Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menyusun huruf menjadi perkataan atau blok perkataan dlm proses pencetakan: mereka hanya menjalankan tugas ~, membuat filem, membuat plat, mencetak dan menjilid; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : menyusun huruf menjadi perkataan dlm proses percetakan: Manuskrip yg dihantar itu sedang diatur huruf sebelum dpt dicetak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
huruf (kata nama)
Bersinonim dengan lambang, aksara, vokal, konsonan;,
Kata Terbitan : berhuruf,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MERGENTHALER, OTTMAR

Mergenthaler, Ottmar (1854–1899), mereka

cipta mesin pengatur huruf linotaip. Dia membuat

peranti yang mempunyai papan kekunci yang

menyusun matrik (acuan) untuk huruf dan

mengatur seluruh baris huruf secara serentak.

UMUM 
MONOTAIP

Monotaip ialah mesin bagi menghasilkan taip

logam untuk mencetak. Monotaip terkenal dengan

hasil kerja yang bermutu tinggi. Ia telah digunakan

untuk mencetak buku yang baik mutunya termasuk

juga katalog, majalah, dan bahan bercetak lain.

Dalam kebanyakan kerja mencetak, monotaip telah

diambil alih oleh mesin fotokomposisi.

Fotokomposisi ialah satu bentuk atur huruf yang

melibatkan penghasilan imej huruf taip di atas filem

atau kertas fotosensitif (lihat Percetakan [Mengatur

huruf]).

UMUM 

Kembali ke atas