Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngem.ba.li.kan] | مڠمباليکن

Definisi : 1. mengirimkan (meng­hantarkan, memberikan, dsb) sesuatu kembali (kpd pengirimnya, ke tempat asalnya, dsb), memulangkan (sesuatu): dia berjanji akan ~ wang dan semua barang yg telah diambilnya itu; semua buku yg dipinjam dahulu telah dikembalikan; mereka diarahkan supaya ~ surat-surat rasmi yg ditulis dlm bahasa Inggeris kpd pengirimnya; 2. menahan (me­nyekat dll) supaya kembali (berpatah balik) ke tempat mula datangnya, menyuruh kem­bali; 3. mengundurkan (ke suatu waktu yg telah berlalu), menyurutkan (kejadian yg telah berlaku); 4. menjadikan spt sediakala atau spt keadaan sebelumnya, mewujudkan kem­bali, memulihkan: ia mencuba ~ segala kekuatan batinnya dgn sedaya upaya; tidak ada laki-laki yg dapat ~ kepercayaanku yg telah musnah ini; langkah-langkah keselamatan telah diambil utk ~ keamanan di daerah itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngem.ba.li.kan] | مڠمباليکن

Definisi : 1 memulangkan sesuatu kpd tuannya; memberi balik: Mereka telah ~ semua surat yg tidak bertandatangan. 2 memulihkan atau mewujudkan keamanan dll kembali: Apakah langkah yg perlu diambil utk ~ keamanan di kawasan itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembali
1. Bersinonim dengan balik
( pulang)
(kata kerja:)
Berantonim dengan pergi

2. Bersinonim dengan baki
( lebih)
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan semula
( lagi, sekali lagi, )
(adverba:)

Kata Terbitan : sekembali, mengembalikan, kekembalian, pengembalian,

Peribahasa

Salah makan memuntahkan,
     salah tarik mengembalikan,
salah langkah surut kembali.

Bermaksud :

Jika salah dalam sesuatu pekerjaan hendaklah segera diperbaiki kesalahan itu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TENIS

Tenis ialah sejenis permainan yang mempunyai

seorang atau dua orang pemain pada setiap

gelanggang, yang menggunakan raket untuk

memukul dan mengembalikan bola lawan melepasi

jaring. Sukan ini dimainkan di atas permukaan rata

yang dikenali sebagai gelanggang. Setiap pemain

cuba memungut mata dengan memukul bola supaya

pemain lawan gagal mengembalikan bola itu

melepasi jaring ke dalam gelanggang.

UMUM 
KEBANGKITAN JACOBITE

Kebangkitan Jacobite, pada tahun 1715 dan

tahun 1745, ialah percubaan untuk mengembalikan

keluarga Stuart yang berada dalam buangan ke

takhta England.

UMUM 
AMNESTI

Amnesti ialah pengampunan oleh kerajaan bagi

jenayah yang telah dilakukan terhadapnya. Amnesti

mengembalikan semula status perundangan

pesalah kepada status perundangan mereka yang

asal sebelum mereka melakukan jenayah tersebut.

UMUM 
SISTEM LIMFATIK

Sistem limfatik ialah satu rangkaian pembuluh

kecil yang menyerupai pembuluh darah. Sistem

limfatik mengembalikan bendalir dari tisu badan ke

dalam aliran darah. Proses ini diperlukan kerana

tekanan bendalir dalam badan terus-menerus

menyebabkan air, protein dan bahan-bahan lain

keluar dari pembuluh darah yang dikenali sebagai

kapilari. Bendalir yang mengalir keluar, yang

dikenali sebagai bendalir interstitial, membasahi

dan memberi nutrien kepada tisu badan.

UMUM 
MAGERAN

MAGERAN ialah Majlis Operasi yang ditubuhkan

semasa Darurat untuk menyelaraskan kerja

pentadbiran awam, tentera dan polis bagi

mengembalikan keamanan negara. MAGERAN

ialah singkatan Majlis Gerakan Negara. Majlis ini

ditubuhkan berikutan ketegangan dan kekacauan

yang melanda Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan pada

16 Mei 1969 dengan Tun Abdul Razak bin Hussein,

Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai

pengarahnya. Anggota MAGERAN yang lain terdiri

daripada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Presiden

MCA, Presiden MIC, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku

Osman Mohd. Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh dan

Leftenan Jeneral Dato’ Ibrahim Ismail.

UMUM 
PERTUBUHAN PEMBEBASAN PALESTIN

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

Pertubuhan ini merupakan wakil tunggal bangsa

Arab Palestin yang berdaftar secara rasmi. Tujuan

utama pertubuhan ini ialah mengembalikan bumi

Palestin yang telah dirampas oleh Israel ke tangan

mereka semula. Palestin merupakan tempat

bersejarah yang penting kini; ia mengandungi

Palestin yang telah dijajah semenjak tahun 1948 dan

Tebing Barat, serta Semenanjung Gaza yang dijajah

semenjak tahun 1967.

UMUM 
ALFRED YANG AGUNG

Alfred yang Agung (849–899), raja Saxon Barat

di England. Baginda menyelamatkan negaranya,

Wessex daripada ditakluk oleh orang Denmark,

menjadi asas kepada golongan England di bawah

kerajaan beraja Saxon Barat dan mengembalikan

semula pembelajaran dan kesusasteraan (lihat

Anglo-Saxon ).

UMUM 
ARAFAT, YASSER

Arafat, Yasser (1929–2004) ialah Presiden

negara Palestin dan juga Presiden Pertubuhan

Pembebasan Palestin (PLO) semenjak tahun 1969.

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) adalah

sebuah kesatuan rakyat Palestin yang bersumpah

taat setia untuk mengembalikan ketuanan kerajaan

Palestin. Lihat Palestin, Sejarah.

UMUM 
SHREWSBURY SCHOOL

Shrewsbury School , diasaskan oleh Raja Edward VI

pada tahun 1552 adalah antara sekolah

awam yang terkenal di England. Sekolah ini terletak

di luar bandar Shrewsbury. Selepas melalui

kemerosotan pada tahun 1700-an, dua orang

pengetuanya yang ulung telah mengembalikan

reputasinya. Samuel Butler, yang berkhidmat dari

tahun 1798 hingga tahun 1836, telah menaikkan

kadar biasiswa. Benjamin Kennedy, pengetua dari

tahun 1836 hingga tahun 1866, telah menambahkan

pengajian moden dan menggalakkan minat dalam

muzik dan sukan.

UMUM 
PINGPONG

Pingpong ialah permainan dalam dewan yang

menyerupai permainan tenis. Pemainnya

menggunakan raket yang dikenali sebagai raket

atau daun bet untuk memukul bola melepasi jaring

yang dipasang merentangi meja pingpong. Pemain

memperoleh mata apabila pihak lawan tidak dapat

mengembalikan bola yang dipukulnya. Pingpong

boleh dimainkan oleh dua atau empat orang. Jika

dimainkan oleh dua orang pemain, ia dikenali

sebagai perseorangan . Jika ia dimainkan oleh

empat orang pemain, ia dikenali pula sebagai

beregu .

UMUM 
123

Kembali ke atas