SURAH TAHA | Surah Taha ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-20 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 135 ayat. Terdapat pelbagai pendapat mengenai sebab nama surah ini diberikan. Pendapat pertama mengatakan bahawa ia seperti surah yang lain yang pada permulaannya terdapat ungkapan Ha Mim atau Lam Mim dan lain-lain. Pendapat kedua mengatakan bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w. sembahyang dengan mengangkat sebelah kakinya dan menetapkan yang sebelah lagi, maka Allah S.W.T. menurunkan ayat, Taha, bermakna “Rendahkanlah dirimu ke bumi dengan kedua belah kakimu”. Pendapat ketiga mengatakan Taha adalah perkataan daripada bahasa ‘ajam (bukan Arab) yang bermaksud “Wahai lelaki”. Pendapat yang akhir mengatakan bahawa Taha merupakan salah satu daripada nama-nama Nabi s.a.w. | UMUM | |
PANTEISME | Panteisme ialah kepercayaan yang mengatakan zat tuhan wujud dalam segala benda. | UMUM | |
AWS IBN HAJAR | Aws ibn Hajar ( ? –2 S.H. / ? –620 M.), salah seorang tokoh penyair zaman Jahiliah. Nama penuhnya ialah Aws ibn Hajar ibn ‘Itab al-Tamimi. Umurnya sangat panjang namun sesetengah pengkritik sastera mengatakan dia tidak sempat hidup hingga ke zaman Islam. Walau bagaimanapun terdapat pendapat yang mengatakan tarikh kematiannya ialah pada awal kelahiran Islam. Walaupun Ibn Sallam menganggapnya daripada kalangan para penyair Jahiliah kelas dua, tetapi akhirnya dia mengatakan, “Aws adalah setaraf dengan empat orang penyair sebelumnya – iaitu pada tahap pertama – tetapi kami telah mengehadkan tahap pertama tersebut untuk empat orang sahaja”. | UMUM | |
KELESUAN | Kelesuan ialah istilah lain bagi keletihan. Seseorang itu sering mengatakan bahawa dia berasa “lesu” apabila letih. Apabila seseorang itu bekerja kuat, bermain bersungguh-sungguh, kurang rehat atau kurang tidur, dia boleh berasa lesu. Dalam kes seperti itu, kelesuan adalah normal. Daripada pengalaman, adalah diketahui bahawa perasaan ini akan hilang selepas berehat. Tetapi kadangkala, kelesuan merupakan suatu gejala penyakit. Orang yang mengalami penyakit jasmani sering berasa lesu walaupun hanya selepas membuat kerja ringan atau menggunakan sedikit tenaga. Orang seperti ini memerlukan rehat yang banyak, sering kali jauh lebih banyak daripada yang diperlukan sekiranya mereka sihat. Doktor mendapati bahawa kelesuan sering berlaku jika seseorang itu menghidap banyak jenis penyakit. | UMUM | |
NUSAYBAH BINT AL-HARITH | Nusaybah bint al-Harith ialah Nusaybah bint al-Harith al-Ansariyyah. Ada mengatakan dia adalah Nusaybah bint Ka‘ab. Dia adalah seorang daripada golongan sahabat yang terkenal. Dia memeluk Islam dan memberi baiah kepada Rasulullah s.a.w. Nusaybah adalah orang yang diberi tugas memandikan jenazah Zaynab bint Rasulullah s.a.w. Kemudian para ulama mempelajari kaedah pemandian jenazah daripadanya. Nusaybah juga bersama-sama Rasulullah s.a.w. dalam tujuh peperangan. Dia bertugas sebagai jururawat tentera Islam yang tercedera di samping menyediakan makanan untuk mereka. Di samping itu, dia mengiringi para tentera di belakang dalam ekspedisi mereka. Nusaybah pada mulanya menetap di Madinah tetapi kemudiannya berpindah ke Basrah. | UMUM | |
EJAAN DAN TULISAN RENCONG | EJAAN DAN TULISAN RENCONG, sistem ejaan dan tulisan asli peribumi Asia Tenggara. Tulisan ini masih kontroversi dari segi tempat asal dan namanya. Ada pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini berasal daripada tulisan India, iaitu daripada tulisan Devanagari atau Pallava yang diubahsuai, sehingga membentuk satu jenis tulisan baharu yang berlainan daripada tulisan yang asal. Terdapat juga pengkaji yang mengatakan bahawa tulisan ini ialah tulisan asli peribumi Asia Tenggara, bukan pinjaman daripada tulisan India.
| BAHASA | Bahasa |
METAFORA | Metafora, iaitu kiasan, ialah ungkapan yang diambil daripada satu bidang pengalaman dan digunakan untuk mengatakan sesuatu dalam bidang lain. Misalnya, apabila kita berkata, “He’s a sly fox,” kita menggunakan metafora, iaitu kita menggunakan nama haiwan untuk menerangkan manusia. Metafora menyatakan perbandingan tanpa menggunakan kata “like” atau “as”. Penyataan “He is like a sly fox” or “He is sly as a fox” ialah perumpamaan (lihat Perumpamaan). | UMUM | |
TARIQ IBN ZIYAD | Tariq ibn Ziyad (50–102 H./670–720 M.) ialah penakluk Sepanyol. Terdapat juga pendapat mengatakan bahawa namanya Tariq ibn Amru, hamba kepada Musa ibn Nusayr, iaitu Gabenor Maghribi merangkap panglima tentera Barbar yang ditugaskan membuka Semenanjung Iberia pada zaman Kerajaan Umaiyyah yang pada masa itu diketuai oleh Khalifah al-Walid ibn Abd al-Malik. | UMUM | |
SENI DAN KESENIAN | /p> Seni dan kesenian. Dalam pengertian yang luas, seni ialah kemahiran membuat atau melakukan sesuatu. Kita boleh mengatakan bahawa seseorang itu tahu dan mengamalkan seni menganyam bakul, menala piano, malah menjaringkan gol. Dalam pengertian ini, terdapat banyak seni – sebanyak adanya jenis aktiviti yang khusus dan sengaja dilakukan untuk diceburi manusia. | UMUM | |
ARYABHATTA | Aryabhatta (476–? M.) ialah ahli astronomi, ahli matematik, dan penyair India. Dia mungkin lahir dekat Patna, yang kini adalah negeri Bihar di India. Dia menyatakan bahawa bumi berbentuk sfera, dan mengatakan bahawa bumi berputar pada paksinya dan bergerak mengelilingi matahari. Dalam matematik, Aryabhatta tahu bagaimana mencari punca kuasa tiga dan mengira nilai p sebagai 3.1416. Dia juga memajukan teori tentang bagaimana gerhana terjadi (lihat Gerhana ). Satelit pertama India, yang dilancarkan pada tahun 1975, dinamakan sempena namanya. | UMUM | |