Tema serta persoalan yang menjadi pemikiran pengarangnya hendaklah asli.

SASTERAKonsep
ILMU MENGARANG MELAYU

ILMU MENGARANG MELAYU, buku bahasa karya Za’ba yang pertama kali terbit pada tahun 1934 dalam tulisan Jawi. Kini buku ini telah diulang cetak sebanyak lima kali dalam tulisan Jawi (1947, 1949, 1951, 1952 dan 1956) dan dua kali dalam tulisan Rumi (1962 dan 1965).

BAHASAKarya
PERADUAN MENGARANG PUISI

PERADUAN MENGARANG PUISI, peraduan menulis genre puisi. Peraduan ini dimulakan pada tahun 1955 apabila ia pertama kali dianjurkan oleh penerbit Harmy di Singapura. Penerbit ini dipimpin oleh Harun Aminurrashid, yang memainkan peranan penting dalam menerbitkan akhbar dan majalah dari tahun 1940-an hingga tahun 1950-an.

SASTERAKonsep
PERADUAN MENGARANG NOVEL

PERADUAN MENGARANG NOVEL, peraduan menulis genre novel. Peraduan ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk, mencungkil dan mempergiatkan lagi pengarang novel yang berbakat, terutama pengarang yang baru menceburkan diri dalam bidang ini. Ia juga untuk meningkatkan nilai penciptaan, mempelbagaikan tema dan persoalan yang berhubungan dengan kemasyarakatan dan kemanusiaan pada sesuatu konteks zaman. Penganjur juga berharap agar peraduan ini akan berhasil memperbanyakkan novel dalam khazanah kesusasteraan Melayu moden.

SASTERAKonsep
PERADUAN MENGARANG DRAMA

PERADUAN MENGARANG DRAMA, peraduan menulis genre drama. Peraduan ini pertama kali diadakan pada tahun 1963 di bawah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Peraduan ini dibahagikan kepada kategori A dan B. Peraduan ini menekankan penciptaan skrip drama yang sesuai untuk dilakonkan oleh murid-murid pada peringkat sekolah rendah bagi kategori A dan pada peringkat sekolah menengah bagi kategori B.

SASTERAKonsep
ASIMOV, ISAAC

Asimov, Isaac (1920–1992), pengarang

Amerika. Dia mengarang kira-kira 400 buah buku

untuk pembaca muda dan pembaca dewasa,

kebanyakannya bukan fiksyen yang menitik-

beratkan sains dan teknologi. Tetapi dia paling

terkenal kerana fiksyen sainsnya.

UMUM 
STOKER, BRAM

Stoker, Bram (1847–1912), pengarang British,

telah mengarang cerita Dracula (1897), salah satu

cerita seram yang paling terkenal sepanjang zaman.

Count Dracula, watak utama buku ini, ialah seorang

bangsawan. Dia sebenarnya puntianak (pembunuh

yang menghisap darah). Dia tinggal di Transylvania

(kini sebahagian Romania) dan berumur beberapa

ratus tahun. Pada waktu malam, dia bertukar

menjadi kelawar besar dan terbang ke merata desa,

menghisap darah dari leher mangsa-mangsanya

yang sedang tidur. Dracula berpindah ke England

dan menakutkan penduduk di situ pula. Akhirnya

dia ditangkap pada waktu siang dan dibunuh.

“Dracula’s Guest”, sebuah cerita pendek yang

asalnya ialah satu bab daripada buku Dracula, tidak

diterbitkan sehingga tahun 1937. Buku lain yang

ditulis oleh Stoker termasuk The Mystery of the Sea

(1902) dan Famous Imposters (1910).

UMUM 
MENANDER

Menander (342?–291? S.M.) ialah penulis drama

Yunani yang mengarang lebih 100 buah komedi.

Karyanya hanya diketahui melalui fragmen

lakonannya, adaptasi plotnya oleh penulis drama

Rom, Plautus, dan Terence dan satu-satunya

lakonan lengkap Dyscolos. Drama ini, yang mula-mula

dipentaskan pada tahun 315 S.M., hanya

dijumpai semula pada tahun 1959.

UMUM 
1234

Kembali ke atas