Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : melakukan atau menjalan­kan kawal selia: sebuah lembaga diberi tugas utk ~ pelabuhan itu; pihak kementerian sentiasa ~ aktiviti semua syarikat minyak yg terbabit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : melakukan atau menjalankan kawal selia: Pihak Kementerian sentiasa ~ aktiviti syarikat-syarikat yg terbabit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AKTA PEMAJUAN PERUMAHAN (KAWALAN DAN PELESENAN) 1966

Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, digubal untuk mengawal selia syarikat pemaju perumahan demi menjamin kebajikan pembeli rumah. Akta ini digubal pada tahun 1966 dan berkuat kuasa pada bulan Ogos 1969.

UNDANG-UNDANGAkta
AKTA PERTUBUHAN 1966

Akta Pertubuhan 1966, undang-undang yang mengawal selia pertubuhan atau persatuan di Malaysia yang merangkumi peruntukan berkaitan dengan penubuhan, pentadbiran, perjalanan serta pembatalan pendaftaran.

UNDANG-UNDANGAkta
AKTA KETERANGAN 1951

Akta Keterangan 1951 (Akta 56) ialah statut utama yang mengawal selia undang-undang keterangan di negara ini.

UNDANG-UNDANGAkta
AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, undang-undang yang bertujuan mengawal selia penggunaan mesin cetak dan percetakan, pengeluaran, pengeluaran semula, penerbitan dan pengedaran penerbitan, pengimportan serta hal-hal yang berkaitan.

UNDANG-UNDANGAkta
AKTA ANGKATAN TENTERA 1972

Akta Angkatan Tentera 1972, undang-undang bertulis utama yang mengawal selia pengurusan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Akta ini mengawal dari segi penubuhan, pentadbiran dan disiplin.

UNDANG-UNDANGAkta
SUKAN PARALIMPIKMerupakan sukan terbesar yang melibatkan penyertaan atlet kurang upaya dengan pelbagai acara yang dipertandingkan. Ia diadakan di tempat dan tahun yang sama berlangsungnya Sukan Olimpik. Sukan ini pertama kali dianjurkan pada tahun 1948 oleh Sir Ludwig Guttman dan ia dikenali sebagai Stroke Mandeville Games. Sukan ini pada awalnya dinamai demikian kerana ia disertai oleh veteran Perang Dunia Kedua yang mengalami kecederaan pada tulang belakang. Badan antarabangsa yang mengawal selia sukan ini ialah International Paralympic Committee (IPC). Di Malaysia‚ ia dipertanggungjawabkan kepada Majlis Paralimpik Malaysia (Malaysian Paraliympic Council )SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
AKTA POLIS 1967

Akta Polis 1967, undang-undang utama yang mengawal selia Polis Diraja Malaysia (PDRM).

UNDANG-UNDANGAkta
AKTA KANAK-KANAK DAN ORANG MUDA (KERJA) 1966

Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Kerja) 1966. Akta yang digubal untuk mengawal selia pengambilan pekerja kanak-kanak dan orang muda.

UNDANG-UNDANGAkta

Kembali ke atas