MENGAWAL BERAT BADAN | Mengawal berat badan ialah proses mengawal amaun lemak badan. Ia berdasarkan kaitan antara amaun makanan yang dimakan oleh seseorang dengan amaun senaman yang dilakukannya. Semakin kurang seseorang makan dan semakin banyak senaman dilakukan, semakin kurang lemak dalam badan. Mengawal berat badan mempunyai kepentingan perubatan kerana menjadi obes (terlalu gemuk) boleh membawa kepada masalah kesihatan yang teruk. Masalah emosi dan sosial yang serius juga boleh berlaku akibat keobesan. | UMUM | |
PARTI POLITIK | Parti politik ialah kumpulan orang yang teratur yang mengawal, atau cuba mengawal sesebuah kerajaan. Di negara demokrasi, parti politik bersaing antara satu sama lain dalam pilihan raya untuk mengekalkan atau menguasai sesebuah kerajaan. Parti politik boleh bergiat aktif di peringkat kebangsaan, negeri atau wilayah, dan daerah. | UMUM | |
SANITASI | Sanitasi ialah suatu bidang kesihatan awam. Ia melibatkan pelbagai usaha mengawal keadaan sekitar untuk mencegah serta mengawal penyakit. Sanitasi juga termasuk kebersihan diri yang menolong melindungi diri daripada penyakit. | UMUM | |
AUKSIN | Auksin ialah nama sekumpulan hormon yang mengawal pertumbuhan tanaman. Putik, embrio, daun muda, dan hujung tangkainya mengeluarkan auksin yang mengawal pertumbuhan organ tumbuhan yang berbeza. | UMUM | |
RACUN HERBA | Racun herba ialah sebatian kimia yang digunakan untuk mengawal dan memusnahkan tumbuhan yang tidak dikehendaki. Racun herba kadangkala dikenali sebagai racun rumpai. Petani menggunakan racun herba untuk mengawal pertumbuhan rumpai di celah-celah tanaman. Kita juga menggunakan racun herba untuk menghapuskan rumpai di laman, taman, kawasan perindustrian, dan kawasan-kawasan lain. | UMUM | |
DDT | DDT ialah racun serangga yang digunakan secara meluas pada tanaman untuk mengawal serangga perosak. Ketiga-tiga huruf itu berasal daripada nama kimia bagi bahan ini; dichloro-diphenyltrichloroethane (dikloro-difenil-triklovoetana). DDT ialah serbuk berwarna putih kekelabuan. Apabila digunakan untuk mengawal serangga perosak, serbuk DDT dicampurkan dengan bahan-bahan lain. | UMUM | |
MEKANISME SERVO | Mekanisme servo ialah sejenis sistem kawalan yang mengesan dan membaiki kesilapan. Industri menggunakan mekanisme servo untuk mengawal mesin automatik. Mekanisme servo menghalakan senjata pada kapal perang dengan menggunakan maklumat yang diterima dari radar. Mekanisme servo juga digunakan untuk mengawal pergerakan peluru berpandu yang sedang mengikut haluan. | UMUM | |
SYARIKAT PEMEGANGAN | Syarikat pemegangan ialah mana-mana syarikat yang memegang majoriti ataupun minoriti yang besar terhadap stok atau kuasa mengundi di dalam sesebuah syarikat lain, cukup untuk mengawal dasar-dasarnya. Syarikat pemegangan boleh mengawal pelantikan pegawai-pegawai dan boleh menetapkan dasar-dasar perniagaan. Syarikat yang di bawah kawalan syarikat pemegangan disebut syarikat subsidiari. | UMUM | |
PESTISID | Bahan kimia untuk mengawal makhluk perosak. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Alat/Alatan |
PERANCANGAN BANDAR | Perancangan bandar ialah proses mengawal pertumbuhan bandar dan pekan. Perancang bandar – orang yang mengendalikan proses ini, menasihati kerajaan mengenai cara memajukan komuniti. Mereka juga menasihati kerajaan dan pemaju hartanah yang merancang untuk memajukan komuniti yang baru. | UMUM | |