Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.sas.kan] | مڠاساسکن

Definisi : 1. menyandarkan (meletak­kan) pd sesuatu sbg asas, mendasarkan: segala usaha diasaskannya pd kepentingan negara; 2. membangunkan (pd peringkat permulaan­nya), memulakan penubuhan, mendirikan: beliaulah yg ~ GPMS pd tahun 1954; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.sas.kan] | مڠاساسکن

Definisi : 1 menjadikan sbg asas; mendasarkan: Ia ~ hujahnya pd bukti-bukti yg nyata. 2 mendirikan; membangunkan: Beliaulah yg ~ pertubuhan belia itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengasaskan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUSSOLINI, BENITO

Mussolini, Benito (1883–1945), mengasaskan

fasisme dan memerintah Itali hampir 21 tahun.

Hampir sepanjang tempoh itu, dia adalah seorang

diktator. Dia cuba membina Itali untuk menjadi

sebuah empayar besar. Sebaliknya, dia menjadikan

Itali negara yang ditakluki oleh tentera-tentera

daripada negara-negara lain.

UMUM 
RIDLEY, HENRYPakar botani berbangsa Inggeris yang bertanggungjawab mengasaskan industri getah di Nicholas Ridley.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MACARTHUR, JOHN

Macarthur, John (1767–1834), mengasaskan

industri bulu biri-biri di Australia. Dia tiba di New

South Wales pada tahun 1790, sebagai pegawai

tentera British. Pada waktu itu kerajaan British

menganggap koloni tersebut semata-mata sebagai

sebuah petempatan penal dan peneroka yang tiba

terpaksa berusaha sendiri untuk menampung hidup

mereka. Macarthur mempunyai wawasan yang

berbeza. Dia percaya bahawa peneroka yang telah

dibebaskan boleh mengembangkan perdagangan

dan pertanian di New South Wales dan menjadikan

diri mereka dan koloni tersebut kaya. Dia

berpegang kuat kepada kepercayaan ini dan

berjuang untuk menjayakannya sepanjang

hidupnya. Dia berjuang tanpa kompromi dan

dengan perasaan yang sombong. Akibatnya, dia

mempunyai sedikit sahabat dan banyak musuh.

UMUM 
SARGON OF AKKAD

Sargon of Akkad ialah raja yang mengasaskan

empayar terbesar dalam sejarah. Dia membina

empayarnya di Mesopotamia (kini Iraq) pada tahun

2300-an S.M. dan menawan kebanyakan negara

barat daya Asia. Sargon ialah ketua tentera dan

pentadbir yang terkenal. Dia seorang daripada raja

terawal mempunyai pasukan tentera yang tetap dan

melantik sekutunya daripada kalangan istana untuk

menjadi gabenor bandar yang ditawan. Dia

menyusun empayarnya begitu rapi sehingga dapat

bertahan di bawah pemerintahannya selama lebih

daripada 60 tahun.

UMUM 
PTOLEMY I

Ptolemy I (367? S.M.–283? S.M.) mengasaskan

sebuah keluarga pemerintah yang memerintah

Mesir dari tahun 323 S.M. hingga 30 S.M. Keluarga

ini dikenali sebagai Ptolemy. Ptolemy I, yang

menggunakan gelaran raja Mesir kira-kira pada

tahun 305 S.M., memerintah hingga tahun 285 S.M.

UMUM 
ESHKOL, LEVI

Eshkol, Levi (1895–1969), membantu

mengasaskan negara Israel dan memegang

jawatan perdana menteri dari tahun 1963

sehingga kematiannya.

UMUM 
LIEBIG, BARON VON

Liebig, Baron von (1803–1873), membantu

mengasaskan kimia organik, iaitu kajian

tentang sebatian yang mengandungi karbon.

Dia membuat banyak penemuan dalam bidang

ini dan memperbaik kaedah analisis organik.

UMUM 
SCHLIEMANN, HEINRICH

Schliemann, Heinrich (1822–1890) ialah ahli

arkeologi Jerman yang mengasaskan kajian

tentang Yunani purba dan budaya Laut Aegean

yang berjiran dengannya. Dia dan isterinya Sophia

Engastromenos Schliemann menemui Troy, kota

yang tenggelam di tempat yang kini Turki. Kota ini

masyhur dalam epik Yunani, Iliad .

UMUM 
ARIUS

Arius (256?–336 M.) ialah pendeta di Iskandariah,

Mesir yang mengasaskan pandangan teologi

Kristian awal yang dikenali sebagai Arianisme . Pada

tahun 318 M., Arius mencabar doktrin bahawa

ketiga-tiga orang dalam Triniti Kristian–Bapa, Anak

dan Roh Kudus – adalah sama. Arius mengajar

bahawa Tuhan sebagai Bapa adalah lebih tinggi

kedudukannya daripada Tuhan sebagai Anak iaitu

Jesus Christ, dan kedua-duanya lebih tinggi

daripada Roh Kudus.

UMUM 
SUARDI SURYANINGRAT

Suardi Suryaningrat (1889–1959), nasionalis

Indonesia yang terkenal. Dia mengasaskan sistem

pendidikan yang dikenal sebagai Taman Siswa

(taman bagi pelajar). Namanya juga dieja sebagai

Suwardi. Bagi perkara yang berkaitan dengan

kerjanya, dia menggunakan nama baru, Ki Hajar

Dewantara. Sebagai tanda penghormatan

kepadanya, pada setiap tahun Indonesia meraikan

hari lahirnya, 2 Mei, sebagai Hari Pendidikan

Kebangsaan, Indonesia.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas