Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.bu.mi.kan] | مڠبوميکن

Definisi : menanam, menguburkan: jenazahnya telah selamat dikebumikan sebelum sembahyang Jumaat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.bu.mi.kan] | مڠبوميکن

Definisi : menanam mayat ke dlm kubur; menguburkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengebumikan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEDAMAIAN SEMENTARA

Kedamaian sementara ialah penangguhan

pertempuran antara pihak yang bertentangan

dalam peperangan. Kedamaian sementara

mungkin diadakan untuk memindahkan mereka

yang cedera dari medan pertempuran,

mengebumikan mereka yang terkorban,

penukaran tawanan perang, ataupun

menghormati hari kelepasan keagamaan.

UMUM 
ASKAR YANG TIDAK DIKENALI

Askar yang tidak dikenali. Selepas Perang

Dunia I (1914–1918), pegawai negara-negara

Berikat menemui banyak mayat askar yang tidak

dapat dikenali. Kerajaan Belgium, Perancis, Great

Britain, Itali, dan Amerika Syarikat mengambil

keputusan memberikan suatu bentuk

penghormatan sebagai tanda mengingati askar

ini. Setiap kerajaan memilih satu simbol yang

mewakili askar mereka yang tidak dikenali,

mengebumikan sisa mayat itu di dalam atau

berhampiran dengan ibu negara dan membina

satu tugu peringatan untuk mengenang jasa askar

tersebut. Belgium menempatkan askar yang tidak

dikenali di sebuah kawasan perkuburan di dasar

Colonnade of the Congress di Brussels. Perancis

pula mengebumikan askar yang tidak dikenalinya

di bawah Arc de Triomphe di Paris dan

menyalakan obor di atas makam tersebut.

UMUM 

Kembali ke atas