AGENSI PELANCONGAN | Agensi pelancongan ialah perniagaan yang membantu mengatur perjalanan dan percutian orang ramai dengan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pemergian mereka. Agensi pelancongan membuat tempahan bilik hotel dan pengangkutan serta mengatur perjalanan untuk melihat tempat-tempat yang menarik. Agensi ini juga menawarkan panduan bagi pelanggannya untuk memperoleh pasport dan visa yang diperlukan untuk melancong ke luar negara. Agensi pelancongan juga memberikan maklumat tentang undang-undang dan peraturan sesebuah negara kepada pelanggannya. Agensi ini mengatur pelancongan untuk orang perseorangan atau secara berkumpulan. | UMUM | |
PROSTAGLANDIN | Prostaglandin ialah nama sekumpulan sebatian kimia yang penting. Ia terdapat di seluruh badan manusia dan haiwan. Ia membantu mengatur berbagai-bagai fungsi, seperti pengeluaran asid perut, tekanan darah dan suhu badan, serta aktiviti otot dalam organ seperti bronkus, usus, rahim dan lain-lain organ badan. Prostaglandin juga memainkan peranan utama dalam pembiakan. Ahli sains telah mengenal pasti lebih daripada 20 prostaglandin, yang kesemuanya adalah asid lemak versi yang telah diubahsuai. | UMUM | |
MERGENTHALER, OTTMAR | Mergenthaler, Ottmar (1854–1899), mereka cipta mesin pengatur huruf linotaip. Dia membuat peranti yang mempunyai papan kekunci yang menyusun matrik (acuan) untuk huruf dan mengatur seluruh baris huruf secara serentak. | UMUM | |
ARKITEK | Arkitek, seorang profesional yang dilatih dengan kemahiran merancang, mereka bentuk, mengatur dan menyelia kerja-kerja pembinaan bangunan. | KEJURUTERAAN | Disiplin Ilmu |
ORANG KOSSAK | Orang Kossak merupakan askar yang asalnya petani yang menetap terutamanya di kawasan Sungai Dnepr dan Don, yang kini dikenali sebagai Ukraine Timur dan Rusia Barat. Bermula pada tahun 1400-an, Poland dan Rusia melatih mengatur orang Kossak memasuki unit ketenteraan untuk membantu menentang pencerobohan kaum Tartar. Poland dan Rusia memberikan banyak keistimewaan kepada orang Kossak sebagai ganjaran perkhidmatan mereka. Orang Kossak membentuk komuniti pemerintahan mereka sendiri, yang diasaskan kepada prinsip demokrasi. Perkataan Kossak dalam bahasa Turki bermaksud orang yang merdeka . | UMUM | |
KOMPUTER PERIBADI | Komputer peribadi ialah komputer meja atau komputer riba yang direka bentuk untuk kegunaan umum. Komputer jenis ini digunakan oleh individu, keluarga, sekolah, atau syarikat untuk merekodkan maklumat, menulis laporan, mempelajari perkara baharu, bermain permainan, mengatur cara, atau mengendalikan perkakas rumah. | UMUM | |
KELAPARAN | Kelaparan terjadi apabila benda hidup mati kerana kekurangan sebarang bahan makanan yang perlu bagi kehidupan. Bahan makanan ini dikenali sebagai nutrien atau zat makanan. Zat makanan dikelaskan kepada enam kumpulan: karbohidrat, lemak, mineral (garam galian), protein, vitamin, dan air. Zat makanan membekalkan tenaga untuk mengatur proses tubuh dan untuk membina dan menyenggara tisu tubuh. | UMUM | |
SCOTT, SIR WALTER | Scott, Sir Walter (1771–1832) ialah penulis romantik Scotland. Dia menulis novel sejarah yang dipopularkan dalam satu siri karya yang panjang dikenali sebagai Novel-novel Waverley . Dalam novelnya seperti Ivanhoe, The Heart of Midlothian , dan The Talisman , Scott menunjukkan kebijaksanaannya yang unik mencipta sejarah sosial. Dia mengatur plot dan watak dalam karyanya supaya pembaca dapat menyelami kehidupan kedua-dua golongan bangsawan dan golongan biasa yang terdapat dalam perubahan sejarah yang ganas dan dramatik. | UMUM | |
ARMADA PERTAMA | Armada Pertama membawa banduan pertama dari Britain ke Australia pada tahun 1788. Pelayaran ini mengambil masa lapan bulan. Persediaan. Pada bulan Ogos 1786, Teluk Botany, di pantai timur Australia dinamakan sebagai tempat baru bagi menerima banduan yang dibawa dari Britain. Admiraliti Inggeris mula mengatur Armada Pertama, yang akan mengangkut kira-kira 700 banduan, berserta pegawai dan askar marin untuk mengawal banduan itu. | UMUM | |
SURAH AL-SYURA | Surah al-Syura ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-42 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 53 ayat. Namanya diambil bersempena dengan kepentingan syura (mesyuarat) dalam pentadbiran Islam dan kaum muslimin digesa agar mengikuti metodologi syura dalam mengatur urusan hidup mereka. | UMUM | |