KONSUL | Konsul ialah pegawai yang dilantik oleh kerajaan sesebuah negara untuk berkhidmat mengawasi kepentingan perdagangan dan kebudayaan negaranya di sesebuah bandar di negara lain. | UMUM | |
ANJING TERRIER AUSTRALIA | Anjing terrier Australia ialah anjing kecil yang pada suatu masa dahulu digunakan untuk mengawal lombong dan mengawasi kambing biri- biri di Australia. | UMUM | |
PERTUBUHAN PENERBANGAN AWAM ANTARABANGSA | agensi khas yang membuat dasar dan menetapkan teknik pengendalian pesawat awam, serta membuat perancangan dan mengawasi pembangunan pengangkutan udara antarabangsa. | KEJURUTERAAN | Institusi/Organisasi |
PERJANJIAN HAY-PAUNCEFOTE | Perjanjian Hay-Pauncefote membolehkan Amerika Syarikat membina Terusan Panama. Ia telah ditandatangani oleh Amerika Syarikat dan Great Britain pada tahun 1901. Perjanjian tersebut memberi kuasa hanya kepada Amerika Syarikat untuk membina atau mengawasi kerja-kerja pembinaan terusan yang merentangi segenting di Amerika Tengah dan juga hak untuk menguruskannya. Semua negara dikenakan bayaran laluan yang adil dan sama dan menikmati hak yang sama rata sewaktu aman. Pada masa peperangan, Amerika Syarikat boleh menutup terusan itu kepada mana-mana negara. Great Britain mengakui bahawa Amerika Syarikat juga mempunyai kuasa untuk mengukuh dan mempertahankan terusan tersebut. | UMUM | |
PERJANJIAN BRITISH-SIAM | PERJANJIAN BRITISH-SIAM (1902), perjanjian yang ditandatangani antara pihak British dengan Siam. Dengan termeterainya perjanjian ini, British memperkenalkan sistem penasihat di Kelantan dan Terengganu. Tujuan pihak British memperkenalkan sistem tersebut adalah untuk mengawasi raja-raja Melayu di kedua-dua negeri dengan meletakkan seorang penasihat British, sebagai wakil pentadbiran Bangkok. British berharap penasihatnya itu dapat mengawasi tindak-tanduk raja-raja Melayu yang berurusan dengan usahawan asing dan melaporkan segera kepada kerajaan Siam supaya tindakan dapat diambil sebelum raja-raja Melayu meluluskan sebarang permohonan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
SUKAN PEMBURUAN | Sukan pemburuan ialah sejenis sukan padang, yang popular di banyak negara. Sukan ini melibatkan dua ekor anjing greyhound, yang bersaing untuk memburu seekor kelinci. Orang yang dinamakan beater memacu seekor kelinci ke arah slipper iaitu orang yang mengawasi dua ekor anjing tersebut. Apabila kelinci itu kelihatan dari jauh, slipper akan melepaskan kedua-dua ekor anjing itu supaya mengejar kelinci tersebut. | UMUM | |
NEGERI NAUNGAN | Negeri naungan ialah negeri lemah yang dikuasai oleh negara yang lebih kuat. Negeri naungan biasanya mempunyai fungsi kuasa berkerajaan sendiri yang tertentu tetapi negara “penaung”nya mempunyai kata pemutus dalam hal- hal yang penting. Kuasa penaung menjalankan semua perhubungan luar negeri untuk negeri naungan dan mengawasi pertahanan negeri naungan tersebut. Dalam sejarah British, zaman Naungan (1653– 1659) ialah zaman semasa Oliver Cromwell memerintah England sebagai Raja Penaung. Puteranya, Richard menggantikannya sebagai raja penaung pada tahun 1658. | UMUM | |
ANNAPURNA I | Annapurna I , puncak gunung setinggi 8078 meter dan merupakan gunung yang kesebelas tertinggi di dunia. Puncak ini terletak di pergunungan Himalaya. Annapurna I terletak di bahagian tengah Nepal dan membentuk sebahagian daripada kumpulan gunung Annapurna. Orang Nepal menggelar puncak gunung yang diselubungi salji ini Dewi Penuaian, kerana mereka percaya puncak ini mengawasi ladang tanaman di penara subur di Pokhara yang terletak bersebelahan. Pada tahun 1950, satu ekspedisi 11 orang yang dipimpin oleh Maurice Herzog dari Perancis mendaki Annapura. Sebelum Puncak Everest didaki pada tahun 1953, Annapurna adalah puncak yang paling tinggi pernah didaki. Lihat juga Gunung (jadual gambar rajah). | UMUM | |
ROYAL HOUSEHOLD OF THE UNITED KINGDOM | Royal Household of the United Kingdom termasuk pegawai yang melaksanakan urusan peribadi raja dan mengawasi semua cabang kehidupan istana. | UMUM | Umum |
PANGERAN DIGADONG | PANGERAN DIGADONG, salah satu jawatan wazir dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei. Gelaran penuh wazir ini ialah Duli Pangeran Digadong Sahibul Mal. Jawatan ini wujud sejak pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1605-1619). Fungsi dan tanggungjawab Pangeran Digadong ialah mengurus dan mentadbir khazanah negara, mengawasi kedudukan dan perjalanan hasil negeri serta kesejahteraan sosial rakyat. Dalam melaksanakan tugas ini, Pangeran Digadong berkewajipan mendengar dan menerima segala aduan rakyat dan membuat laporan untuk dipersembahkan kepada sultan dan memberi nasihat bagaimana sesuatu masalah itu boleh diatasi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |