TENAGA | Tenaga , dalam fizik, ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Misalnya, memecutkan kereta atau mengangkat seketul batu memerlukan kerja. Kerja dan tenaga diukur dalam unit yang sama. Kita kerap mengelirukan tenaga, kuasa dan daya. Kuasa ialah kadar kerja dilakukan. Daya ialah tolakan atau tarikan terhadap benda atau jasad. Daya akan menghasilkan kerja selagi daya menggerakkan objek. Amaun kerja akan ditentukan oleh kekuatan daya yang digunakan dan sejauh mana jarak objek bergerak. Tenaga yang dikaitkan dengan pergerakan dinamakan tenaga mekanik . | UMUM | |
ARIADNE | Ariadne dalam mitologi Yunani ialah anak perempuan Minos, raja Crete. Dia jatuh cinta dengan wira Yunani Theseus ketika wira ini pergi ke Crete untuk membunuh raksasa yang dikenali sebagai Minotaur. Raksasa ini tinggal di rangkaian laluan yang mengelirukan yang dikenali sebagai Labyrinth. Ariadne memberikan sebuku benang kepada Theseus apabila Theseus memasuki Labyrinth supaya dia dapat meninggalkan kesan dan kemudian mencari jalan keluar. Theseus membunuh Minotaur dan melarikan diri dari Crete bersama-sama Ariadne tetapi meninggalkannya di Pulau Naxos. Dewa Dionysus menemui Ariadne di sana dan mengahwininya. | UMUM | |
SKIZOFRENIA | Skizofrenia ialah sejenis penyakit mental teruk yang telah dicirikan sebagai gangguan fikiran yang tidak diduga. Perkataan skizofrenia bermakna perpecahan minda. Ia merujuk kepada ciri-ciri kelakuan skizofrenia seperti pengunduran daripada kebenaran dan berfikir secara tidak logik dan mengelirukan. Istilah ini tidak bermakna pesakit mempunyai lebih daripada satu personaliti. | UMUM | |
MERCURY | Mercury ialah utusan tuhan dan dewa perjalanan dalam mitologi Rom. Orang Rom purba turut memuja Mercury sebagai dewa perdagangan, harta, dan kekayaan. Perkataan commerce, merchandise dan merchant berkait rapat dengan namanya.Orang Rom menganggap Mercury agak licik dan mengelirukan, serta seorang penipu atau pencuri. Penjenayah menganggapnya sebagai pelindung mereka. Mercury menyerupai dewa Hermes dalam mitologi Yunani. | UMUM | |
LIBERALISME | Liberalisme ialah falsafah politik dan ekonomi yang menekankan kebebasan, kesamarataan dan peluang. Sebaliknya, falsafah yang dikenali sebagai konservatisme menekankan peraturan, tradisi, dan pemilikan harta benda persendirian. Orang yang berfahaman liberal pada amnya menyokong perubahan sosial yang lebih cepat berbanding dengan mereka yang berfahaman konservatif. Tetapi liberalisme merupakan istilah yang mengelirukan kerana makna dan penekanannya banyak berubah mengikut peredaran masa. | UMUM | |
POUND, EZRA LOOMIS | Pound, Ezra Loomis (1885–1972) ialah penyair dan pengkritik Amerika Syarikat. Dia merupakan salah seorang daripada tokoh kesusasteraan yang paling berpengaruh dan kontroversi pada zamannya. Peminat Pound menganggap Cantos, iaitu karyanya, sebagai puisi panjang yang paling penting dalam kesusasteraan moden, manakala pengkritiknya pula menganggap Cantos sebagai karya yang mengelirukan dan penuh dengan niat jahat. | UMUM | |