Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.na.li] | مڠنلي

Definisi : 1. kenal akan, mengenal: dia yg baru sahaja ~ pemuda itu telah sanggup menurut kata-katanya; 2. mengetahui (rupa­nya, sifatnya, tanda-tandanya, dll): aku akan mendapat kesempatan ~ sistem pendidikan di negeri-negeri yg akan kulawati; beliau dikenali sbg seorang yg dermawan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.na.li] | مڠنلي

Definisi : mengetahui atau tahu akan sifatnya, rupanya dll dgn lebih mendalam: Orang ramai ~nya sbg seorang yg pemurah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengenali


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUSLIM IBN ‘UQBAH IBN RABAH AL-MURRIY

Muslim ibn ‘Uqbah ibn Rabah al-Murriy

ialah cendekiawan zaman Umawiyyah yang amat

tegas. Dia mengenali Rasulullah s.a.w. dan turut

serta dalam peperangan Siffin bersama-sama

tentera Mu’awiyah dalam barisan tentera jalan kaki.

Salah satu matanya buta. Dia dilantik oleh Yazid ibn

Mu’awiyah r.a. sebagai panglima umum untuk

menundukkan penduduk Madinah yang

memberontak terhadap Yazid serta penentangnya.

Abu ‘Uqbah menyerang Madinah pada tahun 63 H./

683 M. dan berlaku peperangan antara kedua pihak

dalam satu pertempuran hebat yang dikenali dalam

sejarah sebagai pertempuran al-Harrah.

UMUM 
NUFAYR IBN MALIK

Nufayr ibn Malik (?–80 H./?–699 M.) ulama

hadith. Nama sebenarnya ialah al-Imam al-Kabir

Nufayr ibn Malik ibn Amir Abu Abd al-Rahman al-

Hadramiy al-Himsiy. Dia sempat mengenali

Rasulullah s.a.w. dan mengunjungi Baginda seperti

yang disebut oleh Ibn al-Athir. Dia meriwayatkan

hadith daripada Abu Bakar (dipercayai

kemungkinan dia pernah berjumpa dengan Abu

Bakar), ‘Umar, al-Miqdad, Abu Dhar, Abu Darda,

Aishah dan sahabat-sahabat lain. Hadith-hadith

Nufayr ibn Malik diriwayatkan pula oleh anaknya

Abd al-Rahman, Makhul, Khalid ibn Mi dan

beberapa orang lagi. Dia tergolong dalam kalangan

ulama hadith yang pakar. Hadithnya terdapat dalam

semua kitab hadith kecuali kitab Sahih al-Bukhariy .

Ini adalah kerana Nufayr ibn Malik meriwayatkan

hadith daripada sahabat-sahabat tanpa berjumpa

dengan mereka, sedangkan al-Bukhariy tidak

menerima sesuatu hadith kecuali guru yang

meriwayatkan hadith berjumpa sendiri dengan

perawinya. Nufayar ibn Malik dikatakan meninggal

dunia pada tahun 75 H.

UMUM 
MISWAR IBN MAKHRAMAH IBN NAUFAL

Miswar ibn Makhramah ibn Naufal,

sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Dia merupakan

anak kepada saudara perempuan Abd al-Rahman

ibn ‘Auf yang dilahirkan dua tahun selepas hijrah.

Dia mengenali Rasulullah s.a.w. ketika masih kecil

dan telah pergi ke Madinah selepas pembukaan

Kota Makkah pada tahun lapan Hijrah. Dia selalu

mendampingi Khalifah ‘Umar ibn al-Khattab dan

digolongkan di kalangan para sahabat sebagai ahli

fiqh. Dia turut menyertai penaklukan Afrika pada

tahun 27 Hijrah bersama ‘Abdullah ibn Saad ibn

Abi as-Sarh. Ketika peristiwa pengepungan

Makkah yang pertama, dia memihak kepada

‘Abdullah ibn Al-Zubayr dan terbunuh di sana.

UMUM 
ANDROCLES

Androcles juga dinamakan Androclus, ialah

hamba Rom yang melarikan diri dari tuannya dan

bersembunyi di dalam gua. Dia menarik keluar duri

dari tapak kaki seekor singa yang menderita

kesakitan. Kemudian, Androcles berhadapan

dengan singa yang sama dalam gelanggang Rom.

Singa itu mengenali Androcles dan enggan

mencederakannya. Drama George Bernard Shaw,

Androcles and the Lion (1912) adalah berdasarkan

cerita ini.

UMUM 
TEOLOGI

Teologi ialah kajian dan keterangan mengenai

Tuhan ataupun pernyataan mengenai kepercayaan

agama. Perkataan Inggeris theology berasal

daripada perkataan Yunani theos (tuhan) dan logos

(percakapan). Teologi mendalami persoalan

seperti: “Adakah Tuhan wujud? Bagaimanakah sifat

Tuhan? Apakah hubungan Tuhan dengan dunia

dan penghuninya? dan Bagaimana manusia

mengenali atau mengalami kewujudan Tuhan?”

Sesetengah cabang teologi mengamati sejarah

agama atau kajian kitab-kitab. Manakala cabang

teologi yang lain pula mengamati pembelaan

doktrin agama daripada pandangan yang

bertentangan ataupun penerapan doktrin tersebut

dalam kehidupan seharian.

UMUM 
EPIK WARISAN ISLAM

EPIK WARISAN ISLAM, kesusateraan dalam bentuk cerita yang mengemukakan tentang tokoh Islam atau tokoh yang dikatakan telah terlibat dalam perjuangan penyebaran Islam. Tokoh yang diperkatakan dalam hikayat ini mungkin merupakan orang yang pernah hidup dan mengenali Nabi Muhammad s.a.w atau watak yang direka berdasarkan sesuatu tokoh yang pernah wujud. Biasanya, ketokohan yang digambarkan dalam hikayat ini jauh berbeza dnegan tokoh sebenar.

SASTERAPenerbitan
ABU NUWAS

Abu Nuwas (129 H.–198 H./747 M.– 814 M.), salah

seorang penyair terkenal pada abad ke-2 H. Nama

sebenarnya ialah al-Hasan ibn Hani’. Dia lahir di

daerah al-Ahwaz, Iraq dan meninggal dunia di

Baghdad. Ibunya juga kelahiran al-Ahwaz. Bapanya

ialah seorang tentera Khalifah Marwan ibn

Muhammad dan dia merupakan penduduk

Damsyik. Abu Nuwas mempunyai dua orang

saudara, iaitu Abu Muhammad dan Abu Mu‘adh.

Ketika bapanya meninggal dunia, Abu Nuwas masih

kecil dan berusia enam tahun. Setelah itu, dia

dibawa oleh ibunya ke Basrah dan menyerahkannya

kepada seorang penjual minyak wangi dan

kemudian menghantarnya belajar di sebuah

sekolah. Di sini dia mula mengenali seorang

penyair yang suka berjenaka bernama Walibah ibn

al-Habbab. Dia mendidik Abu Nuwas sehingga

besar.

UMUM 

Kembali ke atas