Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.nang] | مڠنڠ

Definisi : mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.nang] | مڠنڠ

Definisi : mengadakan dlm fikiran; memikir: Orang yg sudah pergi jangan dikenang. ~ budi tidak lupa akan budi orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenang (kata kerja)
Bersinonim dengan ingat, fikir, rindu;,
Kata Terbitan : mengenang, mengenangkan, terkenang, terkenang-kenang, kenangan, kenang-kenangan,

Puisi
 

Anak tasik dari hulu,
     Mengenang juga cincin permata;
Malam tadi menahan rindu,
     Makan bersuap si air mata.


Lihat selanjutnya...(51)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

Memorial Tunku Abdul Rahman Putra,

memorial yang menyimpan dan mempamerkan

barang-barang milik Tunku Abdul Rahman Putra,

Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Ia

ditubuhkan untuk mengingati dan mengenang jasa

dan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra

kepada negara. Memorial ini menjaga, menyimpan,

dan memulihara segala bahan-bahan arkib,

muzium dan perpustakaan milik Tunku Abdul

Rahman Putra dan hal-hal yang berkaitan

dengannya, mempamerkan kepada pelawat bahan-bahan

miliknya dan yang berkaitan dengannya,dan

menyediakan kemudahan rujukan kepada

penyelidik tentang sejarah perjuangan, jasa serta

sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra kepada

negara. Memorial ini turut berperanan

menimbulkan kesedaran dan nasionalisme kepada

generasi sebagai monumen yang kekal sebagai

peninggalan sejarah, dan untuk menjadikannya

sebagai salah satu tarikan kepada pelancong.

UMUM 
SURAH IBRAHIM

Surah Ibrahim ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-14 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 52 ayat.

Surah ini dinamakan Ibrahim untuk mengenang

kesan peninggalan bapa para nabi dan imam

golongan hanif, iaitu Nabi Ibrahim a.s. Nabi

Ibrahim a.s. menghancurkan lapan buah berhala,

membawa panji-panji tauhid dan menyebarkan

agama yang sebenar, iaitu agama Islam, yang juga

dibawa oleh pengakhir para nabi dan rasul.

UMUM 
ANUGERAH TUN ABDUL RAZAK

Anugerah yang diwujudkan bagi mengenang khidmat cemerlang Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua.  Anugerah Tun Abdul Razak dikelolakan oleh Yayasan Tun Abdul Razak yang dilancarkan penubuhannya pada 20 Februari 1976 oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan Malaysia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIAnugerah/Hadiah
ASKAR YANG TIDAK DIKENALI

Askar yang tidak dikenali. Selepas Perang

Dunia I (1914–1918), pegawai negara-negara

Berikat menemui banyak mayat askar yang tidak

dapat dikenali. Kerajaan Belgium, Perancis, Great

Britain, Itali, dan Amerika Syarikat mengambil

keputusan memberikan suatu bentuk

penghormatan sebagai tanda mengingati askar

ini. Setiap kerajaan memilih satu simbol yang

mewakili askar mereka yang tidak dikenali,

mengebumikan sisa mayat itu di dalam atau

berhampiran dengan ibu negara dan membina

satu tugu peringatan untuk mengenang jasa askar

tersebut. Belgium menempatkan askar yang tidak

dikenali di sebuah kawasan perkuburan di dasar

Colonnade of the Congress di Brussels. Perancis

pula mengebumikan askar yang tidak dikenalinya

di bawah Arc de Triomphe di Paris dan

menyalakan obor di atas makam tersebut.

UMUM 
PEJUANG SASTERA

PEJUANG SASTERA, hadiah sastera.  Hadiah ini diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada para sasterawan sebagai mengenang jasa dan khidmat bakti mereka dalam bidang kesusasteraan yang amat memberi erti terhadap martabat bangsa dan tanah air.

SASTERAAnugerah/Hadiah
TAMAN ISMAIL MARZUKI

TAMAN ISMAIL MARZUKI, kompleks Pusat Kesenian Jakarta.  Kompleks ini terletak di atas tanah seluas 8.3 hektar, di Jalan Cikini Raya No. 73, Jakarta Pusat, Indonesia.  Taman Ismail Marzuki (TIM) mengambil sempena nama Ismail Marzuki, seorang pencipta, penggubah dan pemuzik terkenal, berasal dari Jakarta bagi mengenang jasanya dalam dunia muzik.  Gagasan penubuhan TIM dicetuskan oleh seniman Senen yang kemudian dipersetujui oleh Ali Sadikin, Gabenor DKI Jakarta Raya ketika itu.  Tapak asal TIM adalah Kebun Binatang Cikini, yang kemudiannya dipindahkan ke Ragunan, Jakarta Selatan.

BUDAYABandar/Negeri/Negara/Tempat
SIPUT SARAWAK

SIPUT SARAWAK (1923 - 1999), pelakon pentas dan filem.  Dia berasal dari Sarawak dan datang ke Singapura ketika berusia 12 tahun.  Nama sebenarnya ialah Ramlah binti Abdullah.  Bapanya, Dollah Sarawak, seorang pelawak terkenal dan ibunya Dayang Inang, terkenal sebagai Sri Panggung sandiwara.  Nama Siput berasal daripada nama `Miss Ribut’, pelakon sandiwara Indonesia.  Oleh sebab terlalu meminati pelakon tersebut, ibunya telah berazam untuk menamakan anaknya Ribut atau sekurang-kurangnya mirip nama itu.  Di hujung namanya ditambah dengan kata Sarawak sebagai mengenang tempat tumpah darahnya.  Siput tidak pernah mendapat pendidikan formal.  Dia hanya tahu membaca dan menulis dengan belajar sendiri.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas