Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.jar] | مڠجر

Definisi : 1. berlari dll utk mengikuti (men­dapatkan, menangkap) seseorang atau se­suatu, memburu, menghambat: polis sedang ~ penyamun-penyamun yg melarikan diri itu; 2. ki sangat kuat menginginkan, ber­sungguh-sungguh dan bersusah payah hendak memperoleh (mencapai): dia sekarang ~ wang; ~ kehormatan; ~ pangkat; putih dikejar, hitam tak dapat = yg dikandung (dikendong) berciciran, yg dikejar tiada dapat prb keuntungan dll yg diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan dll yg di dlm tangan habis hilang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.jar] | مڠجر

Definisi : 1 berlari kerana hendak menangkap, menyerang dll; memburu: Seekor anjing garang telah ~nya. 2 ki berusaha sungguh-sungguh dan bersusah payah utk memperoleh sesuatu: Janganlah kita hanya ~ wang dan pangkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejar (kata kerja)
Bersinonim dengan ligan, hambat, pintas, buru, kepung, pitas;,
Kata Terbitan : berkejar, mengejar, mengejarkan, terkejar, terkejar-kejar,

Puisi
 

Berburu tidak mengejar pun tidak,
     Hendak masuk ke dalam hutan;
Berguru tidak belajar pun tidak,
     Sesat tak tahu cara Islam.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti menanti orang dulu,
     mengejar orang kemudian.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu pekerjaan yang tidak ada hasilnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MURDOCH, DAME IRIS

Murdoch, Dame Iris (1919–1999), novelis

British yang terkenal dengan novel-novel falsafah.

Watak dalam semua novelnya menghadapi

kemelut moral yang hebat dalam mengejar erti

cinta sejati dan kebebasan; serta sering terlibat

dalam pergolakan cinta yang kompleks. Ada

pengkritik mengatakan bahawa watak dalam novel

Murdoch merupakan patung bagi membayangkan

idea-idea falsafahnya. Sebaliknya, ada juga yang

memuji khayalan fiksyennya kerana kebijaksanaan

dan pandangan falsafah yang terkandung dalam

novelnya.

UMUM 
MISIL BERPANDU

Misil berpandu ialah senjata terbang bak bom

yang dipandu ke sasarannya. Sesetengah misil

berpandu adalah pandu sendiri. Ia dilengkapi

komputer dan alat khas yang lain yang

memandunya. Sesetengah misil ini boleh juga

mengejar dan memusnahkan sasaran yang sedang

bergerak seperti kapal terbang atau peluru lain.

Peluru berpandu lain terbang dengan kawalan

manusia, walaupun ia tidak membawa juruterbang.

Ia mengikut arahan yang dihantar melalui radio

daripada pengawal yang mungkin berada jauh.

UMUM 
SEVEN SLEEPERS OF EPHESUS

Seven Sleepers of Ephesus , menurut legenda

purba, ialah tujuh remaja beragama Kristian yang

telah melarikan diri ke kawasan pergunungan

berhampiran Ephesus di Asia Kecil, untuk

menyelamatkan diri daripada penganiayaan oleh

Maharaja Decius pada tahun 251 M. Orang yang

mengejar mereka telah menemui tempat

persembunyian mereka dan menyekat jalan masuk

ke situ. Dua ratus tahun kemudian, seorang

penggembala terserempak dengan gua tersebut

dan menemui ketujuh-tujuh remaja tersebut

sedang nyenyak tidur. Apabila dia

mengejutkannya, mereka mengatakan bahawa

mereka baru tidur  satu malam sahaja. Salah

seorang daripada mereka pergi ke Ephesus untuk

mencari makanan dan membayar dengan

menggunakan duit syiling yang berusia 200 tahun.

