Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.lo.la.kan] | مڠلولاکن

Definisi : mengarah dan mengawal perjalanan sesuatu (spt perusahaan, pejabat, dll), menyelenggarakan: kursus tersebut dikelolakan oleh setiausaha kesatuan itu; diperlukan seorang yg berpengalaman utk ~ perusahaan baru itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.lo.la.kan] | مڠلولاکن

Definisi : merancang dan mengawal perjalanan sesuatu perusahaan: Kursus itu dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelola (kata kerja)
Bersinonim dengan kemudi, kendali, selia, selenggara, tadbir, urus, pimpin, arah atur;,
Kata Terbitan : mengelola, mengelolakan, kelolaan, pengelolaan, pengelola,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THOMSEN, CHRISTIAN JURGENSEN

Thomsen, Christian Jurgensen (1788–1865)

ialah ahli arkeologi Denmark. Dia ialah orang

pertama sekali membuktikan bahawa sejarah

manusia sebelum bermulanya rekod bertulis,

boleh dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu Zaman

Batu, Zaman Gangsa, dan Zaman Besi. Minat

Thomsen untuk memberikan pemahaman kepada

orang ramai tentang perkara ini mendorongnya

mengelolakan muzium etnografi pertama dunia di

Copenhagen pada tahun 1846.

UMUM 
IKRANAGARA

IKRANAGARA (1943-  ), penyair dan dramatis Indonesia. Dia lahir pada 19 September 1943 di Negara, Bali, Indonesia. Ikranagara pernah menjadi pensyarah tamu universiti di California dan Hawaii (1973-1974). Sekembalinya ke Indonesia, dia dilantik sebagai pensyarah Institut Kesenian Jakarta. Sejak tahun 1976, dia mengelolakan ruangan kebudayaan “Dialog” dalam akhbar Berita Buana, Jakarta.

SASTERATokoh
ANWAR RIDHWAN

Dia lahir pada 5 Ogos 1949 di Parit Satu Timur, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.  Nama sebenarnya ialah Mohd. Anuar Haji Rethwan.  Dia mendapat pendidikan asas di Sekolah Ungku Aziz Sabak Bernam (1963-1967) dan Sekolah Menengah Alam Shah Kuala Lumpur (1968-1969).  Pada tahun 1970, dia menuntut di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.  Bakat besarnya dalam bidang sastera dan penulisan bermula ketika pada tahun pertama universiti, terutamanya dalam bidang sajak dan cerpen, dan turut mengasaskan ikatan Sastera Universiti Malaya (ISUM) dan mengelolakan ruangan kebudayaan akhbar Mahasiswa Negara.  Anwar lulus Sarjana Muda Sastera (kepujian) pada tahun 1973.  Pada bulan Mei 1973, dia bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).  Sejak bertugas di DBP, Anwar pernah menjadi sidang editor majalah Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Budaya.  Pada tahun 1983, dia menamatkan pengajian ijazah sarjana Sastera di Universiti Malaya.

SASTERATokoh

Kembali ke atas