ZAMBIA | Zambia ialah negara di selatan tengah Afrika. Negara ini ialah salah satu pengeluar tembaga yang terbesar di dunia. Zambia mengeksport tembaga ke banyak bahagian dunia dan memperoleh pendapatan yang banyak daripada eksportnya itu. | UMUM | |
ENTREPOT | Entrepot ialah pelabuhan yang mengimport barangan dari negara lain dan mengeksport semula barangan tersebut ke negara ketiga. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Konsep |
PEKANBARU | PEKANBARU, kotamadya dan ibu kota Propinsi Riau, Sumatera, Indonesia. Luas wilayahnya ialah 446, 50 km persegi yang terdiri daripada lapan kecamatan dan 45 desa. Pekanbaru adalah kota pelabuhan yang berperanan cukup besar dalam mengeksport hasil hutan dan minyak dari Propinsi Riau. Kota ini berkembang pesat dengan pembukaan kawasan cari gali minyak di Duri, Minas, Dumai, Pedada dan Lirik. Kota ini juga merupakan pusat pemasaran hasil bumi, antara lain getah dan kayu rimba, dari daerah sekitarnya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
MANJUNG | MANJUNG, kerajaan lama di Perak pada abad ke-4 M. Sejarah awal negeri Perak, khususnya sejarah kesultanannya, bermula di daerah yang kini dikenal sebagai Manjung. Di daerah inilah telah wujud tiga kerajaan lama iaitu Beruas, Manjung dan Perak. Ketiga-tiga kerajaan ini sentiasa bersengketa kerana merebut monopoli perniagaan bijih timah, hasil utama daerah ini. Manjung juga merupakan tempat mengeksport bijih timah yang dihasilkan dari daerah-daerah lain di sekitarnya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
TAIPING | TAIPING, pusat pentadbiran di Perak semasa pemerintahan British. Taiping mengalami perkembangan yang bertambah pesat setelah menjadi ibu kota. Bai mengendalikan urusan pentadbiran, beberapa infrastruktur telah dibina termasuklah bangunan hospital, balai polis, penjara, gudang, rumah penginapan dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan awam seperti bekalan air bersih, perpustakaan dan sistem perhubungan telegraf turut disediakan. Perkhidmatan kereta api penumpang juga diperkenalkan di Taiping dan memulakan perkhidmatan antara bandar tersebut dengan Port Weld (kini Kuala Sepetang) pada 12 Februari 1883. bagi memudahkan kegiatan mengeksport bijih timah melalui Port Weld, pelabuhan tersebut dipertingkatkan agar dapat memberikan kemudahan yang lebih memuaskan. Sebuah hospital iaitu Hospital Yang Wah yang mempunyai 900 katil telah didirikan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |