MIOKARDITIS | Miokarditis ialah keradangan tisu otot yang membentuk dinding jantung. Otot-otot yang dinamakan miokardium, menjalankan tugas dengan mengepam jantung. Kes-kes miokarditis yang sederhana wujud tanpa dapat dikesan. Kes-kes yang teruk boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi, suatu keadaan di mana jantung tidak dapat mengepam darah secukupnya seperti yang dikehendaki oleh badan. | UMUM | |
DARAH | Darah ialah bendalir penyokong kehidupan yang mengalir dalam badan manusia. Kita tidak boleh hidup tanpa darah. Jantung mengepam darah kesemua sel badan kita, membekalkannya dengan oksigen dan makanan. Pada masa yang sama, darah membawa karbon dioksida dan bahan buangan lain daripada sel. Darah juga melawan jangkitan, menstabilkan suhu badan kita, dan membawa bahan kimia yang mengawal banyak fungsi badan. | UMUM | |
KINCIR ANGIN | Kincir angin ialah mesin yang dijalankan oleh kuasa angin. Kincir angin digunakan terutamanya untuk membekalkan kuasa bagi mengepam air atau menjana elektrik. Kincir angin moden yang digunakan untuk menghasilkan elektrik sering dikenali sebagai turbin angin. | UMUM | |
TELAGA | Telaga ialah lubang yang digali di dalam tanah untuk memperoleh cecair. Telaga air merupakan jenis telaga yang paling biasa ditemui. Telaga minyak dan telaga gas asli juga biasa ditemui. Kebanyakan syarikat perlombongan juga menggunakan telaga untuk mengeluarkan garam dan sulfur dari dalam tanah. Mereka mengepam wap atau air panas untuk mengeluarkan bahan-bahan ini. | UMUM | |
KUASA ELEKTRIK | Kuasa elektrik ialah penggunaan tenaga elektrik untuk melakukan kerja. Ia menerangi, memanaskan dan menyejukkan suhu rumah. Elektrik juga dapat membekalkan kuasa untuk set televisyen, peti sejuk, pembersih vakum dan banyak lagi alat rumah. Kuasa elektrik menggerakkan jentera di kilang. Eskalator, lif dan komputer, dan banyak lagi alat bagi kegunaan di kedai dan pejabat menggunakan kuasa elektrik. Elektrik memacu dan menggerakkan kereta api dan sistem pengangkutan bawah tanah. Di ladang, jentera elektrik melakukan kerja seperti mengepam air, memerah susu lembu dan mengeringkan rumput kering. | UMUM | |