PLANKTON | Plankton ialah longgokan organisma halus yang terampai pada atau berhampiran permukaan lautan, tasik, dan kawasan berair lain. Perkataan plankton berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud pengembaraan . Sebahagian organisma plankton boleh berenang, tetapi tidak cukup kuat untuk mengelak daripada dibawa arus. | UMUM | |
SPALLANZANI, LAZZARO | Spallanzani, Lazzaro (1729–1799) ialah ahli eksperimen biologi Itali yang membuktikan bahawa udara membawa hidupan seni. Dia juga membuktikan bahawa hidupan seni di dalam makanan boleh dibunuh apabila direbus. Spallanzani adalah orang pertama menyaksikan sel bakteria yang diasingkan membahagi. Dia mendapati bahawa kelawar, walau pun buta, dapat mengelak tali apabila terbang, dan cicak salamander boleh mengeluarkan anggota baru untuk mengganti anggota yang rosak. Dia lahir di Scandiano, dan mengabdikan diri kepada Gereja Roman Katolik. Dia menjadi pengajar di University of Padua. | UMUM | |
TANJUNG HATTERAS | Tanjung Hatteras ialah tanjung tinggi yang indah yang terletak di hujung tenggara Pulau Hatteras yang menjadi sebahagian daripada Outer Banks. Tanjung ini terletak lebih daripada 48 kilometer ke timur pantai Carolina Utara di Amerika Syarikat (lihat Carolina Utara ). Beting Diamond Shoals berbahaya bagi kapal, hingga tempat ini digelar Perkuburan Atlantik (Graveyard of the Atlantic). Rumah api dan stesen api luar pesisir memberi amaran kepada kapal supaya mengelak kawasan tersebut. Cape Hatteras National Seashore terletak di Tanjung Hatteras. | UMUM | |
TANJUNG HORN | Tanjung Horn ialah bahagian paling selatan Amerika Selatan. Ia terletak di hujung selatan kepulauan Horn di Chile. William Schouten, ahli pelayaran Belanda, menamainya sempena bandar asalnya Hoorn, pada tahun 1616. Tanjung ini menjulur jauh ke laut. Tebingnya curam dan pada beberapa tempat setinggi 150 hingga 180 meter. Tumbuhan kurang hidup di Tanjung Horn akibat iklim yang sejuk. Kawasan sekitar tanjung ini terlalu kerap dilanda ribut, hingga ahli pelayaran amat bimbang apabila mengelilinginya. Banyak kapal kini mengelak daripada melalui tanjung ini dan sebaliknya menggunakan Terusan Panama. | UMUM | |
ARGENTUM NITRAT | Argentum nitrat ialah bahan kimia yang digunakan dalam ubat dan industri. Formula kimianya ialah AgNo 3 . Bahan kimia ini mudah larut dalam air. Ia boleh membakar kulit dan menyebabkan keracunan yang teruk atau mengakibatkan maut apabila terminum. Doktor menggunakan argentum nitrat untuk melecuhkan (bakar) luka bagi mengelakkan pendarahan atau jangkitan, dan untuk membuang kutil. Doktor menggunakan larutan argentum nitrat cair untuk merawat penyakit mata dan kulit yang tertentu, dan sebagai antiseptik. Sesetengah negara mengehendaki setiap bayi yang baru lahir dirawat dengan larutan argentum nitrat untuk mengelak daripada buta. | UMUM | |
TOLAK BALA | TOLAK BALA, satu kompleks perlakuan bercorak ritual dengan tujuan menghindari daripada kejadian buruk, sial, nasib tidak baik, atau apa sahaja yang tidak diingini berlaku kepada diri dan komuniti sesuatu masyarakat. Dari segi individu, perlakuan itu tidak mungkin merupakan ritual, tetapi perlakuan mengawal, mengelak mahupun menyisih. Bala tadi tidak sahaja bencana yang didatangkan oleh sesuatu tenaga asing atau luar seperti hantu atau jembalang, tetapi oleh nasib atau untung diri sendiri. | BUDAYA | Adat |
TASIK NASSER | Tasik Nasser, terbentuk apabila air Sungai Nil disekat oleh Empangan Tinggi Aswan di Mesir. Tasik ini dinamakan sempena nama presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser. Empangan yang mula beroperasi pada tahun 1968 itu terletak 684 kilometer ke selatan Kaherah. Tasik tersebut dipenuhi air sepenuhnya pada tahun 1981. Tasik Nasser meliputi kira-kira 4014 kilometer persegi. Air dari tasik tersebut digunakan untuk mengairi tanah ketika kekurangan air dan untuk menjana kuasa hidroelektrik. Kuil Abu Simbel yang dibina oleh firaun Ramses II, dipotong dari cenuram di sepanjang Sungai Nil dan dialihkan ke tanah yang lebih tinggi bagi mengelak daripada air yang naik (lihat Kuil Abu Simbel ). Lihat juga Empangan Tinggi Aswan. | UMUM | |