MELEBUR | Melebur ialah kaedah mengasingkan logam daripada bijih aslinya. Proses melebur dilakukan dalam relau yang dibina khas. Relau bagas untuk membuat besi jongkong adalah setinggi bangunan 10 tingkat. Bijih besi, kok, dan batu kapur dimasukkan melalui bahagian atas relau. Bagas panas (udara prapanas) masuk dari bawah. Bagas ini membakar kok dan menghasilkan gas serta haba yang perlu untuk menurunkan besi daripada mineral oksidanya di dalam bijih dan juga membentuk sanga daripada tindak balas batu kapur dan sisa komponen bijih seperti silikon dan fosforus (lihat Sanga). Sanga lebur dan besi dikeluarkan dari bukaan di bawah relau. Gas relau pula dikeluarkan dari atas. Industri juga menggunakan relau bagas untuk melebur bijih lain untuk menghasilkan tembaga, plumbum dan feroaloi (aloi yang mengandungi besi). | UMUM | |
METALURGI | Metalurgi ialah sains untuk mengasingkan logam daripada bijihnya dan menyediakannya untuk digunakan. Semua objek logam yang kita gunakan adalah hasil kerja metalurgi. Logam mengalirkan elektrik ke rumah dan kilang, dan menjadi rangka bangunan pencakar langit. Kereta, kereta api dan kapal terbang dibuat daripada terutamanya logam. Begitu juga kebanyakan peralatan. Industri dan pembuatan tidak mungkin wujud tanpa menggunakan logam. Metalurgi terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu metalurgi ekstratif atau metalurgi proses; dan metalurgi fizikal atau metalurgi aloi. | UMUM | |
BIARAWAN | Biarawan ialah lelaki yang mengasingkan diri daripada cara hidup biasa untuk mengabdikan diri kepada agamanya. Biarawan memainkan peranan penting dalam agama Kristian, terutamanya dalam gereja Roman Katolik dan Ortodoks Timur. Biarawan atau sami juga penting dalam agama lain seperti Buddha, Jainisme, dan Hindu. | UMUM | |
ELEKTROFORESIS | Kaedah biologi yang digunakan untuk menganalisis protein dan asid nukleik (DNA dan RNA). Kaedah ini juga digunakan untuk mengasingkan komponen protein dan asid nukleik yang membolehkan kajian komponen sesuatu protein dan asid nukleik dilakukan. Terdapat beberapa jenis elektroforesis, iaitu elektroforesis satu dimensi, elektroforesis dua dimensi, dan elektroforesis kapilari....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
RAMSAY, SIR WILLIAM | Ramsay, Sir William (1852–1916), ahli kimia Scotland. Dia bersama Baron Rayleigh, mengasingkan gas nadir atmosfera, yang pertama, iaitu argan. | UMUM | |
KEBIARAAN | Kebiaraan ialah satu bentuk khas tentang cara hidup komuniti agama. Mereka yang mengamalkan kebiaraan mengasingkan diri daripada kehidupan biasa, jadi mereka boleh mengikut ajaran agama mereka sesempurna mungkin. | UMUM | |
PROTAKTINIUM | Protaktinium ialah unsur kimia dan logam radioaktif yang tergolong dalam siri unsur aktinida. Dua kumpulan ahli sains telah mengasingkan unsur ini pada tahun 1917. Mereka ialah Otto Hahn dan Lise Meitner dari Jerman, dan Frederick Soddy dan John Cranston dari Great Britain. Protaktinium wujud secara semula jadi dalam semua bijih uranium. Ia juga dihasilkan secara artifisial dalam reaktor nuklear dan dalam pemecut zarah. | UMUM | |
SELENIUM | Selenium ialah unsur kimia separa logam. Secara semula jadi ia paling kerap wujud berpadu dengan logam seperti kuprum, plumbum, dan perak. Ahli kimia Sweden, Jons Berzelius pertama kali mengasingkan selenium pada tahun 1817. Manusia dan haiwan-haiwan lain memerlukan sejumlah kecil selenium dalam diet mereka. Unsur ini membantu badan menukarkan lemak dan protein menjadi tenaga. Makanan yang membekalkan selenium termasuk daging dan ikan. | UMUM | |
SEKOLAH PEMULIHAN AKHLAK | Sekolah pemulihan akhlak ialah institusi pemulihan untuk pelanggar undang-undang yang berumur lebih daripada 18 tahun, tetapi tidak memerlukan pengawasan ketat. Sekolah pemulihan akhlak sering digunakan untuk mengasingkan pesalah yang lebih muda daripada pesalah yang lebih tua. Sekolah ini menyediakan khidmat kaunseling, latihan vokasional dan program pembaikan yang lain. | UMUM | |
KHALWAT | Khalwat, perkataan Arab yang bermaksud menyendiri, memencilkan diri dan mengasingkan diri daripada orang ramai dalam tempoh tertentu untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan amalan-amalan yang tertentu. | AGAMA | Konsep |