Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.sa/] | مڠاسق

Definisi : 1. mengisi dan menekan-nekan supaya padat, menjejal: pd masa dahulu, meriam diasak dgn sabut sebelum dicucuh; 2. mendesak, menolak (dan menghimpit): di belakang mereka orang ramai ~ ke hadap­an; 3. menganjak, memindahkan; 4. ki menimpakan (mengenakan) tekanan ke atas, mendesak, menekan: pertanyaan demi per­tanyaan ~ benak Matakob; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.sa/] | مڠاسق

Definisi : 1 mengisi dan menekan supaya penuh dan padat; memadatkan: ~ bantal. 2 menolak atau menyorong dgn badan; menghimpit; mendesak: Apabila orang di belakang ~, aku tersungkur ke hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengasak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERKAKAS MESIN

Perkakas mesin ialah mesin yang digerakkan

dengan kuasa elektrik dan sebagainya dan

digunakan untuk membentuk logam. Mesin ini

boleh membengkokkan, memotong, menggerudi,

mencanai, mengetuk dan mengasak logam menjadi

bentuk yang dikehendaki. Operasi perkakas mesin

yang lebih canggih membabitkan penggunaan

tenaga seperti elektrik atau kimia, haba, magnet dan

ultrabunyi. Orang yang mengendalikan mesin

disebut jurumesin. Perkakas mesin memainkan

peranan penting dalam pembuatan hampir semua

produk logam, antaranya ialah bahagian basikal,

kereta, radio, peti sejuk dan televisyen. Banyak

produk lain, termasuk buku, perabot dan tekstil,

juga dibuat dengan mesin yang dibuat dengan

menggunakan perkakas mesin.

UMUM 

Kembali ke atas