Piktograf ialah tulisan dalam bentuk gambar. Sebelum perkembangan abjad, ramai orang purba menyampaikan mesej mereka melalui piktograf. Orang Mesir mengukir atau mengecat piktograf pada makam dan tugu. Tulisan bergambar juga merupakan kaedah komunikasi bagi kaum Aztek dan juga masyarakat Orang Asli Amerika. Terdapat dua jenis piktograf, iaitu piktograf yang mewakili objek seperti lukisan bulan, dan piktograf yang mewakili idea seperti lukisan seorang kanak- kanak sedang memegang buku, yang mewakili seorang pelajar. Piktograf moden menggunakan gambar dan perkataan untuk menerangkan sesuatu cerita dengan lebih baik berbanding dengan penggunaan perkataan semata-mata. |