METADON | Metadon ialah dadah yang digunakan dalam program percubaan yang bertujuan untuk membantu mengatasi masalah ketagihan terhadap dadah seperti heroin, morfin atau candu. Kebanyakan program seperti ini juga meliputi kaunseling untuk membantu penagih mengatasi masalah psikologi, sosial dan pekerjaan. | UMUM | |
MÖRIKE, EDUARD | Mörike, Eduard (1804–1875) ialah penyair lirik Jerman. Dia berjaya mengatasi kekaburan yang menjadi ciri kebanyakan puisi romantik. Karya-karya Mörike banyak yang membayangkan suasana aman dan menyeronokkan. Tetapi puisinya yang amat dikagumi ialah mengenai sesuatu objek atau detik waktu, seperti sebuah lampu usang dalam rumah musim panas, atau sepasang kekasih ketika menghilangkan diri di satu sudut. | UMUM | |
NEW YORK | New York, negeri di pantai Timur Amerika Syarikat, merupakan pusat terpenting bagi perbankan, komunikasi, dan kewangan negara berkenaan. Hanya California yang mengatasi New York dalam perdagangan dan pembuatan. | UMUM | |
KELLER, HELEN ADAMS | Keller, Helen Adams (1880–1968) ialah penulis Amerika dan aktivis bagi golongan kurang upaya. Dia menjadi contoh terbaik bagi seseorang yang berjaya dalam usaha mengatasi kecacatan fizikal. Dia lahir di Tuscumbia, Alabama. Semasa berumur dua tahun, sejenis penyakit yang serius telah merosakkan penglihatan dan pendengarannya. Oleh itu, dia tidak boleh bercakap dan terus terasing dari dunia luar. Namun begitu, dia bangkit daripada kekurangan itu hingga menjadi terkenal pada peringkat antarabangsa dalam usahanya membantu golongan kurang upaya menikmati hidup yang lebih bermakna. | UMUM | |
ROOSEVELT, THEODORE | Roosevelt, Theodore (1858–1919), Presiden Amerika Syarikat dari tahun 1901 hingga tahun 1909. Roosevelt mendapat kemasyhuran yang meluas sebagai Presiden dan menggunakan kuasa kepemimpinannya untuk menolong Amerika Syarikat mengatasi beberapa masalah dalam negara dan luar negara. | UMUM | |
DESPOTISME | Despotisme ialah satu bentuk kerajaan yang ketuanya mempunyai kuasa yang tiada had terhadap rakyatnya. Despot tidak semestinya jahat dan zalim. Mereka mungkin baik dan bertimbang rasa, dan malah mereka mungkin meletakkan kebajikan rakyat mengatasi kepentingan diri sendiri. | UMUM | |
MUWAHHIDUN, KERAJAAN | Muwahhidun, Kerajaan (515 H.– 674 H./1121 M. –1275 M.), dinamakan sempena nama jemaah Islam yang telah dibentuk oleh Muhammad ibn Tomart al-Mahdiy di Maghribi Jauh. Perkataan Muwahhidun merujuk kepada kata-kata mereka bahawa Allah Taala itu Esa, tidak boleh digambarkan dengan pancaindera, Allah mengatasi segala-galanya dan setiap gambaran untuk Allah dianggap sebagai kiasan semata-mata. Orang yang menyokong konsep menyerupakan dan menjasadkan Allah menganggap orang Muwahhidun menyalahi hakikat sebenar, bahkan mereka menganggap pendapat al-Muwahhidun sebagai kafir. Justeru golongan ini berkeyakinan bahawa merekalah sahaja yang benar-benar beriman iaitu orang-orang yang mengesakan Allah dan mensucikan-Nya dari setiap penyerupaan-Nya dengan makhluk. | UMUM | |
AVOGADRO, AMEDEO | Avogadro, Amedeo (1776–1856), ahli fizik Itali. Pada tahun 1811, dia mencadangkan hipotesisnya yang terkenal, kini dikenali sebagai hukum Avogadro. Hukum itu menyatakan semua gas yang berada pada suhu dan tekanan yang sama mempunyai isi padu yang sama dan mengandungi jumlah molekul yang sama. Hukum ini menolong mengatasi kelemahan yang terdapat di dalam teori atom John Dalton (lihat Dalton, John ). Avogadro juga membuat perbezaan antara atom dengan molekul, dan dapat membuat jadual yang tepat untuk berat atom (lihat Atom [berat atom ]). Pembetulan dan piawaian ke atas berat atom bermula pada tahun 1858 apabila Stanislao Cannizzaro, seorang ahli kimia Itali, mengingatkan ahli kimia lain tentang kerja Avogadro. Avogadro dilahirkan di Turin. Dia diberi gelaran Conte di Quaregna. Lihat juga Kimia (Perkembangan kimia fizikal). | UMUM | |
MORE, SAINT THOMAS | More, Saint Thomas (1477?–1535) ialah penulis, negarawan dan ilmuan England yang agung. Dia berkhidmat sebagai lord chancellor, jawatan kehakiman tertinggi di England dari tahun 1529 hingga tahun 1532. Tetapi More meletakkan jawatan kerana menentang rancangan Raja Henry VIII untuk menceraikan permaisurinya. More dihukum pancung pada tahun 1535 kerana enggan menerima raja sebagai ketua gereja Inggeris. Sejak kematiannya, More menjadi teladan kepada individu yang meletakkan hati nurani mengatasi kuasa tuntutan duniawi (yang bukan keagamaan). Gereja Roman Katolik mengisytiharkan More sebagai Santo pada tahun 1935. | UMUM | |
SOBERS, SIR GARFIELD | Sobers, Sir Garfield (1936– ) ialah pemain kriket dari Hindia Barat, merupakan pemain serba boleh yang paling terkenal dalam sejarah permainan kriket. Dia seorang pemukul middleorder yang kidal dan pernah mencatat 8032 larian dalam kriket ujian, jauh lebih banyak daripada mana-mana pemain Hindia Barat yang lain. Dia juga seorang pemain kriket yang pertama dari mana-mana negara yang mengatasi jumlah 8000 larian. Sebagai seorang pembaling bola putar kidal, Sobers membaling sama ada secara sederhana deras atau perlahan. Dia melakukan 235 wiket dan membuat 109 tangkapan dalam kriket ujian. | UMUM | |