Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.cé.wa.kan] | مڠچيواکن

Definisi : 1. menyebabkan kecewa (berasa hampa), menimbulkan rasa kecewa (hampa, dukacita): kerosakan besar pd tanaman-tanaman itu telah ~ petani-petani; peletakan jawatan oleh beliau sangat ~ pengikut-pengikutnya; 2. menyebabkan tidak berjaya atau tidak tercapai (cita-cita, usaha, dsb), menggagalkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.cé.wa.kan] | مڠچيواکن

Definisi : 1 menyebabkan kecewa atau hampa: Tindakan majikan itu sangat ~ para pekerja. 2 menjadikan tidak berhasil; menggagalkan: Pihak merekalah yg ~ rundingan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Jejak selut kaki terbenam.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu barang yang tidak diketahui, akhirnya akan mengecewakan. selut = lumpur.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIRIE, GORDON

Pirie, Gordon (1931– ) ialah salah seorang atlet

terkemuka Britain pada tahun 1950-an. Dia banyak

memecahkan rekod larian, termasuk empat rekod

dunia tetapi lariannya dalam kejohanan bertaraf

dunia selalu mengecewakan.

UMUM 
TERAPI PERTUTURAN

Terapi pertuturan ialah rawatan masalah dan

gangguan pertuturan. Pakar dalam profesion terapi

pertuturan berusaha untuk membantu kanak-kanak

dan orang dewasa yang pertuturannya

mengganggu komunikasi, menuntut perhatian, dan

mengecewakan kedua-dua penutur dan pendengar.

Pakar ini, yang dikenali sebagai ahli terapi

pertuturan, menilai dan membetulkan pertuturan

cacat dan mengajar kemahiran bertutur yang baru.

Bidang terapi pertuturan sering dinamakan patologi

pertuturan, dan ahli terapi pertuturan kadangkala

dikenali juga sebagai ahli patologi pertuturan

bahasa, atau klinisian pertuturan.

UMUM 
SURAH AL-QASAS

Surah al-Qasas ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-28 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 88 ayat.

Surah ini dinamakan al-Qasas (kisah-kisah) kerana

Allah S.W.T. menyebut di dalamnya kisah Nabi

Musa a.s. secara terperinci dan jelas dari mula

kelahirannya sehinggalah waktu pelantikannya

sebagai rasul. Di dalam surah ini juga terdapat

peristiwa-peristiwa pelik dan ajaib yang

menggambarkan dengan jelas pemeliharaan dan

pembelaan Allah S.W.T. terhadap wali-wali-Nya

(kekasih-Nya) dan mengecewakan musuh-musuh-

Nya.

UMUM 

Kembali ke atas