Remaja itu telah ditangkap kerana disyaki sebagai

pencuri harta karun. Walau bagaimanapun,

Maharaja Theodosius II percaya bahawa satu

keajaiban telah berlaku dan membawa remaja itu

dalam satu perarakan besar-besaran ke gua

tersebut. Kemudian, dia membina sebuah gereja

dan kawasan perkuburan yang besar di situ

sebagai memperingati peristiwa itu. Ketujuh-tujuh

lelaki itu hidup tidak lama. Kesemuanya meninggal

dunia pada masa yang sama dan dikebumikan di

tempat mereka pernah tidur.

UMUM 
KUDA

Kuda merupakan satu daripada haiwan yang paling

berguna sejak beribu-ribu tahun. Satu masa

dahulu, kuda ialah cara pengangkutan yang

paling pantas dan yang paling pasti untuk

mengembara di darat. Pemburu yang menunggang

kuda mengejar haiwan dan membunuhnya

untuk makanan dan untuk kegiatan sukan. Puak-puak

nomad Asia menakluk Eropah, dan sateria-sateria

Zaman Pertengahan menyerang dengan

menunggang kuda perang yang gagah. Peneroka

Eropah menggunakan kuda semasa mereka

menjajah Afrika, Amerika dan India.

UMUM 
BORZOI

Borzoi yang juga dinamakan anjing serigala

Rusia, ialah anjing yang asalnya dibiakkan di Rusia

untuk mengejar haiwan buruan. Perkataan borzoi

dalam bahasa Rusia bermakna pantas.

UMUM 
MOTOSIKAL

Motosikal, juga dikenali sebagai motor ialah

kenderaan yang beroda dua atau tiga, berkuasa

enjin petrol yang dipasang di bahagian tengah

antara roda depan dan roda belakang. Motosikal

mempunyai rangka yang lebih berat dan kuat

daripada basikal iaitu kenderaan yang menjadi asas

penciptaannya. Manusia di merata pelosok dunia

menggunakan motosikal sebagai pengangkutan

atau menunggangnya sebagai aktiviti sukan dan

rekreasi. Di seluruh dunia, polis menggunakan

motosikal dalam usaha mengejar dan mengawal

trafik kerana kenderaan tersebut boleh

dikendalikan dengan mudah di celah-celah lalu

lintas. Di Amerika Syarikat, sesetengah pasukan

bomba menggunakan motosikal untuk membawa

kakitangan perubatan ke tempat kemalangan. Di

bandar-bandar besar di United Kingdom dan di

tempat-tempat lain, motosikal digunakan untuk

menghantar dokumen dan bungkusan kecil.

UMUM 
SUKAN PEMBURUAN

Sukan pemburuan ialah sejenis sukan padang,

yang popular di banyak negara. Sukan ini

melibatkan dua ekor anjing greyhound, yang

bersaing untuk memburu seekor kelinci. Orang

yang dinamakan beater memacu seekor kelinci ke

arah slipper iaitu orang yang mengawasi dua ekor

anjing tersebut. Apabila kelinci itu kelihatan dari

jauh, slipper akan melepaskan kedua-dua ekor

anjing itu supaya mengejar kelinci tersebut.

UMUM 
SENNECTT, MACK

Sennectt, Mack (1884–1960) ialah perintis dan

penerbit filem yang terkenal kerana komedi bisu

slapstiknya. Ramai bintang komedi bisunya yang

terkenal muncul dalam filem-filem Keystone

Filemnya yang ganas dan kasar itu telah mencabar

kewibawaan sosial. Keystone Kops, terbitannya

yang terkenal telah menambahkan kekacauan di

sebalik menguatkuasakan peraturan. Sennett

memilih watak lucu seperti Rosco Arbuckle yang

“gedempol” untuk menggambarkan gadis jelita

yang jatuh cinta kepada penyangak. Watak ini dan

watak-watak lain sering terlibat dalam adegan

kejar-mengejar yang berakhir dengan pertarungan,

suatu bentuk adegan yang terkenal dalam banyak

filem terbitannya.

UMUM 

Kembali ke atas