LEWIS, SINCLAIR | Lewis, Sinclair (1885–1951), terkenal di seluruh dunia kerana novelnya yang mengecam kelemahan-kelemahan yang dilihatnya dalam masyarakat Amerika. Pada tahun 1930, Lewis menjadi penulis Amerika pertama yang menerima Hadiah Nobel bagi bidang kesusasteraan. | UMUM | |
AVANT-GARDE | Avant-garde ialah istilah yang digunakan untuk memerikan orang dalam apa jua bidang, yang memecahkan piawaian tradisi dan kelaziman dalam pekerjaan mereka. Istilah ini digunakan terutamanya untuk menerangkan perubahan dalam seni. Seniman avant-garde menekankan eksperimen dan kaedah asli dan menentang cara yang sudah sedia diterima dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Mereka kadangkala mengecam ciri seni yang lampau dan ciri semasa malahan idea seni itu sendiri. Pada awal tahun 1900-an, contohnya, pelukis Perancis, Marcel Duchamp mereka ukiran yang berlainan daripada objek seharian untuk mempersenda kepercayaan bahawa seni ialah sesuatu yang ajaib. | UMUM | |
SERVETUS, MICHAEL | Servetus, Michael (1511–1553), doktor dan ahli teologi Sepanyol. Huraiannya tentang peredaran pulmonari dianggap sebagai satu laluan klasik dalam ilmu fisiologi. Dia lahir di Tudela, Sepanyol, dan belajar ilmu perubatan di Paris. Dia menjadi pensyarah di Paris dan kemudian mengamalkan bidang perubatan di beberapa bandar di Perancis. Servetus tidak disukai oleh pihak berkuasa gereja Katolik Roman dan juga Protestan. John Calvin secara khususnya, mengecam Servetus kerana enggan bersetuju dengan doktrin yang telah diterima umum. Servetus akhirnya dibicarakan, dituduh sebagai seorang penyeleweng agama, dan dibakar di sebuah pancang di Champel, Switzerland . | UMUM | |
THE BULLETIN | The Bulletin ialah majalah mingguan Australia. Pada tahun 1890-an, ia menjadi penyokong kuat Australianisme. Ia mempunyai pengaruh yang amat penting dalam kesusasteraan Australia. Semasa ia mula diterbitkan pada tahun 1880, The Bulletin memberikan tumpuan kepada bidang sosial dan politik dalam bidang kewartawanan. Ia menyokong idea Australia bagi orang Australia, menjalankan kempen bagi persekutuan koloni Australia, dan mengecam eksploitasi seberang laut terhadap Australia. Di bawah kepimpinan J.F. Archibald, pengasas bersama dan editor, The Bulletin mengasah bakat ramai penulis dan pelukis, termasuk Henry Lawson dan Banjo Paterson. | UMUM | |
TEMBAKAU SEDUTAN | Tembakau sedutan ialah serbuk lembap atau kering yang dibuat daripada daun pokok tembakau. Tembakau mulu-mula ditapai oleh haba dan lembapan kemudian dikeringkan dan ditumbuk. Tembakau sedutan lembap diletakkan di celah pipi dan gusi. Tembakau sedutan kering mungkin dihidu melalui lubang hidung, digosok pada gusi atau dicelup – iaitu diletakkan di dalam mulut, biasanya di celah gusi dan bibir bawah. Pelbagai perisa ditambah pada tembakau sedutan untuk menambah rasanya. Pengambilan tembakau sedutan boleh mengganggu saraf yang membawa deria bau dan mengurangkan kebolehan mengecam bau. Ramai doktor percaya bahawa penggunaan tembakau sedutan meningkatkan risiko menghidap kanser mulut dan penyakit gusi yang lain. | UMUM | |